LIBRA : GELAGAT PERHUBUNGAN
Libra
sukar benar untuk membuat pertimbangan dan sentiasa berada dalam keadaan ragu
ragu. Anda seorang yang gemar mencari kawan tetapi tidak banyak daripada
kawan kawan anda yang dapat anda percayai.
Keadaan yang sama berlaku dalam soal anda mencari kawan yang dapat anda
jadikan kekasih anda
Akibatnya , anda berkemungkinan terlibat dalam pelbagai
kisah cinta sebelum bertemu dengan seseorang
yang sesuai anda yakini.
Libra juga menampilkan sifat yang agak sukar untuk difahami oleh pasangan/kawan anda. Misalnya , pada hari ini cinta anda begitu membara sekali ; tetapi pada hari esoknya anda kelihatan sebaliknya. Namun Libra adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa menjagaperbuatan dan pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.
Pendamping yang ideal buat Libra ialah TAURUS
( 21 April 20Mei ) dan LEO
(21 Julai 21 Ogos ). Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES
( 21 Mac 20 April ) dan GEMINI
( 21 Mei 20 Jun ) didapati kurang sesuai .
Taurus yang matang dan sabar sangat diperlukan untuk mengendalikan sifat
Libra yang sentiasa dalam keraguan . Manakala , Leo yang tangkas pula , dapat
menjadi kekasih yang baik buat Libra . Dia tahu menyenangkan hati anda yang suka
menimbang nimbang sesuatu keputusan dan sentiasa dalam keadaan keraguan itu.
Sebaliknya , Aries yang suka bergantung pada kawan / pasangannya sudah
tentu tidak sesuai dengan Libra yang sememangnya suka menimbang nimbang dan
sentiasa ragu ragu itu. Lagipun , Aries sukakan keputusan yang cepat ,
sedangkan Libra sememangnya agak lambat dalam memberi keputusan.
Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini , bukanlan hubungan yang
ideal bagi anda . Sifat Gemini yang cepat bosan dan sering berubah ubah itu
sememang sukar di pegang memungkinkan anda cepat berasa kecewa.