Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

Laman Utama | Arkib Jurnal | Buku Lawatan

 

MAC 2002

24 Mac 2002

:: Nazli dan Nazlan :: 

Pada tanggal 13 Jun 1991, lahirlah sepasang anak kembar yang comel dengan selamatnya ke dunia ini. Kembar pertama diberi nama Mohd. Nazli dan kembar kedua diberi nama Mohd. Nazlan. Nazli dan Nazlan malangnya lahir dalam keluarga yang serba daif dan terlalu ramai. Nazli dan Nazlan punya abang dan kakak yang berjumlah berbelas-belas. Masalah kesempitan hidup menyebabkan Nazli dan Nazlan bakal menghadapi nasib yang sama seperti abang dan kakak mereka yang terpaksa diserahkan kepada anggota keluarga lain untuk dijaga sebagai anak angkat.

Awal tahun 1993, aku dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SRP. Dan Alhamdulillah aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran di sebuah sekolah asrama penuh. Mak dan ayah yang selama ini hanya mempunyai aku sebagai anak sudah tentu merasa kesunyian yang teramat sangat bila aku mula menjejakkan kaki untuk meneruskan pelajaran di sekolah asrama. Maka setelah perbincangan dibuat, kami sekeluarga sepakat untuk mengambil anak angkat.

Mak amat simpati dengan kakaknya yang daif dan punya anak ramai itu. Mak nyatakan keinginannya untuk mengambil salah seorang daripadanya sebagai anak angkat. Tentulah lebih relevan untuk  membela mereka yang ada pertalian keluarga sebagai anak angkat. 

Kami bertolak ke Sungai Petani di mana terletaknya rumah Nazli dan Nazlan. Turut bersama ialah nenek. Sampai di sana, sebenarnya amat simpati melihat kehidupan mereka sekeluarga yang hidup terhimpit dan susah itu.

Mak dan ayah cukup tertarik dengan si kembar Nazli dan Nazlan. Kali pertama kami berjumpa mereka, umur mereka baru sekitar 1 setengah tahun. Atas alasan kesusahan, mak Nazli dan Nazlan, rela menyerahkan kedua-duanya sekali kepada kami. Mak dan ayah tak mampu untuk membela kedua-duanya, maka nenek dengan rela hati bersetuju untuk membela salah seorang dari mereka. Lagipun mereka adalah cucu nenek jugak. Bolehlah nenek bermesra dengan cucunya itu.

Januari 1993 - setelah setahun setengah hidup bersama akhirnya Nazli dan Nazlan dipisahkan. Nazli mengikut aku sekeluarga ke Johor, Nazlan mengikut nenek di Alor Setar.

Berbanding Nazli yang diberi kemudahan yang pelbagai, Nazlan menghadapi nasib yang agak berbeza. Nenek selalu sakit, nenek pun bukanlah orang yg senang. Maka, Nazlan hidup dalam keadaan yang agak kekurangan.

Entah mengapa, Nazli dan Nazlan ada perkaitan yang kuat. Jika seorang sakit, seorang lagi secara tak semena-mena akan turut sama sakit. Jikalau Nazli yang sihat dan ceria itu tiba-tiba jatuh demam, kami akan mendapat khabar Nazlan nun jauh di Alor Setar itupun sebenarnya jatuh demam.

Menyedari hakikat mereka pasangan kembar yang serasi, maka selalu juga mak dan ayah membawa Nazli berjumpa dengan Nazlan di Alor Setar. Selalu juga mak dan ayah belikan pakaian yang serupa buat dipakai oleh mereka berdua. Setiap kali berjumpa, mereka cukup mesra, keluar bermain bersama, tidur bersama, segalanya bersama.

Pernah terjadi suatu peristiwa, Nazli secara tiba-tiba jatuh demam. Naluri mak menjangkakan sesuatu yang buruk terjadi kepada pasangan kembar Nazli. Jangkaan mak tak silap, kami menerima panggilan telefon dari nenek bahawa Nazlan jatuh longkang. Nazlan mengalami kecederaan agak serius di kepala dan dimasukkan ke ICU. 

