FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Disediakan Oleh
Ustaz Haji Mohammad Haji Shafie
Pengetua Sekolah Menengah Agama
Wilayah Persekutuan
Pendahuluan
Agama Islam atau 'Din AI Islam" secara langsung membawa erti sebagai suatu
cara hidup yang mencukupi semua bidang. Asas penting dalam cara hidup mengikut agama Islam
ialah iman, Islam dan ihsan. Manakala jalan untuk mencapai kesempurnaan ketiga asas ini
terletak pula kepada akal, fikiran dan ilmu pengetahuan. Lantaran itu pendidikan dan ilmu
pengetahuan tidaklah merupakan sesuatu yang terasing dari Islam malahan ia merupakan
sebahagian dari Islam itu sendiri. Jika kita lihat kepada masyarakat Melayu pula, orang
Melayu rata-rata tidak tahu membaca dan menulis sebelum kedatangan Islam tetapi
bersama-sama dengan kedatangan Islam, ia membawa kontek pendidikan, Pembelajaran dan
pelajaran dan bersama-sama itu pula ia berjaya meletakkan nilai tertentu di kalangan orang
Melayu yang memeluk Islam.
Konsep Islam
"Islam" yang bererti "Penyerahan diri kepada kehendak-kehendak
Tuhan Yang Maha Esa" merupakan peringkat terakhir dan manifestasi yang paling sempuma
dari agama Allah yang satu yang disampaikan kepada manusia melalui
"utusan-utusan" Allah
dari semasa ke semasa hinggalah kepada zaman Pesuruh Nya yang terakhir, yaitu Nabi Besar
Muhammad (s.a.w.). Islam bertujuan membimbing manusia kepada suatu cara hidup yang
benar-benar memenuhi tuntutan-tuntutan irtsani yang 'compler' itu ...dari yang paling
basic kepada yang paling tinggi, dari yang bersifat kebendaan kepada yang bersifat rohanir
dari yang bersifat perseorangan kepada yang bersifat kolektif ...supaya kesejahteraan atau
salam dalam erti yang sebenar-sebenamya dapat di nikmati oleh insan secara perseorangan
dan secara bermasyarakat. Islam adalah suatu sistem kehidupan yang bersifat menyeluruh
(all-ambracing) dan dalam hal ini istilah "agama", sebagaimana yang difaham di
Barat khasnya dan dikalangan orang-orang yang berpendidikan modem amnya, tidak dapat
dipakai untuk memahami Islam tanpa merusakkan sifatnya yang
sebenar. Agama (atau religion) biasanya ditakrifkan sebagai suatu sistem
kepercayaan-kepercayaan dan ritus ("system of beliefs and rituals) yang merupakan
urusan perseorangan yang amat private sifatnya. Islam sebagaimana yang.digarisi oleh
Program Hidupnya, yaitu syariah menuntun bukan saja perhubungan manusia dengan Tuhan
(hubungan vertikal), tetapi perhubungan manusia dengan manusia (hubungan horizontal) yang
mengangkut soal-soal kehidupan sosial, politik, ekonomi, budaya dan kesenian. Islam tidak
mengakui adanya pertentangan, atau pemisahan menonjol, antara hidup kerohanian dan hidup
keduniaan. la tidak membatasi dirinya semata-mata pada mensucikan kehidupan rohani dan
kehidupan moral manusia dalam arti yang terbatas dari perkataan tersebut. la memberikan
ajaran-ajaran yang bertujuan merubah bukan saja kehidupan perseorangan manusia, tetapi
juga susunan masyarakat manusia, kepada bentuk-bentuk yang sehat selaras dengan status
manusia sebagai hamba Allah; dengan fungsi manusia seb;1gai ..wakil" {KhaliEah;
Inggeris .'Vicegerent") Allah di muka bumi
yang harus memakmurkan dan memajukan alam ini sebagai suatu amanah kuddus {sacred trust);
dan dengan tujuan hidup manusia, iaitu mencari keredaan Tuhan di dunia dan di akhirat.
