UNTUK MENERANGKAN HATI SUPAYA DAPAT MEMILIKI ILMU YANG LUAS DENGAN CEPAT
Dibaca ayat 107 - 110 dari Surah Al-Kahfi ini selepas sembahyang Subuh dan Asar sebanyak 11 atau 21 kali :Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu ( yang serba mewah). Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. Katakanlah (wahai Muhammad) : "Kalaulah semua jenis lautan menjadi dakwat untuk menulis perkataan-perkataan Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis perkataan-perkataan (ilmu) Tuhanku walaupun Kami (allah) tambahi lagi dengan lautan sepertinya sebagai tambahan." Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu. Oleh itu sesiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amalan yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadah kepada Allah".