|
|
Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadat itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib dan penuh tawaduk. Dengan demikian ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa bukan boleh dilakukan sebaga stau acara kebudayaan atau adat yang kosong dari roh ibadat atu rasa tawaduk kepada Allah. Doa merupakan salah satu cara hidup orang Islam yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai usaha ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik. Garis panduan doa di bawah adalah bagi bacaan doa secara berkumpulan yang harus dilakukan dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi di negara ini (Malaysia).
Tujuan majlis yang akan menentukan sama ada doa itu harus dilakukan atau sebaliknya.
|
|
Doa ialah satu upacara permohonan dari hamba kepada Allah yang ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolak bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.
|
|
Tempat berdoa yang diharuskan antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan seperti perhimpunan di masjid-masjid, dewan, madrasah, rumah kediaman dan ruang terbuka (seperti padang).
Tempat berdoa yang tidak diharuskan ialah tempat yang terdapat perkara-perkara yang boleh mencemarklan kesucian Islam. Di antara tempat-tempat tersebut ialah tugu, tempat yang terdapat patung-patung manusia, atau patung-patung haiwan, gambar-gambar atau lukisan-lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak Islam.
Begitu juga tempat-tempat yang mengandungi acara-acara atau aktiviti-aktiviti yang ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang menghidangkan minuman keras dan sebagainya.
|
|
Masa berdoa bagi majlis rasmi atau separuh rasmi sebaik-baiknya pada pemulaan majlis berkenaan.
|
|
Suasana semasa berdoa hendaklah dalam keadaan majlis yang tenang dan khusyuk.
|
|
Setiap doa hendaklah mempunyai tujuan yang baik yang dibenarkan oleh syarak.
Doa yang diucapkan hendaklah diadakan dalam keadaan dan cara berikut:
c. Dibaca dengan suara yang sederhana;
d. Dibaca dengan nada dan rasa yang khusuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T.; dan
e. Dibaca dengan penuh yakin dan ikhlas ia dimakbulkan Allah S.W.T.
|
|
Pembaca doa hendaklah yang berkemampuan dalam bacaan doa.
Pembaca doa hendaklah mengetahui kesesuaian doa yang dibaca bagi sesuatu majlis yang dibacakan.
|
|
Adalah diharapkan garis panduan in dapat digunapakai oleh semua pihak yang menganjurkan majlis-majlis rasmi dan separa rasmi oleh pihak kerajaan atau pihak swasta serta seluruh umat Islam di negara ini demi menjamin semua amalan agama yang dilakukan mengikut kehendak syarak yang sebenar dan suci dari sebarang pencemaran dan seterusnya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
|
|