Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 
 Kemaskini terakhir pada 9 September 2003     | Hubungi Kami |  


Dapatkan album terbaru Firdaus: Cinta dan Harapan. Kini di pasaran! Klik sini untuk Preview lagu Cinta dan Harapan.

Selamat datang ke laman web rasmi kumpulan nasyid Firdaus. Laman ini dibangunkan dengan tujuan untuk mempromosikan kumpulan Firdaus melalui internet. Selain itu, laman ini juga cuba berfungsi sebagai portal untuk maklumat nasyid dan maklumat keagamaan yang lain. Di harap semoga sepanjang anda menjelajah laman ini, anda memperolehi manfaat dan semoga anda dapat menghebahkan tentang kewujudan laman ini kepada rakan-rakan yang lain. Dan Alhamdulillah, mulai 30 November 2002, laman web ini telah mempunyai domainnya sendiri iaitu www.sahabatfirdaus.com

Wassalam,
Webmaster.
webmaster@sahabatfirdaus.com


K H A B A R N Y A . .

Mari Meriahkan Komuniti Sahabat Firdaus

Forum Komuniti SahabatFirdaus kini telah berpindah ke laman baru yang lebih teratur dan ceria. Anda semua dialu-alukan untuk memeriahkan komuniti tersebut. Jumpaa di saanaaa!!


Konsert Serumpun Melodi bersama Firdaus, Nowseeheart, Brotherz, Yasin dan Waheeda

Tarikh : 14 September 2003 (Ahad)
Tempat  :  Main Hall, Cultural Activity Center, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak
Waktu  :  8.30 Malam
Tiket  :  RM 5


Sekitar Konsert Haruman Firdaus 4 (KHF4) dan Majlis Pelancaran Konsert Kembara IPT (Firdaus - Inteam)

  

 


  Video Klip CINTA DAN HARAPAN

Kini anda boleh menyaksikan video klip lagu Cinta Dan Harapan. Saiz fail adalah 5.7 MB dan dienkod dalam format real media. Video klip adalah hakcipta terpelihara Suria Records Sdn. Bhd. (SRC).

>> Cinta Dan Harapan (Download) >>
>> Cinta Dan Harapan (Streaming) >>


  Ismandi (Firdaus) Meriahkan Rancangan Telebriti

Vokalis utama kumpulan Firdaus, Mohammad Ismandi telah menjadi tetamu segmen karaoke dalam rancangan telebriti yang disiarkan secara langsung pada hari Khamis lalu di TV2.

Dalam segmen tersebut Ismandi telah berkaraoke lagu yang berjudul Cinta dan Harapan bersama beberapa orang pemanggil.


Sekitar Majlis Pelancaran Album Terbaru FIRDAUS di Universiti Utara Malaysia

(Artikel Oleh Siti Mariam Md. Zain sebagaimana yang tersiar di akhbar Utusan Malaysia, 25 Januari 2003)

KUMPULAN Firdaus cuba melakukan kelainan apabila album ketiganya berjudul Cinta dan Harapan dilancarkan di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan baru-baru ini.

Majlis pelancaran ringkas oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri itu berlangsung di hadapan kira-kira 1,000 pelajar di Konkos Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM, Sintok, Kedah. Acara tersebut merupakan pelancaran kali kedua dilakukan oleh Kumpulan Firdaus selepas pelancaran kali pertamanya di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, 27 Disember lalu.

Menurut Pengurus Promosi Suria Records Sdn. Bhd., Mohd. Bahanordin Deraman atau lebih dikenali sebagai Bard, pelancaran di UUM tersebut cukup simbolik kerana ia dilancarkan di tempat kumpulan itu dilahirkan.

"Ini adalah cara terbaik bagi mereka mengucapkan terima kasih kepada warga kampus terutamanya pihak kepimpinan yang selama ini banyak menyokong kejayaan mereka,'' katanya.

Kumpulan Firdaus dianggotai oleh empat anak muda terdiri daripada Mohd. Ismandi Wasli, 24, Mohd. Idzwan Yacob, 25, Mohd. Rasul Mohd. Nor, 25 dan Mohd. Tarmidi Mohli, 26. Mereka masih menuntut UUM di peringkat sarjana.

Album Cinta dan Harapan yang telah berada di pasaran dua bulan lalu menonjolkan konsep yang dikatakan lebih progresif dan terbuka. Malah, ia cuba lari dari kepompong identiti lagu nasyid terutama dari segi susunan muzik dan melodinya.

