'BOUT ME
okay .... seperti yang kauorang sedia maklum, aku adalah di antara jutaan penduduk Malaysia yang aman tenteram. Di lahirkan di Taiping, Perak dan masih menetap di sana, maybe coz aku dah bosan dengan life kat tempat lain dengan pelbagai jenis makhluk yang sukar aku fahami. Helmi .... rasanya sudah cukup panggilan bagi nama aku .... 'simple' dan aku tak pernah ler tak puas hati ngan nama tu. Di lahirkan pada 1978 dan kini usia aku menjangkau ke 20 tahun. Hobby .... aku tak tau ler nak cakap, terlalu banyak sampai aku malas nak tulis. Lagipun kalau aku story pun, apa faedah yang aku dapat? 'Bout pendidikan, dari kecik aku study di S.R King Edward VII and then terus ke S.M King Edward VII (the most popular school in Perak). Selesai S.P.M (the beautiful moment for all Malaysian students), aku ambik keputusan tolak semua tawaran for further study dan mengembara sorang-sorang ke seluruh Malaysia .... for fun. Lagipun aku dah boring belajar (moga keputusan yang aku ambik tu adalah yang terbaik untuk aku) .... bila kepala tak dapat terima, baik blah jer. Aku, anak sulung dari 4 beradik .... inilah yang membuatkan aku rasa nak jerit jer, tanggungjawab banyak woi. Alhamdulillah coz aku masih mampu bertahan. Tentang music, aku lebih prefer speed metal and heavy, like manowar. But sorry ler music lain .... aku tak layan sangat. So, page nie aku buat, lebih khusus kepada Malaysian underground scene terutamanya music metal, but masih ada benda-benda lain yang akan aku tambah dari masa ke semasa. Lastly, 'bout life aku setakat nie, aku hanya boleh jawab ............BOSAN GILER!!!
back to main page
Email: elmyda@hotmail.com