RAHSIA 25 - WUDHU' DAN MENGHADAP KIBLAT
MENGEKALKAN
WUDHU'
Mengekalkan wudhu' adalah amalan orang-orang soleh. Allah amatb menyintai orang yang sentiasa berwudhu'. Berwudhu' berfaedah untuk meningkatkan tenaga fikiran. Wudhu' adalah pencuci dosa dan ianya mempunyai cahaya. Cahaya wudhu' menghapuskan kekaratan hati yang berdosa dan menerangi hati yang gelap.
MEMINUM AIR WUDHU'
Air wudhu' bermanafaat untuk kesihatan badan keseluruhannya. Boleh juga untuk sebarang hajat dan meninggikan mental sekiranya diniatkan sebelumnya.
SENTIASA MENGHADAP KIBLAT
Sentiasa duduk menghadap kiblat apabila melakukan aktiviti menuntut ilmu mengandungi hikmah rohaniah dan Ilahiah untuk mencergaskan jasmani dan fikiran. Lebih-lebih lagi menghadap kiblat semasa melaksanakan kegiatan menuntut ilmu adalah sunat, mendapat pahala dan keberkatan yang besar. Kiblat adalah arah umat Islam dari seluruh dunia bersolat, berdoa dan beribadah. Ia menjadi tumpuan para rasul, nabi, wali dan sekalian umat Islam semenjak dahulukala untuk beribadat.
LAMAN INI TELAH DIKEMASKINIKAN PADA : 20 Nov 2001