Terima kasih kerana sudi untuk melayari laman
web ini. Diharapkan agar anda semua berpuas hati dengan paparan maklumat yang telah disediakan dalam
homepage ini. Sebarang komen ataupun pendapat serta kritikan bolehlah anda
lakukan dengan menghantar e-mail kepada saya ataupun mengisi GUESTBOOK
yang telah disediakan di atas bagi meningkatkan lagi kualiti serta menambahkan maklumat dalam homepage ini. Anda
juga di galakan mencadangkan bahan-bahan yang sesuai serta
menarik untuk dimasukkan ke dalam laman web
ini. Laman web ini dibangunkan dengan tujuan untuk menambahkan bilangan
homepage terbitan yang sedia ada. Namun begitu homepage ini mempunyai objektifnya tersendiri. Di samping
memberikan pelbagai maklumat, homepage ini bertujuan untuk menyatukan kembali
sahabat sejati yang satu ketika dulu seiring sejalan dalam
menempuhi alam persekolahan
yang penuh dengan seribu kemanisan. Kini ramai di
antara kita yang sudah berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang
tertinggi sungguhpun ada di antara kita yang kurang berjaya. Percayalah, di situ
ada kemahuan di situ ada jalan beb ! Semoga anda semua berjaya suatu hari
nanti. Bagi diri saya, anda semua amatlah dirindui dan saya sayang anda
semua !! Mudah-mudahan kita semua berjaya dalam pelajaran masing-masing dan
berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga dengan lahirnya homepage ini
akan terus mengukuhkan ikatan persahabatan kita kerana laman web ini sememangnya
bertujuan untuk mendekatkan kita semua. Kepada pengunjung-pengunjung lain yang
mengunjungi homepage ini, anda dialu-alukan untuk menjadi rakan-baru kami. Diharapkan anda semua
dapat mempromosikan homepage ini kepada rakan-rakan anda yang lain kerana
pelbagai informasi terkini yang dapat anda perolehi di dalam homepage ini.
Semoga anda gembira dan berpuas hati melayari homepage ini.
TQ.
Mr.
Renly, No.146 Taman Siang, 95000
Sri Aman, S'wak.
( University Of Malaya ) |
|