Berkonsepkan pop nasyid, keberanian ini diwujudkan bukan atas dasar untuk meluaskan khalayak pasaran sahaja tetapi turut menyampaikan mesej berguna kepada kelompok sasaran.

Turut diselitkan dalam album yang lahir selepas Keampunan dan Fisabilillah ini ialah menggandingkan Firdaus dengan Tomok menerusi lagu berjudul Cermin Duniawi.

Nama-nama seperti Ajai, Along dan Ujang daripada Kumpulan Exists, Alfa Booty, Isman Nadim dan Mujahid Abdul Wahab selain nama baru, Khairil Azrin dan Trabye adalah antara komposer yang bertanggung jawab melahirkan album ini. Melalui album yang menggabungkan beberapa genre ini, pendengar diharap dapat menerima hasil yang bukan sahaja terbaik tetapi juga sentiasa segar.


Firdaus Serikan Teater Muzikal SANGGAR MUSTIKA Siti Nurhaliza

Kumpulan Firdaus telah menyerikan majlis persembahan Teater Muzikal Sanggar Mustika Siti Nurhaliza yang telah berlangsung di UUM pada 17 Januari yang lalu. Majlis yang dihadiri lebih dari 4000 org penonton itu berkonsepkan teater muzikal yang menjurus kepada persembahan lagu2 berentak tradisional dan irama malaysia selaras dengan objektifnya yg cuba menanam semangat cinta kepada irama akar budaya bangsa Melayu.

Turut menyerikan majlis ialah iringan muzik dari pemuzik Swakarya dibawah pimpinan Pak Ngah manakala Razak Ahmad dan Syarifah Syahirah bertindak sebagai pelakon utama dalam pementasan teater tersebut.


Pop Progresif Firdaus Diterima
(Artikel oleh Norhadiani Baharom disiarkan di akhbar Harian Metro 4 Februari 2003)

PERCUBAAN album pertama dan kedua yang kurang menyerlah, tidak sedikit pun melemahkan semangat anggota kumpulan nasyid Firdaus yang dianggotai Mohamad Ismandi Wasli (Is) 24, Mohd Idzwan Yacob (25), Mohd Rasul Mohd Noor (25), dan Mohd Tarmidi (26).

Sebaliknya, keempat-empat jejaka yang masih menuntut di Universiti Utara Malaysia, peringkat sarjana ini sentiasa berusaha dan berfikiran positif untuk meningkatkan prestasi mereka dalam arena seni suara.

Langkah pertama mencapai misi itu, perubahan muzik yang lebih segar diadunkan tanpa menjejaskan mesej ‘dakwah’ yang ditekankan dalam album ketiga mereka, Cinta Dan Harapan.

Berkonsepkan nasyid pop progresif, album yang berada di pasaran 18 November lalu membariskan komposer terkenal, antaranya Ajai, Mujahid Abdul Wahab, Alfa Booty, Rosli Selaseh, Isman Nadim.

Album yang disasarkan kepada kelompok remaja ini turut menerima sentuhan pemuzik profesional seperti Along dan Ujang dari kumpulan Exists.

Menurut Ismandi selaku jurucakap kumpulan, mereka bersyukur percubaan kali ini menjadi dan mendapat sambutan menggalakkan peminat. Malah, rata-rata positif menerima perubahan muzik mereka.

“Alhamdulillah, selepas melalui pelbagai dugaan menyiapkan album ini, akhirnya usaha kami berbaloi.

“Sebenarnya agak suspen juga sebaik album ini dilancarkan, maklumlah bimbang penampilan pop progresif yang menjadi tiang lagu mengundang kontroversi.

“Namun, dari hari ke sehari kami lebih banyak menerima komen positif daripada negatif, malah ada yang minta mengekalkan persembahan muzik sebegini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih pada peminat yang terbuka menerima perubahan ini.

“Buat mereka yang tersentuh, kami ingin menegaskan percubaan ini tiada niat mencemar irama nasyid, apatah lagi lari dari tujuan asal untuk menyampaikan dakwah melalui mesej berguna yang digubah dalam lagu,” katanya.

Tambahnya lagi, Cinta dan Harapan banyak meninggalkan kemanisan pada kumpulan mereka apabila diberi peluang melancarkan album buat pertama kalinya di perkarangan konkos Perpustakaan Sultanah Bahiyyah, Universiti Utara Malaysia pada 16 Januari lalu.

