Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Sejarah Bukit Kerayong

Kampung Bukit Kerayong diteroka pada tahun 1921 bagi tujuan penempatan dan pertanian. Ia dinamakan Kg. Bukit Kerayong sempena sebuah pokok bernama Pokok Kerayong yang ditemui oleh peneroka disebuah bukit pada masa tersebut.

Pada asalnya seluas 278 ekar yang dijadikan kediaman dan tanaman kopi, sebagai punca pendapatan para penduduk. Keluasan kampung ini kini seluas 520 hektar yang merangkumi tanah kediaman, tanah pinggir dan tanah berkelompok .

Sejak tahun 1921 sehingga kini , Kampung Bukit Kerayong telah ditadbir oleh 8 orang ketua kampung yang telah membawa perubahan besar dari segi pembangunan dan kemajuan kampung. Kaum terbesar menduduki kampung ini terdiri dari orang melayu berketurunan jawa dan tiada kaum lain