Dengan erti lain Islam adalah sa tu perutusan (message) Allah untuk semua umat manusia
yang bersifat universal. Walau pun Islam bersifat universal, ia juga meletakkan
syarat-syarat bagi bangkitnya dan tertubuhnya sebuah "masyarakat" Islam atau
"um-
mah" dengan andaian bahawa sepanjang sejarah manusia akan selalu ada
masyarakat-masyarakat ugama-ugama lain yang berdampingan dengannya. Ummah ini bermaksud
untuk menjadi saksi terhadap perlaksanaan perutusan Tuhan
(Q.2: 143) terutama mengenai perlaksanaan ibadah dan amanah. Untuk mengatur umat dalam
kehidupan sosial, al Quran dan Sunnah memberi peraturan-peraturan dan pedoman-pedoman yang
disusun oleh ahli-ahli fiqah dan diberi nama "syariah" atau
undang-undang Islam. Undang-undang ini disusun di bawah lima kategori besar:-
Jadi syariat itu luas sekali merangkumi soal-soal akidah dan akhlak tetapi sebahagian besar orang-orang Islam sendiri belum merialisasikan hal ini. Ada menganggap syariat itu merujuk kepada "Mahkamah Syariah" atau hanya kepada nikah kahwin, mati hidup atau hukum kerana berkhalwat sahaja.
Persoalan yang mungkin timbul di sini adalah, dari mana datangnya nilai-nilai itu? Dengan kata lain siapakah yang menciptakan nilai-nilai itu?
Nilai-nilai Islam:
Jadi barangkali dengan hur~ian di atas jelaslah bagi kita apa dia fungsi pendidikan itu.
Juga dari situ akan jelas bagi kita apa dia perbedaan pendidikan pada umumnya dengan
pendidikan Islam. Mungkin perbedaan tidak nampak pada dua fungsi pertama,
iaitu penyiapan generasi muda untuk mengisi peranan-peranan masa hadapan dan pemindahan
ilmu-ilmu yang berkaitan dengan peranan-peranan tersebut. Perbedaan mungkin akan ketara
sekali pada fungsi ketiga, iaitu pemindahan nilai-nilai dari generasi tua kepada generasi
muda. Perbedaan ini akan menyangkut persoalan nilai mana yang akan dipindahkan? Apa
sumber-sumber nilai-nilai itu?
Dalam Islam ada lima macam sumber nilai yang di akui, iaitu Al-Quran, dan Sunnah Nabi,
itulah yang asal. Kemudian datang sumber ketiga iaitu Qiyas, f!.rtinya membanding~.n
masalah yang disebutkar, oleh Al-Quran atau Sunnah dengan masalah yang
dihadapi oleh umat Islam pada masa tertentu, tetapi nas yang tegas dalam Al-Quran tidak
ada. Di sini digunakan Qiyas. Kemudian sumber keempat adalah kemaslahatan umum pada suatu
ketika yang difikirkan patut menutut kacamata Islam. Sedang sumber kelima adalah
kesepakatan dan lima' ulamak-ulamak dan ahli-ahli fikir Islam pada suatu ketika
yang dianggap sesuai dengan sumber dasar iaitu Al-Quran dan Sunnah.
Barangkali pendidikan yang bukan Islam hanya menggunakan dua sumber terakhir ,iaitu
kemaslahatan umum yang berdasar pada nilai-nilai dan adat kebiasaan masyarakat tertentu
dan hasil pemikiran dan penelitian ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin pada zaman tertentu.
Sudah barang tentu hasil-hasil pemikiran itu ada juga terpengaruh oleh berbagai agama di
samping yang betul-betul hasil pemikiran manusia sahaja.
Jadi jelaslah bagi kita lima sumber nilai-nilai dalam Islam yang sekali gus juga memberi definasi tentang nilai itu. Nilai-nilai inilah yang diusahakan oleh pendidikan Islam untuk memindahkannya dari satu generasi kepada generasi yang lain. Sehingga umat menjadi kekal .dan kokoh memikul tanggungjawab sebagai pembawa amanah ukhalifah" di atas bumi ini.
