Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

Laman Utama | Arkib Jurnal | Buku Lawatan

 

DISEMBER 2001

30 Disember 2001

:: Data Mining ::

Tadi ada presentation Data Mining dari jam 10 pagi sampailah pukul 1 petang. Masa keluar dari bilik kuliah tuh, aku macam pening-pening lalat sikit, mungkin sebab kepala hotak aku tepu dan sarat dengan maklumat. Pelik betul!! Aku tgk Lord of The Rings 3 jam kat panggung selamba jer, tapi kuliah 3 jam macam nak pitam dibuatnya.

:: Back To School ::

Pada hari Khamis 27 Disember 2001, tamatlah percutian raya aku. So, pagi tu sekitar jam 10 pagi aku bertolak balik ke UUM. Tapi aku singgah KL dulu sebab ada beberapa urusan nak di selesaikan. Nett dah preparekan tiket KL-UUM, untuk kitorang balik malam tu pukul 9.

Drebar bas yang aku naik tu sungguh beradab dan sopan santun. Kira pemandu berhemat la. So, dia bawak bas secara gerak perlahan. Cool jer. Perjalanan yang sepatutnya 3 jam lebih dah jadik 4 jam. Pukul 2 lebih baru aku dapat hidu oksigen KL. Sampai-sampai aku ngan Eezzs terus amik cab menuju ke SRC.

Mr Foo: Aiiiyaaa. Apsal lu sama dia (Eezzs) skarang nampak gemuk?

Aku: Macam mana tak gemuk. Hati senang, makan cukup, exercise kurang.

Mr Foo: Ini nanti album baru lu keluar, kasik kurus sikit laaa. Baru nampak bagus.

So, boss aku kat SRC tu merungut sebab aku ngan Eezzs nampak gemuk. Aku rasa kuih raya yang mak aku buat tu banyak kalori laa, itu pasal la badan aku naik. Maknanya balik UUM nie, aku kena exercise sket, kasik kurus. Takut pulak nanti imej album baru nampak tembam jer, takmo laa aku.

Lepas menyelesaikan beberapa urusan (baca: amik duit show, amik kalendar 2002, meeting kecil-kecilan dgn bos, amik poster dan VCD Konsert Siti secara percuma) aku pun blah ke rumah makcik aku kat Brickfield. Kul 6 aku bertolak keluar dr rumah makcik aku menuju ke CM sebab aku ada agenda meronggeng dengan geng jernel yang lain. 

Lebey kurang kul 6.30 ptg kitorang bertemu kat pintu masuk CM. Yang turut serta petang tu ialah Rudy, Nett, Mie, Pikor dan Blueshades atau lebey comel dipanggil Ijat. Memandangkan aku artis, dan memandangkan aku baru dapat duit show, dan memandanlkan tuhan mengurniakan aku dengan sifat pemurah maka dengan sesuka hatinya aku membelanja diorang makan kat Mc Donalds. Bukan setakat makanan jer, aku siap sponsor belik patung gergasi yang cute tuh.

Lepas semayang, kitorang bertolak ke Puduraya. Waktu tu hujan kira agak lebat gak. Tapi, memandangkan si Pikor tuh peka dengan ramalan cuaca di samping dia tu mengamalkan konsep 'sediakan payung sebelum hujan' maka dengan bangganya dia mengeluarkan 4 bijik payung dari kereta dia untuk kitorang.

Maka, atas dasar sahabat, kami berpayung-payungan bersama ke Puduraya atas satu tujuan suci iaitu menghantar aku ngan Eezzs balik UUM. Sungguh murni tujuan tu, sampai aku rasa kalau diorang kena langgar kereta masa nak pergi tuh, kira mati syahid aaa. Hehe...  :)

Bas Ekspres Jelita yang aku naik tuh, sepatutnya bertolak kul 9, tapi around pukul 9.20 baru dia bertolak. Bebudak tu semua plak agaknya tak tahan nak tunggu sampai bas tu bertolak. Almaklumla, kat bawah tu lebih byk bahan kimia dari oksigen. Si Nett tu pulak ada masalah kurang daya tahan penyakit, mudah tersungkur kat Puduraya. Lagipun aku ngan diorang bercakap guna bahasa isyarat jer, sebab aku dah naik bas dulu. So, around 9 suku diorang blah. Takder syahdu-syahdan, takde nangis-nangis jauh skalik meraung sambil guling-guling tapi aku rasa cukup terharu sebab diorang sudi hantar aku ngan Eezzs balik. Thanks, friends.

Pukul 3 pagi aku sampai UUM. Aku masuk bilik, bersihkan diri, kemas-kemas barang sket pastu tidur. Aku tidur dengan azam melupakan cuti raya yang dah berlalu sebaliknya mengumpul balik semangat untuk belajar. Dan muka lecturer aku menyibuk dalam mimpi aku malam tu.


5 Disember 2001

" Tolong la update slalu walau pun see_book... lagi satu jangan lah malas balas mail peminat .... lastly all da best... taula awak tue artis tapi tak elokla kalau tulis dalam jurnal tidor nampak wardina .... memang semua manusia tak sempurna kecuali rasul saw tapi tengok la awak tu berdakwah dengan nasyid jangan sampai orang tak suka ... kalau dahsuka sangat ngan wardina hantar rombongan meminang... kan senang ... org pun tak mengata...... kalau lawak pun tak elok la..... semoga berjaya dan semua manusia melakukan kesilapan... jadikanlah ia sebagai pengajaran.... uhibbu fillah... ukhuwah fillah .... "

Komen kat atas tu aku dapat dari guestbook aku. Aku nak ucap terima kasih kepada pengirimnya. Aku mintak maaf.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian. Saya tak de mood nak buat lawak. Saya dah malas merapu banyak-banyak. Semua orang dah boring dengan saya. Saya nak jadik penyanyi nasyid yang baik yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Wassalam.

   

 

Hak Cipta Terpelihara © 2000-2001