Majlis gilang-gemilang, dilancarkan oleh Naib Canselor UUM, Yang Berbahagia Kolonel Prof. Dato’ Dr. Ahmad Fawzi Bin Mohd Basri dimeriahkan lagi dengan kehadiran 1000 pelajar serta kakitangan universiti.

Tambah menarik, Tomok vokalis New Boyz turut membuat kejutan apabila menyampaikan lagu duetnya bersama Firdaus berjudul Cermin Duniawi.

Tomok yang berdebar pada mulanya bertambah selesa selepas menerima tepukan gemuruh penonton.


Ulasan Album : Firdaus Berani Mencuba
(Ulasan oleh Abie Abdullah disiarkan di akhbar Harian Metro 14 Januari 2003)

SELAIN lirik, album ketiga kumpulan pelajar Universiti Utara Malaysia ini benar-benar lari daripada kepompong identiti lagu-lagu nasyid terutama muzik dan melodinya. Keberanian seperti ini harus wujud bukan saja dalam usaha menjual produk tetapi juga menyampaikan mesej kepada sasaran.

Firdaus mengingatkan saya pada kumpulan senior mereka, The Brothers yang pernah tampil dengan konsep nasyid R&B, namun Cinta & Harapan milik Firdaus ini bukanlah keseluruhannya berentak sedemikian. Sebaliknya album ini memuatkan dua tiga genre muzik.

Ciptaan Alfa Kesuma Booty, Kata-Kata sebagai contoh terdekat apa yang saya katakan di atas. Alfa menggunakan muzik lebih moden dan sedikit hip hop untuk menyampaikan nasihat mengenai peranan lidah kita yang suka berkata-kata.

'Perjalanan' sebuah lagu menarik terutama pada muziknya yang dikatakan mempunyai sedikit pengaruh Dewa (Indonesia). Lagu ini ‘simple’ saja tetapi memang bagus untuk kita hayati. Pada peminat Firdaus, mungkin rakan-rakan sebayanya, saya cadangkan lagu ini untuk anda.

Tetapi kalau diberi pilihan, saya memilih melodi dan muzik Ratu Hati. Sekali lagi saya jelaskan, saya bukan pro Ajai tetapi lagu mengenai nostalgia bersama ibu ini memang cepat menangkap pada jiwa saya. Tentunya anda dapat bayangkan ‘Ajai’ yang saya maksudkan.

Sebenarnya masih banyak lagu-lagu menarik untuk kita dengari dalam Cinta & Harapan termasuk duet mereka bersama Tomok. Mungkin ia satu strategi pemasaran tetapi usaha yang dibuat SRC ini tidak sia-sia kerana baru sekali ini saya suka mendengar suara Tomok menyanyi.


SMS Kepada Anggota Firdaus

Kini kami menyediakan kemudahan SMS untuk anda terus ke telefon bimbit anggota Firdaus. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah klik link di bawah, masukkan mesej sms, tekan butang send dan dalam sekelip mata mesej anda akan dihantar ke telefon bimbit anggota kumpulan Firdaus. Ianya percuma! Enjoy it!

p/s: Jika anda inginkan respon terhadap sms yang dihantarkan, sila sertakan no telefon bimbit anda dlm sms tersebut.

>>Klik untuk SMS anggota Firdaus>>


Ringtone Firdaus

Lagu: Cinta Dan Harapan

Nokia Composer (Tempo=140)
4c2 4#a2 8#a2 1a2  8- 8a2 4a2 8g2 2f2 8e2 4e2 4d2 4d2 8c2 8d2 4- 4d2 4c3 4c3 1#a3 4- 4d2 4e3 4f3 2a2 8- 8g2 8f2 4g2 8- 4c2 4#a2 4#a2 8a2 8g2 2f2

Lagu: Wudhuk

Nokia Composer (Tempo=140)
4a1, 4d2, 4d2, 8d2, 8d2, 4c2, 4d2, 4e2, 8-, 8e2, 8g2, 8g2, 8g2, 8g2, 4f2, 8e2, 8d2, 4c2, 4e2, 4d2, 4-, 4f2, 4g2, 4a2, 8a2, 8g2, 4f2, 4a2, 8g2, 8f2, 4e2, 4-, 8e2, 8f2, 4g2, 8g2, 8f2, 4e2, 4f2, 4d2, 4-, 4e2, 4f2, 4g2, 8g2, 8a2, 4f2, 4e2, 1d2

