TAURUS : GELAGAT PERHUBUNGAN
Taurus
sangat berhati – hati memilih kawan , sahabat lebih – lebih lagi kekasih ,
sehingga menjadi seorang yang sangat pemilih. Walau bagaimana pun ,
sebaik – baiksahaja mendapat pendamping yang serasi , Taurus akan menjaga
perhubungan itu supaya tetap berpanjangan.
Taurus mudah mesra , setia pada
kekasih , bersikap melindungi , tetapi sifat ini juga bermakna mengongkong.
Taurus suka tinggal di rumah , suka menghabiskan masa bersama keluarga daripada
berpeleseran.
CANCER ( 21 Jun – 20 Julai )
dan
VIRGO ( 22 Ogos – 22 September ) adalah pasangan yang ideal bagi Taurus .
Walau bagaimana pun, Taurus perlu berhati – hati apabila berpasangan dengan
ARIES ( 21 Mac – 20 April ) atau GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun)
Cancer
memang pendamping tepat bagi Taurus . Keperibadian Cancer yang matang dan tidak
berubah – ubah sesuai dengan cita rasa Taurus . Lagi pun , Cancer mempunyai
pandangan yang konservatif ( kolot ) seperti anda. Sikap Virgo yang tenang dan
agak kolot juga sesuai bagi Taurus.
Pasangan
Taurus – Aries mungkin tidak sesuai . Ini kerana , Aries bercita – cita
tinggi, lincah dan terbuka berbanding dengan Taurus yang tenang tetapi matang .