Mak dan ayah membawa Nazli ke Hospital Besar Kuala Lumpur tempat di mana Nazlan diberi rawatan. Setibanya di sana, Nazlan baru menjalani pembedahan membuang serpihan kaca dan batu di bahagian kepalanya. Nazlan ketika itu masih diletakkan di sebuah bilik khas untuk rawatan rapi. 

Sesuatu yang agak ajaib terjadi. Doktor yang merawat Nazlan meminta Nazli sebagai kembarnya memasuki bilik khas Nazlan dan bersamanya sendirian. Mak dan ayah serta keluarga yang lain di luar bilik khas itu tak dapat menahan air mata melihat Nazli berduaan dengan Nazlan yang sedang menyabung nyawa. 

Sesungguhnya sungguh kuat pertalian mereka berdua. Tak lama selepas itu, Nazlan semakin pulih sehinggalah beberapa bulan selepas itu, Nazlan sudah boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa.

Hari berganti hari, Nazlan terus menempuh waktu-waktu sukar dalam hidup. Sewaktu darjah dua, nenek tempat Nazlan bergantung (nenek aku juga) telah meninggal dunia. Tak lama selepas itu, ayah kandung Nazli dan Nazlan pula meninggal dunia. Nazlan kemudian diserahkan kembali kepada ibu kandungnya. 

Sedang Nazli terus hidup dalam nasib yang baik, Nazlan terus menyabung hidup yang amat sukar. Dengan masalah kehidupan yang miskin, Nazlan mengambil upah mengutip lokan di pantai buat dijadikan upah ke sekolah. Di saat umurnya waktu itu hanya 8 tahun, dia sudah mencari rezeki sendiri.

Namun begitu, Nazli dan Nazlan masih kerap berjumpa. Dan setiap kali mereka berjumpa, masing-masing seolah melupakan latar hidup masing-masing sebaliknya bermain bersama sebagai kanak-kanak riang tanpa masalah.

Sungguh kasihan melihat mereka sehingga kami rasa betapa bersalahnya kami kerana memisahkan mereka. Kami tekad, suatu hari nanti untuk menyatukan mereka untuk hidup bersama sebagai adik beradik.

24 Mac jam 7.30 pagi aku masih di UUM bergelumang dengan tugasan akademik. Panggilan telefon dari mak membawa khabar duka. Nazlan ditimpa kemalangan. Ssewaktu melintas jalan, dia dilanggar lori. Nazlan cedera parah.

Mak akan bergegas pulang ke Sungai Petani petang itu jugak. Akan turut bersama ialah Nazli. Nazli akan sekali lagi menatap Nazlan di ICU yang sedang bersabung nyawa.

Aku rasa macam nak menangis. Betapa bersalahnya kami memisahkan mereka. Kepada yang prihatin, aku pinta doakan semoga Nazlan akan selamat dan dipanjangkan umur. 

Aku nak ke sungai petani... Wassalam.


1 Muharram 1423 / 14 Mac 2002

:: Selamat Tahun Baru ::

Ini doa awal tahun..

Maksud doa:

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Sayidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya.

Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. 

Dan semoga ALLAH rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummiy dan kaum keluarganya, juga seluruh sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."


:: Hijrah Rasulullah ::

TANGGAL 1 Muharam merupakan tarikh penting bagi umat Islam. Tarikh keramat ini diambil daripada suatu peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah. Penentuan tarikh Hijrah ini (bersamaan 16 Julai 622M) kemudiannya diputuskan pada zaman khalifah Saidina Umar ibni al-Khattab pada tahun 17 hijrah bertujuan mengingati peristiwa penting itu di samping untuk memudahkan urusan pentadbiran negara. Beberapa cadangan telah dikemukakan pada beliau, ada yang mencadangkan tahun kelahiran Rasulullah, tarikh kebangkitannya menjadi Rasul dan ada pula yang mencadangkan tahun wafatnya. Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui oleh Saidina Umar kerana memandangkan hijrah adalah peristiwa yang terpenting di antara peristiwa-peristiwa lain sebagaimana katanya yang beraksud: Kita membuat tarikh dengan Hijrah Rasulullah s.a.w. keranan hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan yang batal.

