Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

Laman Utama | Arkib Jurnal | Buku Lawatan

 

JULAI 2002

29 Julai 2002

:: Passport ::

Dulu bila ada orang tanya aku, apa benda yang aku suka buat, aku selalu kata aku suka travel. Aku suka jalan-jalan. Kalau boleh aku nak melancong ke seluruh dunia. Tapi masalahnya, bila orang tanya aku, ada pasport tak? Aku terpaksa jawab, takde. Isyyy... teramatlah tak relevannya, suka travel tapi pasport takder. 

Macam manapun, pada minggu lepas, Alhamdulillah aku dengan bangga dan riaknya telah memiliki passport antarabangsa yang membolehkan aku pergi ke mana jua negara. So, korang jangan jeles kalau minggu depan aku ader kat Tokyo, minggu lepas tu plak aku ada kat Paris, pastu minggu lepas tu ada kat Pontian. Almaklumlaa.. dah ada pasport.

Sebenarnya, aku buat passport nie disebabkan grup aku akan mengadakan satu persembahan di Singapura pada 24 Ogos nie. Show tu akan turut disertai oleh para artis SRC lain seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Noraniza Idris, Aqasha, New Boyz, Anis Suraya, Mazleela dan Handy Black. Actually, show tu show amal untuk rumah anak2 yatim dan akan dilangsungkan di Singapore Expo Hall One. Korang yang ada kat area Singapore bolehlah datang menonton persembahan tu ek?  

:: Sesi Kunjungan Ke KL ::

Start dari hari Rabu lepas, aku ngan Is berada kat KL untuk urusan rakaman album terbaru kitorang. Masa hari Khamis tu jadual agak padat tapi aku sempat jugak tengok wayang. Haha... cerita High Crime. Cerita dier okey laa... tapi ending dier macam tak best jer, tak dramatik sangat sebab aku dah boleh agak. Aku bagi citer nie 3 cipan dari 5 cipan.

Petang Khamis tu plak sempat jumpa geng-geng jurnal seperti Nett (nett lagik!!), Rudy, Peaqour, Lala, Hayazi dan beberapa rakan jurnal lain. Sempat la berborak dalam setengah jam sebab lepas tu aku terpaksa bergegas ke pejabat Hijjaz Music untuk berjumpa dengan abang Isman. Lepas jumpa abang Isman kitorang bertolak ke rumah Along (Exists). Masa dalam kereta, abang Isman bagi dengar lagu Harapan Cinta yang telah disiapkan muziknya. Okey gak... dengar lama-lama lagu tu jadik best. Starting dia ada unsur2 lagu O-Town. 

Sampai kat rumah Along dekat-dekat maghrib. Rumah tu memang rumah geng-geng musician. Selain Along, yang duduk kat situ ialah Aie (Spider) ngan Badang (Frequency). Masa kitorang sampai tu, Along tengah tido. Sian dier, dipaksa bangun. 

Lepas semayang maghrib kitorang pun mulakan sesi jamming lagu Rasul Pilihan. Along carik key, pastu confirmkan melodi lagu tuh. Segalanya selesai dengan cepat sebab tak banyak kerenah. Lepas transfer 3 lagu yang Along dah siap record sebelum tuh, kitorang pun beredar. Abang Isman hantar kitorang kat stesen LRT sebab kitorang nak ke studio pulak.

Lebih kurang pukul 10 sampai kat studio. Raja Faizal tengah masukkan muzik untuk lagu Ratu Hati ciptaan Ajai. Masa Mujahid bagi dengar preview lagu, aku dengan Is suka sangat. Nampak lagu tu jadik cantik, arrangement dier lebih fresh. Petikan piano dalam lagu tu betul-betul ingatkan aku dengan lagu Kasih Tak sampai nyanyian Padi. Memang ada touch Padi sket. It was beautiful.

MAsa rehat tu, aku, Is ngan Mujahid gi makan kat gerai yang dah hampir 2 tahun aku tak makan kat situ. Gerai tu memang best masakan dia, especially sup ekor.

Lebih kurang pukul 1 pagi, session kat studio pun habis. Abang Bard (PR SRC) ambik kami di studio sebab kitorang tumpang tido rumah dia. On the way balik ke rumah dia, sempat lagik singgah minum. Sian kat abang Bard nampak penat sebab sehari suntuk dier bawak Siti untuk fotografi.

Sampai rumah abang Bard, kitorang bersembang sampai tak ingat dunia. Akhirnya, lebih kurang pukul 4 pagi barulah kiorang tido. 

:: Album oh Album ::

Cerita pasal album grup Firdaus nie kalau difikir-fikirkan rasa macam dah basi la pulak. Mana taknya, kalau diikutkan kronologi, cadangan pembikinan album kitorang telah bermula semenjak bulan Julai 2001 lagi. Maknanya dah kira setahun laa. Seingat aku, semenjak bulan Ogos tahun lepas, kerja-kerja mencari material telah dimulakan. Seingat aku juga, lagu pertama yang aku kutip ialah lagu Rayuan Hamba ciptaan Abang Isman dari kumpulan Hijjaz. 

Menerusi perbincangan awal dengan pihak SRC, kitorang telah sepakat untuk tidak lagi menggunakan khidmat PAk Ngah dalam album ketiga kitorang kerana kitorang merasakan kitorang tak sesuai membawakan lagu-lagu berentak tradisional. Sebaliknya kitorang bercadang untuk mengekalkan konsep sepertimana album yang pertama yang lebih cenderung kepada pop. 

