Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Kembali

Wajarkah pemeritah menggalakkan lebih ramai golongan karyawan dan pekerja mahir asing bekerja di negara ini? Bincangkan.


        Semasa ucapannya di sebuah penghimpunan Hari Kebangsaan pada tanggal 24hb. Ogos 1997, Perdana Menteri kita, Encik Goh, telah menyeru kepada semua warganegara Singapura untuk mengalu-alukan kedatangan dan mencari jalan untuk menarik bakat asing dari semua peringkat di seluruh dunia. Seruan Perdana Menteri ini telah mencetuskan pelbagai tindakbalas di kalangan rakyat kerana Singapura telah pun ada 560,000 orang asing dan memberi 30,000 penduduk tetap (PR) setiap tahun. Jadi, isu semasa yang masih hangat dibincangkan ialah, sama ada kehadiran pekerja asing, terutamanya golongan karyawan dan pekerja mahir asing dapat membawa kebaikan kepada negara ataupun sebaliknya.

        Seperti yang dimaklumkan, Singapura merupakan sebuah negara yang kecil dan tidak mempunyai apa-apa sumber alam. Sumber utamanya ialah tenaga kerja rakyatnya. Walau bagaimanapun, Singapura menghadapi kekurangan tenaga pekerja, terutamanya golongan karyawan dan pekerja mahir kerana bilangan penduduknya yang kecil. Oleh itu, pengambilan pekerja asing akan dapat menokok kekurangan ini. Selain dari itu, semangat ‘boleh-buat’ yang diwarisi oleh pendatang asing dan kemahiran mereka dapat merangsang rakyat Singapura untuk lebih gigh bekerja serta berazam untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran mereka serta mengambil lebih banayak cabaran perusahaan di luar negara. Dalam nada yang berbeza pula, ada yang akan risau, pemerintah akan mengabaikan latihan untuk mempertingkatkan kemahiran pekerja tempatan dan ini akan memberi gambaran yang pekerja tempatan tidak berkebolehan.

        Sumbangan pekerja asing dalam segi idea dan tenaga juga akan menarik perhatian pelabur, selain memberi Singapura sebagai sebuah bandar kosmopolitan di taraf antarabangsa. Sementelahan pula, golongan pekerja mahir asing inilah yang telah selama ini membantu ekonomi negara kita untuk meningkat. Contohnya, sektor pembinaan yang berkembang pesat di negara ini. Singapura memerlukan banyak bangunan, termasuk rumah dan pejabat di serata negara. Oleh sebab projek banyak, maka tenaga pekerja tidak cukup. Pengusaha terpaksa meminta kerajaan supaya membenarkan mereka mengambil pekerja asing.

         Sementara itu juga, syarikat tempatan mendapati bahawa pekerja asing itu boleh diberi gaji yang lebih rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Ini dapat menguntungkan syarikat tersebut. Namun demikian, rakyat Singapura pula akan berasa tercabar denagn adanya saingan bakat pekerja asing yang sanggup menerima gaji yang lebih rendah.

        Pekerja asing ini bukan sekadar menurangkan peluang pekerjaan pekarja tempatan, malahan boleh juga menimbulkan masalah jenayah dan sosial. Statistik pada tahun 1997 telah menunjukkan bahawa 40% dari mangsa pembunuhan merupakan pekerja asing. Ada pula yang berpendapat bahawa kehadiran pekerja mahir asing akan menimbulkan tren di mana wanita Singapura akan mengahwini rakyat asing ini dan berhijrah ke negara lain. Ini akan menyebabkan jumlah rakyat Singapura berkurangan. Mereka yang tidak datang secara keluarga pula sudah tentu lebih mudah terjerumus ke dalam kancah maksiat. Hubungan mereka dengan wanita tempatan akan menimbulkan gejala sosial yang tidak baik. Dalam keadaan begini, mulalah berlaku penindasan dan ketegangan hubungan antara penduduk tempatan dengan pekerja-pekerja asing.

         Kedatangan pekerja asing bermakna lebih ramai penduduk dan meningkatnya bilangan penduduk bermaksud lebih kurang tempat lapang. Rakyat Singapura membayar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) untuk menggunakan jalan raya di negara mereka sendiri dan kebanyakan rakyat pula tidak mampu untuk memiliki kereta. Ini semua dilakukan untuk mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Sungguhpun begitu, pemerintah masih mengalu-alukan kedatangan lebih ramai orang yang hanya akan menyesakkan lagi jalan raya serta menaikkan lagi harga kereta. Selain tiu, anak-anak pekerja asing ini pula akan ditempatkan di sekolah-sekolah tempatan, lantas mengambil tempat anak-anak kita dan meningkatkan lagi daya saingan di sekolah.

         Dalam Singapura mengejar untuk membentuk sebuah negara yang berpandangan terbuka dan kosmopolitan, pemerintah tidak dapat mengurangkan daya saing di Singapura dengan menahan orang asing dari memasuki negara kerana ini akan menjejas daya saing negara di peringkat antarabangsa. Dalam mengejar impian ini, Singapura juga perlu sedar yang ini bukanlah sekadar mementingkan strategi ekonomi, malah ia juga tempat untuk orang-orang bekerja, hidup dan merasakan yang kehadiran mereka dihargai negara. Dalam pada itu, memang wajar tetapi haruslah ada perseimbangannya dalam pemerintah menggalakkan lebih ramai golongan karyawan dan pekerja mahir asing bekerja di negara ini.
        

Sulastri M. Thamrin