PELBAGAI
PROGRAM TAHUN 2002
Program membaca sedang giat dilaksanakan. Pihak PIBG telah menyumbang kepada pembinaan Pondak Ilmu yang memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelajar sesi petang untuk aktiviti membaca sementara menunggu bermulanya sesi persekolahan sesi petang. Sementara itu, semua pelajar sesi petang yang tidak berada di Pondok Ilmu dikehendaki pula untuk sekurann-kurangnya membuka dan membaca buku sebelum bermulanya sesi persekolahan mereka.
Program keceriaan dan lanskap sekolah diteruskan. Terbaharu ialah pembinaan kolam ikan antara usaha pihak sekolah menyemai kempen Sahabat dan Mesra Alam. Rumah Hijau dan taman herba turut dimajukan.
Untuk meningkatkan prestasi pelajar beberapa program telah diadakan seperti
Dalam pada itu, beberapa program sedang dirancang selain program berselang seli dari semasa ke semasa akan diadakan di sepanjang tahun ini.
Penetapan sasaran prestasi akademik pelajar dan guru bertujuan memantau perkembangan prestasi di samping berguna untuk membuat perbandingan prestasi sebenar dengan gred sasaran setiap mata pelajaran. Ini bertujuan agar masalah dan kelemahan dapat dikesani pada peringkat awal dan langkah menanganinya akan diambil bagi mengatasi isu yang berbangkit. Proses pemantauan dilakukan setiap kali selepas keputusan peperiksaan penggal sekolah diketahui.
Borang Prestasi Latihan pelajar telah turut diperkenalkan. Borang ini membolehkan para guru mencatatkan gred dan komen berkaitan latihan yang diberi sebelum ditandatangani. Ibu bapa juga diminta untuk memantau prestasi latihan anak-anak dengan menandatangani borang tersebut. Penglibatan ibu bapa dalam memantau perkembangan pelajaran anak-anak amat diperlukan demi kejayaan mereka dalam bidang pelajaran.
Kelas Komputer telah bermula di bilik yang telah diubahsuai. Walau bagaimanpun, kemudahan yang disediakan amat terhad kerana hanya terdapat 5 buah komputer. Harapan pihak sekolah ialah program ini akan dapat diperluaskan apabila Makmal Komputer Sekolah yang akan dijadualkan pembinaan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi kenyataan.
Gotong Royong PIBG akan diadakan pada 19 Mei 2002. Semua ibu bapa diminta hadir. Walau bagaimanapun sumbangan ikhlas sebanyak RM10 kepada tabung PIBG bolehlah disumbangkan melalui anak masing-masing sekiranya ibu bapa tidak dapat menghadirkan diri untuk bergotong royong pada hari tersebut.
“Pickaton” anjuran PIBG akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Pickaton dijalankan bertujuan untuk menambah tabung PIBG supaya dengan kekuatan tabung itu nanti, maka lebih banyak projek PIBG boleh dilaksanakan demi kemudahan dan kesenangan anak-anak yang belajar di sekolah ini.
Hari Bersama Pelanggan SMK Bandar Bintulu akan diadakan pada setiap Sabtu minggu ke – 2 setiap bulan. Ibu bapa dijemput hadir ke sekolah pada waktu pejabat jika ingin berurusan berkaitan hal-hal berhubung persekolahan anak-anak. Walau bagaimanapun, pihak sekolah amat menghargai jika ibu bapa dapat menelefon pihak sekolah untuk membuat janjitemu terlebih dahulu di talian 086 332615.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN
Pihak sekolah terhutang budi dan amat berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang begitu baik daripada semua pihak terutamanya daripada pihak ibu bapa dan PIBG SMK Bandar Bintulu. Tidak melupai kerjasama daripada agensi-agensi luar yang sering memberikan sokongan dan sumbang bakti kepada pihak sekolah.
1. Program Orientasi Pelajar Baru
2. Program Motivasi Pelajar T3
3. Program Motivasi Pelajar T5
4. Program KBKK Pelajar T4
5. Strategi Menjawab Soalan BM dan BI T3