Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

DOA PENGUNCI HAFALAN
Dari Surah Al-A'raaf ayat 171. Dibaca setelah selesai belajar untuk mengunci perkara-perkara yang telah dipelajari di dalam sistem ingatan. Boleh juga ditulis pada halaman pertama buku atau nota pelajaran.

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung ke atas mereka seolah-olah gunung itu naungan awan dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka. (Dan Kami berkata kepada mereka): "Peganglah dengan teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan ingatlah apa yang terkandung di dalamnya agar kamu menjadi orang yang bertaqwa."