Sejak terbentuknya takwim Islam menggantikan takwim Masihi ini, segala urusan pentadbiran negara Islam berjalan dengan licin dan pada masa yang sama semua catatan sejarah penting direkod berdasarkan kepada takwim ini. Takwim Hijrah mengikut peredaran bulan (lunar - qamariyah) di mana dalam setahun ia mengandungi 254 hari berbanding dengan takwim Masihi sebanyak 365 hari).

Perbezaan ini disebabkan kerana takwim Islam mengikut peredaran bulan, manakala takwim Masihi mengikut peredaran matahari. Bilangan hari dalam bulan Islam kurang daripada bilangan hari dalam bulan Masihi. Hari dalam Islam hanya di antara 29 hingga 30 hari sahaja. Sebagai contoh, bulan Muharam mengandungi 30 hari, diikuti oleh bulan Safar 29 hari, bulan Rabiulawal 30 hari, Rabiulakhir 29 hari, demikianlah seterusnya hingga ke bulan Zulhijah 30 hari.

Sementara bulan Masihi, mengandungi antara 30 hingga 31 hari (kecuali bulan Februari 28 atau 29 hari). Berdasarkan kaedah ini menyebabkan perbezaan antara takwim Islam dan takwim Masihi secara kasarnya adalah sebanyak 11 hari dalam setahun atau 365 hari dalam tempoh 33 tahun).

Kehadiran Maal Hijrah saban tahun diraikan kerana terdapat banyak pengajaran dan hikmah di sebalik peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah yang seharusnya dihayati oleh umat Islam. Kita mungkin terpengaruh dengan dakyah para orientalis yang menterjemahkan perkataan Hijrah bererti flight atau lari.

Mereka cenderung mendakwa Nabi dan pengikutnya melarikan diri dari Mekah ke Madinah kerana takut diseksa dan diancam oleh kaum Musyrikin. Terjemahan dan takrifan ini terbabas daripada maksud yang sebenar. Hijrah ialah perkataan Arab yang diambil daripada kata dasar 'hajara' yang bererti 'berpindah', manakala kata terbitannya hijrah bererti 'perpindahan' (migration). Orang yang berpindah digelar sebagai muhajir atau muhajirun. Pada umumnya perpindahan diertikan sebagai suatu langkah untuk memperbaiki nasib hidup di dunia, seperti perpindahan dari desa ke kota untuk mencari peluang kehidupan yang lebih baik.

Namun demikian hijrah merupakan suatu konotasi yang berbeza dan mempunyai orientasi dan objektif yang lebih luas daripada itu, ia mencakupi aspek rohani dan jasmani bagi tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Hijrah bukan berlaku secara kebetulan malah telah dilakukan dengan penuh perancangan serta mendapat arahan dan keredhaan daripada Allah s.w.t.

Firman Allah dalam ayat 56 surah al-Ankabut yang bermaksud ''tidakkah engkau mendapati bumi Allah itu luas maka hendaklah kamu berhijrah padanya.'' (Surah an-Nisa: 97). Sekali imbas arahan Allah ini merupakan sebagai suatu kesempatan yang mungkin digunakan oleh Rasulullah untuk melepaskan diri daripada ancaman kafir Quraisy. Ini seolah-olah membenarkan dakwaan musuh Islam kononnya Nabi lari tengah malam justeru tidak tahan dengan seksaan yang dialami semasa di Mekah. Sebagai seorang Rasul yang menjalankan amanah Allah, ketakutan terhadap ancaman musuh bukanlah merupakan sifat para Nabi walaupun baginda dan pengikut-pengikutnya dinisbahkan sebagai golongan yang tertindas atau mustadhafin.

