Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
undefined
undefined


Kisah Neraka
Sentiasa mengingati mati




Kisah Neraka

KEHEBATAN APINYA

Abu Hurairah meriwayatkan: "Ketika Rasulullah berkata: Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka; lalu seseorang bertanya;"Ya Rasulullah, adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir? Maka Rasulullah menjawab "Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia,dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia). Riwayat Bukhari.

KESAN NERAKA PADA DUNIA KINI

Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia ini lagi berdasarkan hadis Rasulullah Diriwayat oleh Abu Hurairah:
Rasulullah bersabda: Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata;"Hai Tuhanku,bahagian-bahagian padaku memakan di
antara satu sama lain. "Lalu Allah membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk," Riwayat Bukhori

MAKANAN PENDUDUK NERAKA

Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan badan mereka. Firman Allah: Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar."
Al Ghasiyah 6-7

MINUMAN AHLI NERAKA

1.Hamim(air yang mendidih)
Firman Allah: "Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidihh yang memuncak panasnya."

2.Ghassaq(nanah dan darah)
Firman Allah: "Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini.Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa." Al Haqqah 35-370

3.Sadid(air danur(nanah)yang keluar dari tubuh ahli neraka)
Firman Allah: "Dihadapan mereka ada neraka Jahannam, dan ia diberi minum dari air danur(nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka." Ibrahim 16

4.Air seperti Tembaga cair
Firman Allah: "Dan jika mereka meminta minum,nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka.Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina." Al Kahfi 29.

PAKAIAN AHLI NERAKA

1.Pakaian dari api
Firman Allah: "Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka." Al Hajj 19

2.Pakaian dari minyak tar
Firman Allah: "Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka." Ibrahim 50.

BAHAN BAKAR API NERAKA

Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin yang kafir dan engkar kepada Allah, batu-batu termasuk patung berhala. Firman Allah; "Hai orang yang beriman.Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya." At Tahrim 6

PENDUDUK NERAKA

Imran b Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang miskin, dan aku melihat ke dalam neraka, aku mendapati majoriti penduduknya adalah wanita," Riwayat Bukhori.

NAMA-NAMA NERAKA

Neraka mempunyai beberapa nama sebagaimana telah disebutkan di dalam Al Quran, iaitu:

1. Jahannam - Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya neraka Jahannam itu(padanya)ada tempat pengintai."An-Naba:21

2. Latho - Firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak dapat sesungguhnya neraka (Latho) itu adalah api yang berganjak, yang mengelupaskan kulit kepala" - Al- Ma'arij; 15-16.

3. Al-Hutamah - "Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati." Al - Humazah 4-7

4. Sa'ir - Yang disebutkan dalam surah Asy-Syura:7 bermaksud: Sesungguhnya masuk ke syurga dan segolongan masuk ke neraka sa'ir.'

5. Saqar - Firman Allah yang bermaksud " Aku akan memasukkannya ke dalam neraka Saqar. Tahukah kamu apakah neraka Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia."

6. Al- Jahim - " Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat." Asy-Syura :91

7. Al- Hawiyah - " Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka >tempat kembalinya adalah neraka
Hawiyah. .... iaitu api yang sangat panas. Al-Qari'ah;8-11.

PENJAGA NERAKA

Al Quran menyebutkan bahawa jumlah penjaga neraka itu sembilan belas seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Al- Muddaththir ayat 30-31. Salah satu dari sembilan belas itu adalah Malik, penjaga pintu neraka. Allah telah menyebutkan namanya dalam Al-Qur'an yang bermaksud: " Mereka berseru, Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja. `Dia
menjawab; Kamu akan tetap tinggal di neraka ini." Atas
 

Sentiasa mengingati mati

Rasulullah sentiasa mengucap di dalam doanya kata-kata berikut: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku berlindung kepadaMu dari dunia yang menghalang kebajikan untuk akhirat. Aku berlindung kepada-Mu dari kehidupan yang menghalang kebajikan untuk mati. Dan aku berlindung kepadaMu dari cita-cita yang mengganggu kebajikan untuk beramal"

Berkata Siti Aisyah r.a. : "Wahai Rasulullah! Adakah orang yang bukan syahid itu boleh dibangkitkan bersama-sama para
syuhada?" Jawab Baginda:"Boleh, iaitu orang yang mengingati mati sebanyak dua puluh kali pada siang dan malam."  Apabila baginda ditanya tentang maksud firman Allah Ta'ala berikut : "Apakah orang yang dibukakan Tuhan hatinya untuk menerima Islam, maka ia mendapat cahaya dari Tuhannya." (Az-Zumar : 22)

Maka dijawab Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya cahaya (hidayat) itu, apabila menerangi hati, terbuka-lapanglah dada dan menjadi luas. Para sahabat bertanya: Apakah tanda-tandanya? Jawab baginda: Merenggangkan diri dari dunia yang memperdaya, menuju kepada akhirat yang kekal jaya, serta menyediakan diri sebelum maut tiba."

Berkata Imam Ghazali rahimullah di dalam kitabnya al-Bidayah: Hendaklah anda sentiasa renungkan umurmu yang pendek itu, meskipun anda boleh hidup selama seratus tahun, jika dibandingkan tempat tinggalmu di negeri akhirat, yang kekal sepanjang masa. Renungkan juga betapa susah-payah dan hinanya anda ketika mengejar dunia, sebulankah atau setahunkah, agar dengan harapan anda boleh hidup senang-lenang selama dua puluh tahun misalnya. Tetapi mengapa tidak anda menanggung susah sedikit masa ketika hidup di dunia, agar anda merasa kerehatannya di akhirat kelak sepanjang abad. Hendaklah anda tidak
memanjangkan harapan untuk hidup lama di dunia, sehingga anda merasa diri anda berat untuk beramal. Malah hendaklah anda mengira-ngira bahawa maut itu sudah hampir tiba, dan bisikkanlah kedalam dirimu: Biarlah aku menaggung susah hari ini, kerana mungkin aku akan mati malam ini! Kalau tidak malam ini, mungkin esok! Sebab maut itu tidak akan meregut nyawaku pada masa tertentu, atau pada keadaan yang tertentu, atau pada umur yang tertentu. Namun maut itu akan tiba, dan tidak ditentukan masanya. Maka lebih baiklah aku bersedia untuknya daripada menyediakan diri untuk dunia. Aku mengerti bahawa hidup di dunia ini hanya sementara saja, dan mana tahu yang sisa dari hidup ku itu hanya untuk menyedut satu nafas sahaja, ataupun hanya tinggal satu hari saja. Ingatkan diri anda tentang ketibaan maut yang tidak diketahui bila masanya itu, niscaya apabila anda mati, anda akan merasakan kegembiraan yang tidak ada kesudahannya. tetapi jika anda mencuaikan nasihat itu dan tidak memperdulikannya, tiba-tiba mautpun sampai sedang anda belum bersedia untuknya, maka tentulah anda akan merasakan kekecewaan yang tidak ada kesudahannya lagi. bak kata pepatah : Apabila muncul pagi, barulah orang yang berjalan di waktu malam itu akan memuji dan berterima kasih. Begitu pula apabila tiba maut kelak, barulah anda tahu tentang
beritanya yakin dan benar. Dan berita itu tidak jauh dari anda, sekelip mata lagi akan tiba.

Sumber : Nasihat Agama dan Wasiat Iman, Imam Habib Abdullah Haddad

"Secerdik-cerdik manusia adalah yang paling banyak ingatannya kepada kematian serta banyak bersiap untuk kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat" (Ibnu Majah & Abiddunya) Atas

Tazkirah 7