MANTERA PERANGSANG KECERDASAN AKALYa Ilahi, sekiranya Engkau menerima taubatku dan mengampuni dosaku, maka muliakanlah daku dengan kekuatan kefahaman dan kekuatan hafalan. Sehingga aku dapat mengingati setiap perkara yang aku telah mendengarnya sama ada ilmu pengetahuan atau Al-Quran. Ya Ilahi, muliakanlah daku dengan merdunya suara dan bagusnya gaya suara sehingga sesiapa sahaja yang mendengar bacaanku (Al-Quran) akan bertambah-tambah kelembutan di dalam hatinya dan kecintaan kepadaku walaupun dia seorang yang keras hatinya. Ya Ilahi, muliakanlah daku dengan rezeki yang halal dan rezeki dari arah yang tidak kukirakan kedatangannya.