Hijrah sebenarnya digerakkan oleh faktor yang lebih penting daripada itu, walaupun diakui keselamatan Rasulullah semakin terancam berikutan kematian isterinya Siti Khadijah dan pak ciknya Abu Thalib yang banyak membantu perkembangan dakwah Islamiah.

Faktor paling utama yang mendorong kepada berlakunya peristiwa ini ialah sokongan terhadap Islam yang datangnya daripada penduduk Madinah. Perjanjian Aqabah pertama dan kedua dengan penduduk Madinah memberikan sinar baru bagi perkembangan Islam yang kian tersepit di bumi jahiliah Mekah itu. Pergerakan Rasulullah s.a.w keluar dari kota Mekah juga diatur dengan penuh rapi agar tidak menimbulkan kegemparan di kalangan musuh yang juga merancang untuk membunuh Nabi s.a.w. Ini dapat dilihat daripada kesediaan Saidina Ali menggantikan Nabi di tempat tidur, bantuan bekalan makanan daripada Asma' binti Abu Bakr dan panduan perjalanan jalan daripada seorang yang mahir mengenai selok- belok laluan kota Mekah iaitu Abdullah bin 'Uraiqit.

Semuanya ini menjelaskan bahawa peristiwa Hijrah adalah merupakan suatu perancangan yang telah disusun begitu rapi, selain daripada pertolongan Allah yang memudahkan lagi perjalanan Rasulullah s.a.w ke Madinah. Banyak perkara penting yang dapat dijadikan pengajaran dalam kita menghayati peristiwa Hijrah ini iaitu berkaitan dengan misi kerasulan Muhammad s.a.w. Walaupun Baginda telah berusaha menyebarkan Islam siang dan malam, penduduk kota Mekah gagal diislamkan secara menyeluruh.

Hal ini berbeza dengan sikap penduduk kota Madinah yang menyambut ketibaan Rasulullah s.a.w dengan paluan gendang dan hamburan nyanyian kesyukuran.

Penduduk Madinah yang terdiri daripada golongan Ansar telah memberikan pertolongan yang besar terhadap Rasulullah dan kaum Muhajirin menegakkan Islam di kota tersebut. Perpaduan yang ditegakkan melalui Hijrah ini bukan sahaja menyatukan umat Islam tetapi seluruh penduduk Madinah yang juga terdiri daripada golongan bukan Islam. Piagam atau perjanjian Madinah yang dimeterai oleh Nabi menjadi asas kepada permuafakatan hidup dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Piagam yang diakui oleh Profesor Hamidullah sebagai perjanjian bertulis di dunia yang pertama ini menjadi asas pembinaan negara Islam yang berjaya mendaulatkan perpaduan di kalangan manusia.

Penguasaan politik negara Madinah yang berasaskan Islam telah berjaya menjelmakan Islam sebagai sebuah agama yang mampu membina peradabannya tersendiri. Jika di Mekah, Islam hanya dikenali sebagai agama yang menekankan aspek-aspek keimanan dan kerohanian, khususnya dalam membina asas-asas seorang individu Muslim, maka di Madinah kita melihat Islam berinteraksi dalam seluruh lapangan kehidupan. Di kota inilah banyak ayat-ayat al-Quran diturun bagi menerangkan hukum-hakam dalam seluruh lapangan kehidupan. Negara yang ditegakkan di atas asas keimanan juga berjaya melahirkan para da'i dan mujahid yang sanggup mengorbankan diri untuk kebangkitan agama Allah. Madinah menjadi pusat kebangkitan strategi Islam dalam memperluaskan dakwahnya ke seluruh dunia. Sesungguhnya kemenangan kepada Islam pastinya akan berulang sekiranya umatnya bersikap positif untuk berubah ke arah kemajuan dalam seluruh aspek kehidupan. Perubahan ini tidak akan datang bergolek tetapi perlu dilaksanakan dengan penuh kesungguhan sebagaimana hijrah Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan renungan untuk melakukan agenda perubahan dalam alaf baru ini.

~Dipetik dari DR. BADLIHISHAM NASIR, Jabatan Dakwah, Fakulti Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.


