RENUNGAN SEBAGAI PEDOMAN MENUJU KAMPUNG AKHIRAT |
walau bagaimana besar sekalipun darjatmu didunia ini, satu hari nanti kamu tetap akan kembali ke perut bumi.
sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di azab dalam perut bumi.
walau banyakmanapun ketawamu di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan menangis di perut bumi.
sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan meminum barang haram, satu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat.
walau bagaimana banyak sekalipun harta yang kamu kumpul, satu hari nanti akan musnah juga harta itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi.
walau banyak mana sekalipun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan hidup dalam gelap gelita dalam perut bumi.
walau bagaimanapun kamu berlagak dan bertakbur diatas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di hina di dalam perut bumi.
walau bagaimana ramai sekalipun sahabatmu diatas
muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan keseorangan dalam perut bumi.
HADITH PILIHAN |
Barangsiapa ditanya tentang ilmu kemudian dia menyembunyikannya, maka Allah akan mengekang(mulutnya) kelak di hari qiamat dengan kekangan dari api neraka.Riwayat Imam Ahmad r.a.
dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah. Riwayat Imam Muslim r.a.
sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan bentuk badan kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan kamu. Riwayat Imam Muslim r.a.
rebutlah lima sebelum lima. Masa hidupmu sebelum mati, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua dan masa kayamu sebelum miskin. Riwayat Imam Al Hakim r.a.
sempurna iman seseorang mukmin itu ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya. Riwayat Imam Al Bukhari.
seburuk-buruk yang halal kepada Allah ialah 'Thalaq'..Riwayat Imam abu Daud.
awasilah kamu daripada zina kerana pada zina itu ada empat perkara, pertama menghapuskan kejernihan pada wajah, kedua memutuskan rezeki, ketiga dimurkai oleh Allah s.w.t dan keempat kekal di dalam api neraka. Riwayat Imam At Tabrani r.a.
barangsiapa yang memandang muka suaminya dengan muka yang masam nescaya akan di suratkan oleh Allah sebanyak bintang di langit akan kejahatan dan sekiranya matilah ia sebelum di redhai oleh suaminya nescaya masuklah ia kedalam neraka.Sabda Rasullullah s.a.w.
apabila dikerjakan oleh orang2 perempuan sembahyang
lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, memelihara akan kemaluannya, mengikut
akan suami dan taat kepada suaminya, maka akan dikatakan pada perempuan
itu" masuklah olehmu akan syurga daripada mana-mana pintu yang engkau kehendaki".
Riwayat Imam Ahmad r.a.
bersedekah lah kamu kerana sedekah itu sebagai
pelepas mu dari api neraka. Riwayat Imam At Tabrani r.a.
sedekah itu dapat menghindarkan diri daripada panas kubur dan pada hari qiamat hanya bernaung di bawah naungan sedekahnya. Riwayat Imam At Tabrani r.a.
memutuskan akan mereka itu keluarga mereka,
maka mereka itulah yang di laknat oleh Allah s.w.t. dan Allah memberi tuli
pada pendengaran dan membutakan mata mereka.Dan tidak masuk syurga bagi
orang2 yang memutuskan hubungan keluarga. Riwayat Imam Muslim r.a.