Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

VIRGO : GELAGAT PERHUBUNGAN

Orang yang dilahirkan pada tarikh di antara 22 Ogos hingga 22 September sentiasa tenang, serius dan agak kolot. Dari segi berkawan , anda mungkin tidak suka menunjuk – nunjuk bahawa anda ini adalah seorang kawan yang dapat dipercayai , tetapi anda adalah seorang kawan yang bertanggungjawab. Dari segi pergaulan yang membuahkan cinta, Virgo mungkin tidak romantis tetapi anda dapat menjadi kekasih yang 'hangat'. Kata – kata “ Biar Lambat Asal Selamat “ dapat anda terapkan dalam percintaan. Apabila anda tertarik pada seseorang , anda tidak akan terburu – buru bergaya atau memikat ( menggoda ) . Sebaliknya anda akan mengamati dan meneliti dahulu sebelum mengungkap isi hati anda . Lantaran itu anda bukan petualang cinta. Cancer ( 21 Jun – 20 Julai ) dapat menjadi kawan atau kekasih yang baik bagi Virgo . Manakala bersama Virgo yang serius , Cancer yang cemburu ; tidak akan berasa resah . Di samping sifat Cancer yang sukar dijangka akan membuatkan Virgo menjadi ceria memikirkan sesuatu yang tersirat di fikiran . Pasangan yang juga tepat bagi Virgo ialah Leo ( 21 Julai – 21 Ogos ) . Sifat Leo yang gemar berubah menurut kehendak hati ; tetapi Leo tahu cara untuk menggembirakan kawan atau kekasih seperti Virgo. Sebaliknya , Sagittarius ( 23 November – 20 Disember ) bukan pasangan yang ideal buat Virgo. Sagittarius pecinta kebebasan sedangkan Virgo cenderung untuk merancang sesuatu dalam hidup dengan teliti. Seterusnya , sifat Virgo agak tertutup , misalnya dalam hal mengungkapkan rasa cinta, manakala sifat Sagittarius lebih terbuka , sehingga tidak segan – silu menciumi kekasihnya di khalayak ramai !