12 Mac 2002

:: Minggu-minggu kritikal :: 

Orang kata kalau taknak exam, jangan jadik student. Jadik student tapi tak suka buat assignment, projek, presentation... samalah macam jadik doktor tapi tak suka dengan darah. Ataupun macam jadik askar, tapi taknak pegang senapang.

Actually, aku pun bukan lah alergik sangat ngan semua2 benda nie. Cuma kengkadang... assignment dan projek nie boleh buat kiter separuh giller. Terutama biler dier datang bertimpa-timpa dan kau pulak buat kerja last minute. Hehehe... Apatah lagik, projek semua melibatkan programming. 

Mulai minggu lepas, kami bebudak master dah diberi sebuah bilik khas, kira macam lab, untuk siapkan semua projek kami tuh. So, aku selalu la melepak situ ngan bebudak master yang lain macam Apitt, Ira, Teh, Ecah, Mar (Martopo ke nama dier?) dan Jumi. Nie semua kira classmate aku merangkap groupmate laa. selain tu ada jugak budak degree final semester. Diorang pun sama macam kami, bertungkus lumus, bergolok-bergadai, bermandi darah untuk menyiapkan projek (sajer tambah unsur2 suspens). 

Sebenarnya, satu masalah aku, dari segi cara aku bekerja, aku suka buat kerja sorang-sorang. Hehehe... aku tak suka ramai-ramai orang sangat. Bukan sebab aku tak suka kesibukan dan kebisingan... tapi sebab aku nie sejenis manusia yang cukup mudah tersasar niat. Mula-mula kumpul tu memangla niat nak study dan siapkan kerja tapi bila dah berkumpul ramai-ramai terus terpesong kerja aku. Aku lebih suka bersembang dan berkenalan dgn lebih mesra dgn kawan2 takpun bawak cd movie atau lagu untuk tengok. Itu pasal la bila duduk kat lab tuh, bebudak lain siap 2-3 kerja tapi aku satu haram kerja pun tak jalan. Paling kuat aku buat, menghabiskan air mineral ngan kuih muih diorang.

Tapi macam manapun, hakikatnya, seronok buat kerja ngan diorang. Bukan apa, aku rindu saat-saat masa kat sekolah dulu di mana kita rapat dan baik dgn rakan sekelas masing-masing. Boleh bergurau-gurau dan saling mengambil berat antara satu sama lain. 

Semenjak masuk universiti, susah dah nak dapat sekumpulan rakan sekelas yang rapat sebab biasanya kita akan dapat rakan sekelas yang berbeza utk tiap-tiap paper yang kita ambik. Tapi, utk master nie, nie lah kawan-kawan aku untuk semua kelas. Rasa macam kawan sekelas masa kat sekolah dulu-dulu. Hehe..

:: Boikot :: 

Semenjak kes aku hampir-hampir nak termakan ulat kat kafeteria kolej MISC harituh, aku telah mengambil keputusan untuk melancarkan kempen boikot. Semenjak harituh aku dah tak jejak lagik kafe tuh. Dan aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku tak akan makan kat kafe tuh untuk satu tempoh yang lama (maybe 5 tahun). Walau kafe lain semua tak bukak aku tetap takkan makan kat kafe MISc tuh. Biar sedap macam mana lauk dier hatta dier letak Siti Nurhaliza kat kaunter kafe dier pun aku takkan pegi. Aku lagik rela kutip batu tepi jalan pastu makan dari makan kat kafeteria tuh.

:: Teka-teki :: 

Kalau kau takder apa2 benda nak buat, apa kata kau baca teka-teki kat bawah nie dan cuba selesaikan:

Once there was a conductor, of a bus, who was very rude to his
passengers. One day a beautiful young girl, of around 18 years, tried to board the bus, but the conductor didn't stop the bus. Unfortunately the beautiful young girl came under the bus and died on the spot. Angry passengers took the conductor to the police station, who in turn took him to the court. The judge was not at all impressed with the conductor and gave him capital punishment, i.e. to be electrocuted. He was taken to the electrocution chamber. There was a single chair in the center of the room and a single banana peel at one corner of the room. The conductor was
strapped to the chair and high current was given to him. But to everyone's amazement, he survived. The judge decided to set him free, and he returned to his profession.