Fungsi Asas Pendidikan Islam
Tetapi di samping itu ada lagi fungsi keempat bagi pendidikan Islam yang membezakannya dari pendidikan lain, iaitu mendidik anak didiknya beramal di dunia ini untuk memetik hasilnya di akhirat. Fungsi keempat inilah yang menautkan tiga fungsi sebelumnya dan menjiwai segala pelaksanaannya. Ertinya pendidikan Islam menyiapkan generasi muda untuk mengisi peranan, memindahkan pengetahuan, dan memindahkan nilai-nilai yang diselaraskan dan diwarnai oleh fungsi keempat ini.
Inilah fungsi-fungsi pendidikan Islam, sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah s.a. w .dan
sahabat-sahabatnya. Ulamak-ulamak dan pemikir-pemikir Islam sesudah beliau dan
sahabat-sahabatnya menjalankan fungsi-fungsi ini dalam menyebarkan agama
Islam keseluruh dunia yang sekarang ini menempati ruang antara Morocco di pinggir lautan
Atlantik sampai Indonesia di sebelah Timur di pantai lautan Teduh (Pasifik) dan meliputi
tidak kurang dari lapan ratus juta jiwa manusia.
Tujuan Pendidikan Islam
Islam menganggap manusia sebagai berada dalam keadaan "fitrah" yakni keadaan suci bersih terutama di segi keinsanan. Jadi tujuan pendidikan Islam ialah untuk menimbulkan keadaan yang dapat membantu manusia dalam melaksanakan kehidupannya sebagai khalifah dan hamba Tuhan atau dengan erti lain manusia diberi amanat untuk mengembangkan sifat Tuhan di muka bumi sehingga berjaya membentuk satu tamadun Ilahi yang 'muqaddas' yang berbeza daripada tamadun duniawi yang 'profane' yang 'secular' atau yang tidak diasaskan atas kehendak Tuhan. Tamadun yang membawa manusia mengenali kebenaran dalam erti kata yang sebenarnya. Kebenaran yang di selimuti oleh "hikmat" (Q.2: 269), dan dapat melihat secara objektif dan standard.
Tamadun suci tidak mungkin lahir jika keadaan sekeliling pendidikan itu sendiri masih kabur dan kotor. Nilai yang disemaikan tidak tepat clan gila -lahir dari bijak pandai yang kegilaan lantaran tidak ada padoman -kerana tidak berdasarkan kepada '.tajalli" penglahiran sifat-sifat Tuhan itu sendiri. Dalam hal ini pendidikan Islam berkehendakkan satu keadaan yang sesuai diwujudkan di sekolah-sekolah, baik di segi berpakaian, pergaulan, pembelajaran dan sebagainya. Ertinya dalam satu suasana tidak boleh bercampur dua nilai yang tidak sehaluan.
Satu perkara penting yang harus diingat mengenai pendidikan moral yang dikehen.daki
Islam bukanlah semata-mata dengan mempelajari dan mengetahui mengenai moral, Aspek tingkah
laku (effektif) lebih penting dari kognitif, sepertimana mengetahui mengenai teori muzik
tidak serta merta menjadikan seseorang itu ahli muzik. Mengetahui kejujuran atau kebenaran
itu sebagai sifat-sifat yang baik tidaklah menjadikan seseorang itu berani dan jujur.
Institusi pendidikan Islam perlu menyediakan suasana yang boleh menyediakan pengenalan
"celik akal" (insight) yang benar-benar bernilai kepada murid-murid, dalam
maksud lain kehidupan bermoral itu sendiri perlu dihayati.
Tatasusila Masyarakat Islam:
Saya telah menerangkan mengenai pendidikan Islam serta tujuannya sekali. Secara tidak
langsung tuan-tuan telah pun dibentangkan dengan nilai yang perlu, ditimbul dan diamalkan
dalam masyarakat Islam. Namun untuk lebih memahami lagi mengenai tatasusila Islam perlulah
kita memahami prinsip keugamaan dan falsafah Islam itu sendiri. Prinsip-prinsip utama
seperti:-
Mengikut ajaran Islam, Tuhan menciptakan manusia untuk menyembah kepadanya.
