KISAH BAI'AT ABU BAKAR DI
SAQIFAH BANI SA'IDAH
Assalamualaikum..
Kisah ini di ambil(salin/copy) dari Hayatus Sahabah - As-Sheikh
Muhammad
Yusof Al-Kandahlawi yg di petik dari Kitab Kanzul Ummal. Ia
menerangkan
keadaan yg sebenar bagaimana Saidina Abu Bakar r.a di lantik
menjadi
Khalifah dan dipersetujui oleh kedua-dua puak Muhajirin dan Ansar.
Sekiranya ada yg menghadapi masalah bahasa, saya cadangkan supaya
membeli buku/kitab yg asal dalam bahasa Arab atau yg telah
diterjemahkan
kedalam bahasa Inggeris.
Bacalah dengan teliti...
Janganlah kita mengatakan sesuatu yg kita tiada mempunyai
pengetahuan
tentang perkara tersebut kerana setiap perkataan dan hati kita akan
di
soal oleh Allah s.w.t
.....
KISAH BAI'AT ABU BAKAR DI SAQIFAH BANI SA'IDAH
Di dalam riwayat Ibnu Abi Syaibah di dalam Hadis Ibnu Abbas
daripada
Umar r.a bahawa adapun keadaan kaum muslimin adalah seperti ini :
Ketika Rasulullah saw wafat, kami pun datang dan seseorang telah
memberitahu kepada kami bahawa orang-orang Ansar telah berkumpul di
Saqifah Bani Sa'idah bersama dengan Sa'ad bin Ubadah r.a
membai'atinya.
Aku, Abu Bakar
dan Abu Ubaidah b. Jarrah pun bangun berjalan menuju ke arah
perkumpulan
mereka takut-takut mereka akan melakukan pembaharuan dalam agama
Islam.
Kami telah berjumpa
dengan dua orang lelaki Ansar, seorang
bernama Uwaimir bin Sa'edah dan Ma'an b. Adi r.a. Kedua-dua mereka
telah
berkata: "Kemanakah tujuan kamu? Kami menjawab: "Kami
ingin berjumpa
dengan kaum kamu tatkala sampai ke pengetahuan kami mengenai ehwal
mereka," Mereka berdua berkata: Pulanglah kamu, kerana mereka
tidak akan
melakukan apa-apa menentangi kamu dan tidak akan mengakibatkan
sesuatu
yg boleh menimbulkan kebencian kamu."
Kami enggan untuk berpatah balik malahan kami meneruskan
perjalanan. Dan
aku mengumpulkan kata-kata yg akan aku ucapkan di hadapan mereka
hinggalah kami sampai di kalangan orang-orang Ansar yg sedang
berkumpul
di sekeliling Sa'ad bin Ubadah yg terbaring sakit di atas katilnya.
Apabila kami sampai di
sisi mereka, mereka pun berkata: " Wahai
orang-orang Quraisy! Dari kalangan kami seorang Amir dan dari kamu
seorang Amir ! Habban bin Al-Mundzir pub berkata: " Jika kamu
suka aku
akan berkata bahawa beliau (Umar r.a) adalah seumpama kayu di dalam
membuat keputusan ini dimana seekor kaldai datang dan mencakar
belakangnya dengan kayu itu dan beliau adalah sebatang pokok
didalam
sebuah taman yg menyokong lain-lain tumbuhan dari tumbang. Kami
telah
menukarkan keputusannya kepada seekor unta muda yg di sayangi oleh
semua
orang. " Selepas mendengar yg sedemikian, Abu Bakar pun
berkata menyuruh
kami supaya menunggu sebentar. Umar r.a pun berkata beliau ingin
berkata
sesuatu tetapi di halang oleh Abu Bakar r.a dengan kata-katanya "
Diamlah kamu, Ya Umar." Lalu beliau pun memuji Allah s.w.t dan
berkata:
"Wahai orang-orang Ansar! Sesungguhnya kami demi Allah tidak
mengingkari akan kelebihan kamu dan tidak juga usaha kamu untuk
agama
Islam dan tidak juga hak kamu ke atas kami. Akan tetapi kamu telah
mengetahui bahawa orang Quraish tiada tandingan yg serupa mereka di
kalangan orang-orang Arab.
Sesungguhnya orang-orang
Arab tidak akan taat melainkan kepada
seorang lelaki bangsa Quraish. Maka kami adalah ketua dan kamu
adalah
wazir-wazir. Maka takutilah Allah, janganlah kamu menimbulkan pecah
belah dalam Islam dan Janganlah kamu menjadi di kalangan mereka yg
membuat pembaharuan dalam agama Islam. Ketahuilah, aku telah redha
untuk
akan salah seorang dari dua orang lelaki ini: Umar dan Ubaidah bin
Al-Jarrah, mana satu kamu membai'atinya, ia akan melaksanakan amanah
untuk kamu."
Kata Umar : "Demi
Allah, tiada satu pun yg aku sukai tinggal
melainkan kesemuanya telah diucapkan oleh Abu Bakar pada hari itu
melainkan kata-katanya yg ini(syor Abu Bakar atas pembai'atannya).
Maka
demi Allah! Sekiranya aku dibunuh kemudian hidup kembali, kemudian
aku
dibunuh dan hidup kembali tanpa melakukan maksiat adalah lebih aku
sukai
dari menjadi seorang Amir kepada suatu kaum dimana Abu Bakar adalah
di
kalangan mereka. Kemudian Aku pun berkata : " Wahai
orang-orang Ansar!
Wahai kaum muslimin! Sesungguhnya orang yg lebih utama untuk
menjadi
Amir kamu selepas Rasulullah saw adalah orang yg di firmankan Allah
swt
mengenai salah seorang dari dua orang di dalam gua iaitu Abu Bakar
yg
mendahului dalam semua perkara kebaikan. Kemudian aku pun memegang
tangannya. Seorang lelaki Ansar telah mendahuluiku dalam
membai'atinya.
Kemudian diikuti pula oleh orang ramai ( Muhajirin dan Ansar) dan
tidak
membai'ati Sa'ad bin Ubadah."
Sebagaimana dalam Kanzul Ummal.