After a few months, this time, a good looking middle aged woman
tried to board the bus but the conductor didn't stop the bus.
Unfortunately, this time also, the good looking middle aged woman came under the bus and died on the spot. Again angry passengers took the conductor to the police station, who in turn took him to the court. The judge took a look at the conductor and gave him capital punishment. The conductor was taken to the same electrocution chamber where there was a single chair in the center of the room and a single banana peel at one corner of the room. He was strapped to the chair and high current was given to him. This time also to everyone's amazement, he survived. The judge decided to set him free, and he returned to his profession.

A couple of months later, an elderly gentleman tried to board
the bus. This time the conductor, remembering his earlier experiences, stopped the bus. Unfortunately the elderly gentleman slipped and came under the bus. He also died on the spot. The conductor was taken to the police station and then to the court, to the same judge. Though he hadn't done anything wrong, but considering his past record the judge decided to set an example and gave him capital punishment. The conductor was again taken to the same electrocution chamber where there was a single chair in the center of the room and a single banana peel at one corner of the room. He was strapped to the chair and high current was given to him. This time he died instantly.

The question is why didn't he die the first two time but died instantly the third time??

:: Jokes ::

Her husband has been slipping in & out for a coma for several months yet she stayed by his bedside every single day. When he came to, he motioned for her to come nearer. As she sat by him, he said, "You know what? You have been with me all through the bad times. When I got fired, you were there to support me. When my business fell, you were there. When I got shot, you were by my side. When we lost the house, you gave me support. When my health started failing, you were still by my side. 

When I think about it now, I think you bring me bad luck."

: Jawapan Teka Teki ::

Answer : During the first two times, the conductor was a Bad
Conductor, therefore electricity didn't pass through him. But during the third time, he was a Good Conductor, electricity passed through him freely and he died!!!!!!!!!

Bye, Wassalam.


3 Mac 2002

:: Makan tengahari yang menyeramkan :: 

Pagi nie aku bangun terlewat sket... actually, lewat banyak sebenarnya. Kiranya kalau anak dara, sure nilai dier jatuh. Anyway, aku bangun lewat bukan sebab apa, 3-4 hari nie aku dah tukar aku punya style tidur. Aku tak tidur belah malam sebaliknya tidur lepas Subuh sebab aku terpaksa bertungkus lumus untuk menyiapkan projek neural network aku tuh. Kerja nie berkumpulan. Kami siapkan projek nie kat lab kepintaran buatan. Lagipun projek tu nak kena present esok, so kena struggle laa. Untuk tempoh 3-4 hari nie, kul 7 atau 8 pagi barulah aku tidur.

So, bila aku bangun, dah siap mandi manda maka perut nie pun mulalah berkeroncong. Lagipun malam tadik penat buat kerja, makan malam pulak awal. Maka diiringi dengan nafsu makan yang tak dapat dibendung, akupun naik motor memandu ke kafeteria Kolej MISC. Lagipun around kul 2 petang tuh aku nak gi semula ke lab untuk sambung buat projek, so kenalah prepare perut nie kasik penuh, baru boleh buat kerja. Bila aku sampai je kat kafe tuh, aku pun mencongak-congak gerai mana aku nak gi makan. Akupun pilihlah satu gerai tuh yang meriah dengan pelbagai lauk-pauk. Akupun dengan seleranya ambik pinggan dan cedok nasik putih. Akupun berlegar-legar kat tempat lauk pauk tuh mencari lauk yang sesuai untuk aku makan. 