Nokia Keypress (Tempo=140)
6, 2*, 2, 28, 2, 19, 2, 3, 08, 38, 5, 5, 5, 5, 49, 38, 2, 19, 3, 2, 0, 4, 5, 6, 68, 5, 49, 6, 58, 4, 39, 0, 38, 4, 59, 58, 4, 39, 4, 2, 0, 3, 4, 5, 58, 6, 49, 3, 299


Polling: Album Terbaru Firdaus


Firdaus Teruskan Perjuangan
(Oleh Suzan Ahmad, di petik dari Berita Harian 3 Januari 2003)

MEREKA dikatakan terlalu ‘pop’ untuk sebuah kumpulan nasyid. Tetapi itu tidak menghalang kumpulan Firdaus untuk terus memperjuangkan irama nasyid yang lebih segar dan kontemporari.

Dibarisi Idzwan Yacob, 25, Mohammad Tarmidi, 26, Mohd Rasul, 25, dan Mohd Ismandi, 24, mereka punya alasan tersendiri untuk mengetengahkan genre pop kontemporari bagi album berjudul Cinta & Harapan kali ini.

“Irama nasyid bukan lagu yang diputarkan selepas solat saja,” kata Ismandi, vokalis utama kumpulan itu ketika ditemui di majlis pelancaran album itu di Saloma Bistro dan Restoran baru-baru ini.

“Cinta & Harapan dipelbagaikan dengan irama R&B, dance music, irama Timur Tengah dan muzik Indonesia seperti Sheila On 7 dan Dewa. Kami tak nafikan ramai yang terkejut dengan penampilan baru yang kami anggap cenderung kepada pop nasyid progresif ,” kata Idzwan.

Malah Firdaus mengakui biarpun sudah menghasilkan tiga album, ia seakan masih di takuk lama.

“Kita tidak boleh kata apa kalau orang tidak kenal kumpulan Firdaus. Lagi pun ketika album pertama dan kedua, komitmen kami lebih kepada pelajaran berbanding nyanyian sebab itulah album kami kurang menyerlah,” akur mereka.

Namun persoalannya, kalau Firdaus kurang dikenali masakan mereka terus diberi kepercayaan untuk menghasilkan album oleh syarikat Suria Records Company (SRC)?

“Berbanding dua album terdahulu pembabitan kami kali ini lebih serius dan menyeluruh. Dari pemilihan komposer, lagu hinggalah kepada mixing, Firdaus diberi peluang untuk ‘campur tangan’,” jelas kumpulan yang mendapatkan khidmat komposer seperti Ajai, Alfa Booty, Mujahid (Nowseeheart), Rosli Selasih, Isman Nadim dan Khairil Azrin.

Selain komposer ternama, lagu Cermin Duniawi misalnya turut menampilkan Tomok sebagai pasangan duet dilihat sebagai satu strategi yang baik.


Surat untuk Firdaus

Kumpulan Firdaus ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat dan peminat yang telah menghantar pendapat, sokongan mahupun kritikan membina berkaitan album terbaru kami.

Mereka yang ingin menghantar surat kepada kumpulan Firdaus, ianya bolehlah dihantarkan ke alamat berikut:

Kumpulan Nasyid FIRDAUS
11P-206, Kolej Maybank
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah Darul Aman

