Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

Laman Utama | Arkib Jurnal | Buku Lawatan

 

OGOS 2002

12 Ogos 2002

:: Malam Amal Suria 2002 ::

Promo: 
The best of Malaysia’s singing sensations will be represented by memorable appearances by Suria Records Artistes from Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim, Anis Suraya, Mazleela, Candy Chia, Aqasha, Chiang Teng, New Boyz, Handy Black and nasyid group Firdaus at Singapore’s biggest ever celebration of Malay pop music to be held here in Singapore to raise dollars and awareness for the less fortunate.

Beneficiary of this charity event  is Jamiyah Children’s Home and old folks home.

Be sure not to miss this power packed, one night only show and be part of a charitable cause! Get your tickets before they run out! 

Okay, group aku akan terlibat dengan konsert kat atas nie di Singapura. Kitorang akan bertolak ke Singapore dari KL pada 23 Ogos dan insya Allah dijangka pulang dari Singapore pada 26 Ogos. Selain drpd buat konsert, kitorang akan jadikan benda nie sebagai mini percutian sebab almaklumlah, segala perbelanjaan ditanggung, pastu ada duit poket lagik, pastu ada sesi jalan-jalan kat Singapore anjuran Tourism Singapore, pegi tempat2 menarik kat sana.

Best kann?? Itulah antara keseronokan jadik artis!! Hehehe... bertambah best sebab Siti pun ada skalik.. Wah.. kena maintain hensem la aku macam nie.. :)

Insya Allah, aku akan catatkan jurnal sepanjang kitorg berada kat sana. Kalau ada masa, aku upload dari Singapore. Secara lintas langsung.. Chewaahh!!

Aku nak buat special thanks kepada cik dotdotdot yg tolong sponsorkan dulu kos pembuatan passport. Juga kepada Fuad yang sudi nak pinjamkan viewcam dan Nanie yang sudi pinjamkan kamera untuk merakamkan detik-detik kami di sana. Nak pesan apa2?? Contact aku...!

Sampai jumpa lagik. Wassalam.


2 Ogos 2002

:: UNIC dan In-Team ::

Tadi ader show sempena perasmian Bulan Takmir Masjid UUM. Diorang jemput IN-Team dan UNIC. Tu la first time aku tgk show budak2 UNIC tuh. Not bad.. slumber giller diorg tuh.

Tapi benda yang menarik perhatian aku sebenarnya ialah apabila aku sembang2 dgn diorang. Actually, diorang dah dengar pun lagu-lagu yang dipetik dari album terbaru kitorang. Even diorang siap boleh nyanyik2 lagik. Benda2 yang buat aku bersemangat ialah, rata2 diorg suka sgt dengan lagu dlm tuh esp. lagu abang Isman tuh, dan diorang rasa album kitorang kali nie mmg dahsyat dan boleh naik.

Aku senyum jer... Aku harap benda tu jadik kenyataan!!


1 Ogos 2002

:: Happy Birthday ~ Sempena Genap Suku Abad Umur Aku ::

Pada hari ini, 25 tahun yang dulu...  

Aku dengan bangganya menjengahkan diri aku ke menjenguk ke dunia yang fana ini. Kini setelah genap 25 tahun, Alhamdulillah aku masih dikurniakan kudrat untuk terus hidup di dunia ini.

Terima kasih kepada semua yang wish terutama pada mak, abah dan Nazli. Jugak pada Eezzs, Syida, Nazif, Zaidil, Norahulfa, Ekhsan, Aznieta, Syerah, Siti Haslina, Siti Nurhaliza, Justin Timberlake, Babyface, Celine Dion, Amr Dhiab, Harvey Malaiholo, dan ramai lagi termasuk presiden Senegal. (Apa yg aku melalut nie??)

Juga kepada semua yang sudi hadir dalam majlis ringkas menyambut harijadi aku di rumah. Terima kasih jugak kepada Leftenan Koishi a.k.a Aqasha, yang walaupun sibuk dengan promosi filem Embun masih sempat lepak-lepak kat rumah aku, di penghujung majlis sambutan hari jadi aku tu. Sorry to kak Erma Fatima sebab lambat hantar kettle, dan sorry jugak to Umie Aida sebab terpaksa bukak pintu pukul 4 pagi. Anyway, aku dah tgk Embun, that was really good.

Thanks for all those cards and presents especially perfume tu.

I really appreciate it.  Itu jer untuk kali nie. Wassalam.  

 

Hak Cipta Terpelihara © idzwan2002@yahoo.com