Tengah aku buat pemilihan, tiba-tiba aku terbau aroma yang sungguh menaikkan selera. Rupanya, akak tukang masak tuh baru jer letak satu lauk baru iaitu sardin yang masih berasap-asap. Aku nampak kuah sardin tu macam best jer. So, akupun tanpa segan silu ambik kuah dengan kadar yang banyak dan aku curah disekeliling nasik aku. Actually aku cuma ambik kuah jer, ikan sardin tu aku tak berapa minat. Lepas aku ambik kuah tuh, aku pun pilihlah beberapa lauk lain. Aku ambik telur rebus yang dimasak sambal. Pastu aku ambik ayam goreng yang besar dan gebu serta disaluti kulit yang rangup. Fuhhh... betul2 buat aku macam nak meleleh air liur. Sebagai menepati ciri-ciri pemakanan seimbang, aku turut ambik sesenduk kobis sebagai menyeimbangi gizi makanan aku.

Bila dah siap ambik lauk tuh, aku pun beratur lah nak bayar. Dalam kepala aku dok meneka-neka harga yang terpaksa aku bayar untuk makan tengah hari kali nie. So, masa dok buat kiraan tuh, aku pun tengok lah dekat pinggan yang aku bawak tuh. Tengah aku belek-belek nasik tuh, aku nampak sesuatu yang ajaib berlaku. Aku nampak nasik tuh macam bergerak-gerak. Aitt... dalam hati aku berkata, sejak bila pulak gerai nie buat menu ajaib nasik boleh bergerak nie. Sebab setahu aku, nasik yang aku makan semuanya tak pernah bergerak sendiri.

Maka, aku pun buat pemerhatian yang lebih mendalam. Aku nampak banyak tempat di mana nasik tu macam bergerak-gerak. Sedang otak aku meneka apa benda yang sedang terjadi sebenarnya, tiba-tiba di sebalik kuah-kuah sardin yang berwarna merah tuh muncul lah beberapa ekor ulat yang meliuk lintuk mencari jalan keluar. Ulat yang berwarna putih tu kalau sekali imbas memang macam nasik. Cuma bezanya kat hujung dier ader sedikit warna coklat dan dier bergerak-gerak dengan megahnya. Bukan seekor, tapi banyak... scattered diantara nasik dan kuah sardin tuh. 

Akupun, macam nak menjerit jer (nasib baik tak menjerit!!..), series geli geleman aku, mujur jugak tak termuntah. Aku pun dengan rasa tensennya terus potong queue pegi kat abang yang jaga kaunter tuh. Abang tuh tgh sibuk dok mengira harga nasik yang budak2 nie beli.

"Bang... cuba abang tengok nie bang. Ada ulat. Apa nie bang... nak kasik saya mati ker bang. Mujur saya tak makan lagik, kalau tak..."

Aku tak cakap dalam nada marah. Aku cakap slow tapi mencengkam. Aku buat muka paling series... (memang aku series giller masa tuh). 

Abang tuh terus tiba-tiba pucat lesi, dier gi panggil bini dier yang merangkap tauke tuh. Dier panggil tukang masak dier skalik. Dier selidik lauk yang aku ambik, dan ternyata masa dier try senduk bekas sardin yang diorang jual tu, dengan jelas ulat yang menggerunkan tu sedang berenang-renang dalam tuh. Cheh.. macam mana aku leh tak perasan tadi ek?? Adakah sebab aku terlampau lapar sangat?? Atau masa aku cedok tuh, ulat tuh menyembunyikan diri.

Akak tu dengan serta merta ambik lauk sardin tuh dan dia buang kat dapur. Pastu dier datang kat aku dan mintak maaf. Dia suruh aku ambik makanan lain.

Aku kata, "Takper lah....
Saya dah kenyang..." 

Aku pergi dari situ. Pergi dalam keadaan lapar.
Aku takmo makan. Selera aku dah terbantut....

Macam manapun, aku syukur pada tuhan sebab aku belum makan nasi tuh. Kalau aku dah makan?? Entah lah..... Sure aku saman dier 14 juta.

Aku lapar.... tapi aku takmo makan.
Selera aku dah terbantut.....


 

 

Hak Cipta Terpelihara © idzwan2002@yahoo.com