Sehubungan itu, mulai lepas raya iaitu sekitar bulan Januari 2002, aku dah mula merisik-risik penerbit yang kitorang idam-idamkan iaitu Abang Isman (Hijjaz) dan Mujahid (Nowseeheart). Diorang masa tu pada dasarnya dah bersetuju. Waktu tu material pun dah banyak, dah ada lebih dari 20 buah lagu. Tapi masa tu pihak syarikat rakaman pulak yang melambat-lambatkan perbincangan sedangkan kitorang berharap dapat masuk studio sekitar bulan Mac sebab masa tu kitorang tengah cuti. Akhirnya perbincangan pertama dengan penerbit hanya berlangsung sekitar bulan Mac 2002.

Perbincangan tu menemui jalan buntu atas faktor budget. Pihak SRC kata budget yang dikemukakan oleh kedua-dua orang penerbit tu terlalu tinggi. Tapi aku rasa budget tu berbaloi sebab kedua-dua penerbit tu dah menunjukkan reputasi yang baik dalam penghasilan album sebelum ini. Abang Isman telah berjaya dengan album In-Team manakala Mujahid telah berjaya dengan album Nowseeheart dan Saujana.

Akhirnya perbincangan itu tergendala begitu sahaja sehinggalah pada sekitar bulan April 2002 apabila pihak SRC mencadangkan Farihin Abd Fattah sebagai penerbit album kitorang. Abang Farihin merupakan penerbit bagi keempat-empat album Raihan sebelum ini. Mengikut maklumat yang aku terima, abang Farihin menawarkan pakej yang lebih murah untuk menerbitkan keseluruhan 10 lagu. 

Walaubagaimanapun, aku dan Is telah menolak cadangan tersebut, sebab bagi kitorang abang Farihin mencadangkan konsep yang kurang sesuai untuk kitorang. Ini disebabkan kitorang lebih cenderung untuk menghasilkan album yang berkonsepkan pop nasyid.

SRC akur dengan pelbagai hujah yang kitorang berikan. Sekali lagi rakaman album kitorang tertangguh kerana masalah penerbit. Bulan Mei 2002, pihak SRC membuat tawar menawar dengan kitorang iaitu mereka bersetuju untuk mengambil abang Isman dan Mujahid sebagai penerbit dengan syarat kedua-dua penerbit bersetuju dengan budget yang ditentukan oleh SRC. Jika tidak, album tersebut akan terus tergantung sehinggalah ada penerbit lain yang bersetuju dengan budget tersebut.

Budget tu bolehlah disifatkan sebagai 'tak meriah' sangat. SRC memberikan alasan penjualan album kedua kitorang yang tidak memberangsangkan sebagai punca pihak syarikat takut untuk mengeluarkan budget yang besar. Akhirnya perbincangan kedua diadakan antara kedua-dua penerbit tersebut dengan SRC. Aku difahamkan kedua-dua pihak tawar-menawar pada satu harga yang berpatutan sehinggalah pada beberapa hari kemudian kedua-dua penerbit bersetuju pada harga yang telah ditetapkan oleh SRC.

Kos penerbitan yang dikeluarkan oleh SRC untuk album ketiga kitorang sebenarnya agak kurang disenangi oleh grup aku mahupun penerbit. Tapi, kami sepakat untuk menghasilkan yang terbaik dan membuktikan bahawa nasyid mempunyai pasaran yang tersendiri. Insya-Allah jika album nie berjaya, masa tu lah abang Isman dan Mujahid akan demand kos penerbitan yang lebih tinggi untuk album akan datang.

Akhirnya pada bulan Mei 2002, pemilihan lagu dilaksanakan. Lagu-lagu diteliti oleh Zulkefli Majid, Is, Abang Isman, Mujahid dan aku. Akhirnya kitorang telah sepakat memilih 10 buah lagu untuk album kitorang di mana aku dan Is diberi banyak kebebasan untuk memilih lagu-lagu yang sesuai dengan citarasa kitorang. Kitorang dijangka memulakan sesi rakaman sekitar pertengahan bulan Mei 2002.

Walaubagaimanapun, apabila tiba waktu yang sepatutnya, sekali lagi rakaman album kitorang tertangguh. Kali ini adalah disebabkan masalah studio. Waktu studio yang sepatutnya diberikan kepada kitorang terpaksa diberikan kepada sebuah band remaja popular Malaysia untuk rakaman album terbaru mereka yang dijadualkan dipasarkan jauh lebih awal dari album kitorang.

Sesi rakaman band tersebut mengambil masa lebih dari sebulan. Dan akhirnya pada bulan Julai 2002, barulah sesi rakaman album terbaru kitorang dimulakan. Dijangkakan album kitorang nie akan mengambil masa lebih dari sebulan untuk dirakamkan. Paling awal album nie dijangka boleh disiapkan (termasuk proses mixing dan cover), ialah sekitar penghujung bulan Ogos. Oleh itu album ini dijangka berada dipasaran pada bulan September atau selewat-lewatnya pada bulan Oktober.  

Album kitorang kali nie menampilkan komposer seperti Mujahid, Isman Isam, Ajai, Rosli Selaseh, Khairil Azrin dan Alfa Booty. Manakala para pemuziknya terdiri daripada Along (Exists), Ujang (Exists), Eddie (Slam) dan Raja Faizal.

So, itu jerlah sesi promosi album kitorang yang dipancarkan terus menerus dari Sri Pentas. Jumpa lagi di lain masa. Majulah nasyid untuk negara. Jumpa Lagi.

 Wassalam.
 

 

Hak Cipta Terpelihara © idzwan2002@yahoo.com