Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

Laman Utama | Arkib Jurnal | Buku Lawatan

 

NOVEMBER 2001

28 November 2001

Ramadhan kembali lagi. Dan aku yang dah menghilangkan diri selama hampir 2 bulan kini kembali ke pangkuan jurnal kesayangan aku nie. Selama aku tinggalkan jurnal ini, banyak perkara yang aku alami dari pelbagai aspek kehidupan. Dari pelajaran, percintaan, persahabatan, kekeluargaan, karier dan 1001 suka duka ragam kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, ianya tak dapat aku kongsi bersama dengan korang dalam jurnal ini. Cukuplah ia aku simpan sebagai satu kenangan peribadi. 

Bila tiba bulan Ramadhan nie, aktiviti kumpulan nasyid agak padat, biasanya dengan menghadiri dan membuat persembahan untuk majlis berbuka puasa. Kumpulan aku tak terkecuali. Dan untuk pertama kalinya, tahun ini kumpulan aku ditawarkan kontrak menyanyi selama 20 hari (1 Ramadhan - 20 Ramadhan) di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Nilaian kontrak itu ialah sebanyak RM 15,000. Ringgit tau, bukan rupiah. Tapi memandangkan, fikiran aku masih waras untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran maka aku terpaksa lah menolak pelawaan tu, walaupun hati aku memberontak nak terima offer tu. So, grup aku hanya terima tawaran membuat  persembahan dan menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan pada hujung minggu sahaja. Huh, kalau tidak tahun nie, sure aku shopping sakan, beli baju 40 pasang, beli kuih 50-60 jenis untuk jamu tetamu yang datang rumah, takpun aku buat langsir rumah pakai kain songket biar orang tahu betapa kayanya aku menyambut raya tahun nie.... hehe. 

Untuk minggu yang lepas, grup aku membuat persembahan di pusat membeli belah Pandan Kapital dan pada minggu lepas juga kami menghadiri majlis pelancaran album 'Salam Aidilfitri' keluaran SRC yang turut memuatkan sebuah lagu raya nyanyian kitorang. Gambar kat atas tu pulak diambil sewaktu Majlis Berbuka Puasa Artis SRC bersama wartawan di Hotel Legend. Yang bestnya, selalu tiap-tiap tahun, bila majlis berbuka puasa diadakan, Siti biasanya akan duduk semeja dengan keluarga dia dan big boss SRC. Tapi tahun nie lain sikit, Siti duduk semeja dengan artis lain. So pada majlis tu, Siti duduk semeja dengan Firdaus, New Boyz, Liza Hanim, Anis Suraya dan Noraniza Idris. Dan memandangkan aku nie masih belum kuat iman, maka aku telah mengambil kesempatan untuk duduk sebelah Siti. Bwahaha.... setan semua kena ikat bulan posa tapi ada satu setan dah terlepas pada waktu tu. So, itulah kali pertama aku bukak posa secara kontrol hensem. Selalunya aku makan sampai tak ingat akhirat tapi haritu aku makan macam pengantin. Aku suap nasik macam model iklan, bertata tertib. Aku makan nasik lauk ayam dan daging tapi Siti makan kuih dengan puding jer. Minum pun teh o panas jer. Hmmm.... save budget la sapa kawin dengan Siti. Oh ye, Eezzs tak duduk semeja dengan aku. Dia kena baca doa selamat dengan doa buka posa, so dia makan semeja dengan pengacara majlis iaitu Azwan Hj. Ali. Dan jauh di sudut matanya aku dapat rasakan dia memandang aku berbuka posa dengan perasaan jeles tahap langit.

Pada minggu hadapan, kumpulan Firdaus dan artis-artis lain, insya-Allah akan berbuka puasa bersama anak-anak yatim di KL Tower. Program nie anjuran Radio RFM. Antara majlis berbuka puasa yang aku impikan ialah majlis berbuka puasa semua artis nasyid di malaysia nie. Pastu aku idamkan nak berbuka puasa dengan geng jernel yang lain. Aku dengar Kak Zira ada buat majlis buka posa minggu lepas, tapi aku kat UUM la masa tuh. Hmm...

Oh ye, sekarang nie grup aku tgh buat pra production untuk album terbaru kitorang iaitu album yang ketiga. Dan menerusi meeting kami dgn SRC, kami telah sebulat suara untuk membawakan lagu-lagu nasyid yang lebih bersifat kontemporari sesuai dengan usia kitorang yang muda rumaja nie. So, Pak Ngah tak terlibat untuk pembikinan kali nie. Alhamdulillah, kami telah berjaya mendapatkan lagu-lagu dari komposer terkenal tanahair, bukan sahaja dari kalangan komposer nasyid tapi juga dari komposer pop. Antara komposer yang terlibat ialah Ajai, Adnan Abu Hassan, Zulkefli Majid, Alfa Booty, Eddie Marzuki, Isman Isam (Hijjaz), Munif Ahmad (Hijjaz), Mujahid (Nowseeheart), Arin, Azmee dan Syah (Brothers). Grup aku betul-betul all out untuk album nie. Aku harap album nie akan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Kalau boleh biar jualan dia lebih hebat dari jualan album Britney Spears. Kalau ikut perancangan, album nie dijangka dipasarkan pada bulan Mac tahun depan. So korang kumpul la duit dari sekarang. Kalau boleh jangan beli satu jer, beli la 10 ke, pastu korang sedekah la kat orang yang tak mampu. Hah, best tak idea aku?

Alamak, asyik citer pasal karier nyanyian jer, lupa plak nak citer pasal akademik. Semester nie sepatutnya final semester aku. Supposedly aku kena amik 5 paper semester nie, pastu habiskan 3 bulan untuk buat projek dan disertasi pastu insya-Allah grade. Macamanapun, aku rasa 5 paper tu berat sebab aku ada komitmen lain. Aku taknak tercicir. So, maybe aku nak buat 3 paper semester nie dan 2 paper semester depan. Pastu baru buat projek ngan disertasi. Semuanya bergantung kepada jadual rakaman album. Kalau sibuk aku drop la 2 paper tu, kalau tak sibuk maybe aku gagahkan kepala otak aku untuk bawak 5 paper. Oh ye, result semester lepas cukup menggembirakan aku. CGPA aku ialah 3.58. Syukur aku kepada Allah. Terima kasih kepada semua lecturer dan classmates yang banyak membantu esp. Hafiz, Ira, Ecah, Teh, Zakaria dan semuanya. 

Sempena bulan Ramadhan yang mulia nie, aku nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua rakan jurnal dan kepada semua pembaca jurnal aku nie. Semoga Ramadhan kali nie menjadikan kita orang yang lebih beriman. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan pengampunan, rahmat dan kasih sayang.

Sebagai menepati janji aku, aku bukak contest ulangtahun pertama jurnal aku yang tak siap hari tu. So, apa yang korang perlu buat ialah, jawab soalan yang diberikan dan aku akan pilih 3 pemenang terbaik dan 5 pemenang saguhati. Hadiah yang menarik menanti korang sempena hari raya nie. Just click menu contest kat atas tu. So, itu jer untuk kali ini. Wassalam.

   

 

Hak Cipta Terpelihara © 2000-2001