Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                     

Ada cerita nak dikongsikan ?? Ada masalah ?? Boring ?? Nak cari kenalan ?? Klik icon enter tersebut untuk menyertai Renly's Forum atau anda boleh menyertai Renly's Chat!

             


Antara rumah berhantu yang terkenal ialah milik Lord dan Lady Townshend yang diwarisi secara turun temurun di Norfolkshire, England.

Rumah yang diberi nama Raynham Hall juga dikatakan dihuni oleh hantu penunggu yang digelar "Brown Lady" yang dikatakan sering kelihatan sekitar 1835.  Ia sering dilihat turun dan menaiki tangga rumah berkenaan.

Pada 1926 kedua-dua anak Lord dan Lady Townsend bersama seorang sahabat mereka juga mendakwa melihat hantu berkenaan.   Ia juga dikatakan dilihat secara berulang kali pada sekitar 1965.

Pada 19hb September 1936 dua orang jurufoto telah ditugaskan oleh Lord dan Lady Townsend bagi merakam beberapa siri foto Raynham Hall. Pada lebih kurang jam 4 petang dan pada masa jurufoto2 itu mengambil gambar tangga didalam rumah tersebut salah seorang dari mereka iaitu Indre Shira tenampak suatu bentuk tubuh dalam bentuk kabut turun dari tangga tersebut.

Beliau terus berteriak kepada sahabatnya "Cepat! Cepat! Ada sesuatu! Kau dah sedia!?" (Quick, quick, there's something! Are you ready?).  Tanpa mengetahui apakah yang dilihat atau yang dimaksudkan oleh Indre beliau terus mengambil gambar tangga berkenaan. Walaupun Indre cuba menjelaskan kepada sahabatnya tentang apa yang dilihatnya, beliau cuma ditertawakan oleh sahabatnya.   Keesokan harinya apabila gambar siap dicuci kedua-dua mereka terkejut kerana mereka telah merakam suatu objek aneh yang tidak sepatutnya berada di dalam photo berkenaan.

Gambar ini dikenali sebagai "The Brown Lady of Raynham Hall" dan photo berkenaan amat terkenal hingga hari ini.


Lawati link-link ini juga :

Renly's Album       Gallery Album       My Forum New !       Midi       Laman Ngeri       Rumah Hantu 

© Copyright Renly Hi5.com 2002 & Hantu Introduction