CANCER : GELAGAT PERHUBUNGAN
Dalam
pergaulan , orang Cancer adalah seorang yang setia. Dalam perhubungan yang
membuahkan cinta pula , Cancer adalah zodiak yang sentiasa hangat dan setia pada
pasangannya. Demi cinta, Cancer sanggup mengorbankan apa saja . Sehingga mudah
menyulitkan keadaan sebab anda juga seorang yang kuat cemburudan mengongkong. Sifat anda yang mudah sensitif sukar
difahami oleh pasangan anda. Contohnya , anda mudah menangis tanpa ada sebab
yang tertentu.
Seseorang
yang berperibadian yang matang adalah pasangan yang ideal buat Cancer. Di sini ,
TAURUS (21 April – 20 Mei) dan VIRGO (22 Ogos – 22 September)
merupakan pendamping yang ideal bagi Cancer. Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES
(21 Mac – 20 April) dan GEMINI (21 Mei – 20 Jun)
adalah kurang sesuai .
Taurus
yang tenang adalah pasangan yang dicari oleh Cancer . Bersama – sama Taurus,
anda akan tenteram . Sikap Taurus yang matang
dan berperibadian yang kuat menjadikan anda berasa terlindung ( selamat
).
Seterusnya,
Aries bukanlah pasangan yang tepat buat anda . Aries gemar berleter, padahal
Cancer adalah seorang yang sangat sensitif. Kalau Aries suka berteman dan mudah
berkumpul dengan teman – temannya ; Cancer pula adalah sebaliknya.