Manakala pendapat2 virtual, bolehlah diemelkan ke:
firdausgroup@yahoo.com


POLLING


Aktiviti & Show 
 

2 Julai
Konsert Haruman
Firdaus 4, UUM
(Firdaus - Hijjaz
Inteam - UNIC)

9 Julai
Cultural Carnival
Prince of Songkhla
University
Songkhla, Thailand

22 Julai
Persembahan Selingan
Pert Nasyid Inter IPT
Zon Utara
UUM, Sintok

24 Julai
SMKA Al-Irsyad
Kepala Batas, P Pinang
(Firdaus - Zeed)

16 Ogos
Pesta Konvo
KUSTEM, Terengganu

21 Ogos
Persembahan Selingan
Pertandingan Akhir
Debat Kemerdekaan
Universiti2 Malaysia
UUM, Sintok

24 Ogos
Persembahan
UiTM Shah Alam

30 Ogos
Forum Perdana
Jitra, Kedah
(Zeed)

4 September
Minggu Motivasi
Tenaga Nasional

6 September
Majlis Pemasyhuran
Kolej Bank Muamalat
UUM, Sintok
(Firdaus - Zeed
Mawaddah)

7 September
Pesta Konvokesyen
UMS. Sabah

12 September
Pesta Konvokesyen
UUM, Sintok
(Firdaus - Zeed
Huda - Waheeda)

14 September
Malam Serumpun
Melodi
UIA, Gombak
(Firdaus - Brotherz - Waheeda - Yassin
Nowseeheart)

15 September
Kembara IPT
UPSI, Tanjung Malim
(Firdaus - Inteam)

15 - 19 Oktober
Kunjungan Budaya
Indonesia
 


Info Ringkas
 


 Chat Bersama Firdaus:
Anda boleh chat bersama kumpulan Firdaus dan komuniti Kelab Sahabat Firdaus serta peminat nasyid yang lain di channel #sahabatfirdaus
IRC server webnet. Anda juga boleh chat di dalam room chat yang disediakan di laman ini.

 Yahoogroups sahabat_firdaus:
~ Anda boleh menyertai yahoogroups Sahabat Firdaus dengan menghantar emel anda ke
sahabat_firdaus-
subscribe@
yahoogroups.com

Lain-Lain Info:

~ Konsert Haruman Firdaus 4 yang menampilkan kumpulan nasyid Firdaus, Hijjaz, In-Team, UNIC akan diadakan di Dewan Muadzam Shah, UUM pada 2 Julai 2003, jam 8 Malam

~ Kepada mereka yang berminat untuk menonton secara live  persembahan kumpulan Firdaus dalam rancangan Dari Studio Satu terbitan Astro pada 24 Mei ini bolehlah mendapatkan pas percuma dengan menghantar nama penuh anda dan no kad pengenalan ke emel idzwan@
sahabatfirdaus.com

~ Majlis Pelancaran Album Terbaru Firdaus telah dilangsungkan dengan jayanya di konkos perpustakaan sultanah bahiyah, Universiti Utara Malaysia pada 16 Januari yang lalu.

~ Kumpulan Firdaus telah menyelesaikan proses rakaman dua buah video klip bagi single terbaru mereka iaitu Cinta dan Harapan serta Jendela Hati.

 


Jaringan / Links
 

Nasyid-Net

CyberNasyid
Hijjaz

Saujana

Firdaus Unofficial Site

Rabbani

Nowseeheart

Komuniti IRC
#sahabatfirdaus


Idzwan's Online Journal

Geng Jurnal

want to be our partner?
send an e-mail to:
webmaster@
sahabatfirdaus.com
 


Sisipan Rohani
 

Waktu Solat
(Kuala Lumpur)
11 - 15 September 2003:
Subuh : 5:49 am
Zohor : 1:10 pm
Asar : 4:10 pm
Maghrib : 7:14 pm
Isyak : 8:23 pm
Imsak : 5:39 am

Hadis Rasulullah:

Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw, sabdanya, "Solat berjemaah lebih banyak nilainya dua puluh lima kali daripada solat di rumah atau di pasar (tempat berniaga).

Sesungguhnya apabila kamu berwuduk dengan sempurna, kemudian datang ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka setiap langkah, walaupun selangkah, Allah menaikkannya satu darjat, dan menghapuskan kesalahannya sehingga dia masuk ke masjid.

Apabila dia telah masuk ke masjid, selama dia mengejarkan solat, bahkan selama dia masih berada di tempat duduknya di masjid itu, malaikat sentiasa mendoakan baginya selama dia belum berhadas, "Wahai Allah ! Ampunilah dia dan kasihanilah dia !".

Hadis Rasulullah:

Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a: Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : 'Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkan nya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.

Renungan:
12 Jenis Golongan Yg Bangkit Dari Kubur

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.

 


Quick Links
 



 


TV & Radio Online
Live Streaming

 

TV Online:

Radio Online:

 


Love Peace
 



WORLD FOR PEACE

This Website Strongly Support The Initiative to Pursue a Comprehensive, Permanent and Just World Peace.

WE OPPOSE THE WAR WITH IRAQ AND SUPPORT A FREE PALESTINE, IN THE NAME OF WORLD PEACE



 

 

 

 

 

    Firdaus Official Homepage © Copyright 2000 - 2003 sahabatfirdaus.com.  Webmaster