Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
undefined
undefined  

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN



Salah Seorang Pelajar Perintis (Pioneer Batch) Untuk MRSM Kelantan, dari Tahun 1973 - 1977.

Pada Masa Itu MRSM Ialah Sekolah "All Boys", Sebab Itulah Gambar Kelas Ini Semua Nya Lelaki.

Semua Kelas Di Beri Nama Saintis-Saintis Terkenal. Kelas Saya Ini Ialah Kelas "Einstein".
 


 
 
 

Sumbangan Utama Saya Ialah Sebagai Penjaga Gol Dalam Pasukan Bolasepak Maktab.

Pencapaian Terbaik Kami  Ialah Naib-Johan Bawah-18-Tahun MSSM Kelantan Pada Tahun 1977, Dan Kenangan Paling Membanggakan Ialah Saya Telah Dijemput Untuk Menghadiri Sessi Pemilihan Untuk Pasukan Bawah-18-Tahun Kelantan Sejurus Selepas Itu.


 
 

Tetapi Saya Paling Dikenali Melalui Penglibatan Didalam Silat, Iaitu Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia, Dibawah Tunjukajar Guru Awang Daud, Salah Seorang Gurulatih Paling Senior Dalam PSSGM Yang Mendapat Bimbingan Datuk Meor Abdul Rahman Sendiri.

Minat Dan Bakat Semulajadi Amat Menyerlah Pada Ketika Itu, Sehingga DiBeri Jolokan "Tok Guru" Oleh Rakan-Rakan.

Didalam Ujian, Menjadi Salah Seorang Dari 5 Orang Yang Mendapat Jalur 7 Secara Terus. Salah Seorang Dari Mereka Ialah Abdul Razak Othman, Atau Sekarang Lebih Dikenali Sebagai Jak Othman, Sekarang Seorang Gurulatih Profesional Dan Pengarah Siri-Siri TV Seperti "MahaGuru".
 
 

<<Kembali Ke Muka Utama