Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Aqidah Islamiyyah

Us Fathi Yakan

Ramai orang yang berpuas hati dengan mengaku yang mereka telah memelok Islam (menganut) agama Islam. Tetapi suatu persoalan yang seharusnya kita fikirkan ialah apakah sudah cukup dengan pengakuan itu sahaja? Jawabnya, bila kita memelok agama Islam adalah tidak cukup dengan pengakuan sahaja. Islam bukannya bentuk warisan. Ramai orang yang berfaham bahawa apabila ibu bapa mereka Islam mereka pun dengan senang menyatakan mereka telah Islam , tanpa melaksanakan haknya. Al Quran itu bukanlah sebagai satu warisan dari Rasulullah saw., tetapi ianya adalah merupakan kitabullah yang diturunkan oleh Allah taala kepada Rasulullah saw. untuk dijadikan panduan hidup untuk manusia

Oleh itu menolak agama Islam bukanlah sebagai suatu hobi dan hukum juga sebagai satu fesyen. Juga memelok Islam itu bukan sebagai untuk menunjukkan dari segi zahir sahaja, seperti Islam pada pakaian saja, atau hanya mengerjakan sembahyang sunat yang banyak. Sesungguhnya bila kita memelok Islam kita mestilah menganut dengan sepenuh-penuhnya iaitu sepertilah juga seperti seorang yang hendak membuat kuih, ada cara-cara memasaknya. Begitulah halnya,  Islam mempunyai perincian-perinciannya sebagai pedoman hidup kita. Apa saja yang kita lakukan, pemikiran kita, perkataan atau perbuatan atau tindakan kita adalah mesti mengikut cara-cara dalam Islam. Ini termasuk bagaimana kita mendapat pendidikan, memerintah negara dan sebagainya. Dengan kata lain, semua tingkah laku kita mestilah tidak keluar daripada Islam. Umpamanya cara kita berpakaian dalam Islam, fesyen tertentu tidak ada. Tetapi yang ditentukan adalah mesti menutup aurat. Menutup aurat adalah berpakaian yang menghilangkan keghairahan.

Bila kita memelok Islam, kita mestilah berpegang teguh dengannya. Iaitu sampai ke peringkat yang diterangkan oleh hadis Rasulullah saw:

"Kamu mestilah berpegang dengan sunnah (Islam) sehingga sekalipun sampai ke akhir zaman wujud dua golongan penyeru. ada penyeru berada di pintu neraka dan satu golongan lagi pendakwah dijalan kebaikan".

(Mengikut ahli pentafsir hadis, zaman kita sekarang ini adalah telah timbul penyeru-penyeru yang berada di ambang pintu neraka)

"Tanya sahabat, bila berlaku demikian, apa yang kami mesti buat? Sabda Baginda : Kamu mestilah berjalan dalam jamaah. Kalau tidak ada jamaah kamu gigit sunnahku ini dengan geraham sampai kamu mati."

[Maksud Hadis]

Hati-hati yang masih berpegang teguh dengan Islam sekarang ini masih banyak. Tetapi sukarnya untuk mencari orang mahu mengambil Islam sebagai satu-satunya cara hidup (a way of life). Di umpamakan orang yang menganut (berpegang) dengan Islam sekarang ini seperti memegang bara api. Oleh itu kita mestilah berusaha untuk berpegang teguh dengan Islam.

Perkara yang kedua, kita mestilah menyesuaikan diri kita dengan Islam. Ini memberikan sesuatu kesilapan bagi orang yang mengambil Islam untuk menyesuaikan dengan diri atau kehendaknya. Lantaran itu mereka akan mengambil Islam sebagai tempelan-tempelan sahaja. Tidak mengambil (Islam) sebagai suaatu yang syumul dan lengkap. Perkara terpenting yang yang mesti kita faham ialah Islam itu adalah satu din yang lengkap lagi menyeluruh yang tela ditentukan Allah taala . Dengan itu kita mestilah menyesuaikan diri kuta dengan kehendak-kehendak Islam dalam semua urusan hidup kita. Sesungguhnya Islam itu mencakupi seluruh ruang lingkup aspek kehidupan manusia.

SIFAT-SIFAT UNTUK MENJADI SEORANG MUSLIM YANG HAKIKI

Untuk menjadi seorang muslim, seseorang itu mestilah Islam dalam aqidahnya

Aqidah seorang muslim mestilah aqidah Islamiah yang sebenar-benarnya, bukan aqidah yang palsu. Inilah yang menjadi syarat pertama untuk seseorang itu menganut agama Islam. Aqidah seseorang itu mestilah selamat sejahtera, berbetulan dan bersesuaian dengan pembawaan Rasulullah saw. Beliau mestilah beriman dengan perkara-perkara yang diimani oleh orang-orang yang terdahulu dan imam-imam yang terdahulu, kerana iman orang yang terdahulu dapat dibuktikan dan tercerna dalam kehidupan mereka.