Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

RoSeLi_________ReNunGaN

TAFSIR DI PENGHUJUNG AYAT KE 29 SURAH YAASIN  


Khaamiduun yang di ujung ayat bererti orang yang tidak bisa bernafas lagi, misalnya kerana timbunan tanah, atau terbanam dalam air, atau kerana terkurung dalam satu lubang, udara tidak masuk sehingga mati sendiri.

Ibnu Katsir setelah menyalinkan kata riwayat setengah ahli tafsir yang mengatakan bahawa kejadian ini ialah di negeri Inthakiyah dan Rasul ketiga itu ialah Rasul-rasul menurut istilah Kristian, murid-murid Isa Almasih anak Maryam yang di kirim ke sana, akhirnya mengambil kesimpulan meragukan riwayat Inthakiyah itu, yang bersumber dari Qatadah. Sebab di ayat 14 disebutkan "Arsalnaa", yang beerti: Telah Kami utus, ertinya utusan langsung dari Allah. Dan dalam sejarah pun disebutkan bahawa Inthakiyah tidaklah pernah menolak kedatangan murid-murid Isa Almasih yang beliau utus, bahkan dianggap termasuk empat negeri yang jadi tiang-tiang penegak agama Almasih. Iaitu Jerusalem, Inthakiyah, Iskandariyah dan Roma.

Melihat ujung dari ayat 29 yang mengatakan bahawa setelah mendengar pekik sekali pekik itu maka matilah penduduk negeri itu semuanya, kita mengemukakan tafsiran yang lain. Boleh jadi negeri ini ialah negeri Pompeyi di Italia, yang terletak di kaki gunung Versuvius.

Gunung itu meletup pada tahun 79 selepas kelahiran Nabi Isa. Ahli-ahli pencatat sejarah menerangkan betapa hebatnya bunyi gunung itu ketika meletup, sehingga ketika mendengar bunyinya saja telah banyak orang yang mati, terbongkar tali jantungnya kerana tidak tahan mendengar letupan itu. Letupan itu telah menyemburkan lahar hitam yang panas, sehingga gelaplah langit dan tertimbunlah oleh debu letupan itu akan kota-kota Pompeyi,Herculanum dan Stabie.

Mulai dari tahun 1748M barulah dimulai orang mengali kembali timbunan kota-kota itu.Masih didapati manusia yang tertimbun debu itu.Masih berjalan dipasar,masih bergurau dengan teman,masih minum minuman di kedai,masih bercinta-cintaan laki-laki dan perempuan.Benar-benar mereka tak bersiap terlebih dahulu untuk lari ,kerana tiba-tiba telah tertimbun debu.

Sekarang tembok-tembok Kota Pompei itu masih dipelihara dan dijadikan objek untuk pelancong.Maka kelihatanlah ukiran di dinding yang telah kuno itu peri kehidupan orang di zaman itu, yang benar-benar telah lupa kepada nilai-nilai yang patut dipegang.Sampai digambarkan bagaimana caranya bersetubuh yang paling asyik.

Mungkinkah di negeri Pompei yang telah runtuh, yang penduduknya penat bernafas kerana di timbun debu, yang dapat di buktikan ketika orang mengalinya, disanalah kejadian itu. Ini adalah kemungkinan saja. Sebab pada kitab-kitab tafsir yang terdahulu sejak dari Thabari, sampai Ar Razi, Al Kasysaf dari Zamakhsyari, Ibnu Katsir dan Al Qurtubi tidaklah ada yang membayangkan tentang kemungkinan negeri Pompei itu.Apatah lagi dia terletak di tanah Italia, dan baru saja digali pada tahun 1748.
 
 

Wallahu A'lamu bishshawabi!



 
 

 BACK HOME
 

Email: nylie@hotmail.com