"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali agar supaya mereka menyembah
kepadaku".
(Q.S1: 56).
"ltulah Dia Allah, Tuhanmu. Tidak Tuhan kecuali pencipta segala sesuatu, oleh
sebab itu sembahlah Dia"
(Q.6: 103).
Harus ditekankan di sini, pertama sekali bahawa "menyembah" dalam dua ayat
AI-Quran di atas itu tidak dimaksudkan sebagai upacara sembahyang yang biasa kita fahami.
Jauh lebih luas dari itu.
Sekarang kita lihat bahagian kedua, iaitu sifat-sifat tuhan. Berkenaan dengan penciptaan
Nabi Adam a.s., dalam hal ini umat manusia, Tuhan berfirman dalam AI-Quran:
".. Aku telah membentuknya dan menghembuskan kepadanya roh Kami "
(Q. 15:29).
Ini bermakna, antara lain, bahawa Tuhan kami memberi manusia beberapa potensi atau kebolehan berkenaan sifat-sifat Tuhan. Sifat-sifat Tuhan ini disebut dalam AI-Quran dengan nama-nama yang indah (AI-Asmaa AI-Husna) I yang menggambarkan Tuhan sebagai "Yang Maha Pengasih" (AI-Rahman), "Yang Maha Penyayang" (AI-Rahim), "Yang Maha Suci" (AI-Quddus), "Yang Maha Berkuasa" (AI-Qawiy), "Yang Maha Mencipta" (AI-Khaliq), "Yang Memiliki Segala Kekuasaan" (Malikul Mulk), "Raja Yang Teragong" (AI-Malik) dan lain-Iain lagi. Pendeknya berjumlah 99 semuanya. Menyembah dalam pengertiannya yang umum, bermakna mengembangkan dan melaksanakan sifat-sifat ini pada manusia mengikut perintah .dan petunjuk Tuhan. Misalnya Tuhan memerintah manusia menjalankan upacara sembahyang kepadanya. Dengan berbuat demikian, manusia menjadi lebih suci, jadi ia telah meniru sifat Tuhan dalam kesucian. Juga Tuhan adalah Maha Pengasih, tetapi la memerintah manusia supaya bersifat pengasih kepada jirannya jika mengharapkan Tuhan bersifat pengasih kepadanya. Tuhan Maha Mengetahui, tetapi Dia memerintah manusia selalu mencari dan menambah pengetahuan dan berdoa agar Tuhan menolongnya: "Hai Tuhanku, tambahkan ilmuku" (Q.20: 114). Juga Yang Memiliki Segala Kekuasaan, tetapi diberiNya kekuasaan politik kepada manusia di atas bumi. Dan begitulah seterusnya.
Dalam falsafah Islam, sifat-sifat Tuhan hanya dapat diberi kepada manusia dalam bentuk dan cara yang terbatas, sebab kalau tidak demikian maka manusia akan menjadi Tuhan atau mengaku diri sebagai Tuhan. Tetapi yang penting diterangkan di sini bahawa sifat-sifat yang diberikan kepada manusia itu harus dianggap sebagai amanah, tanggung-jawab yang sangat besar. Jadi di sini mulailah jelas bagi kita bagaimana potensi-potensi manusia yang banyak digunakan dalam psikologi mempunyai kaitan dengan tujuan keja-dian alam jagat (AI-Kaun), sembahyang, dalam erti yang luas, kepada Tuhan, dan kaitannya itu semua dengan sifat keterbatasan dan amanah, tanggungjawab yang besar .
Dari sini jelas pula bahawa "beribadat" dalam erti yang luas adalah mengembangkan sifat Tuhan yang diberikan kepada manusia dan itulah tujuan kejadian alam ini. Untuk melaksanakan ibadat dan menolong manusia beribadat kepada Tuhan dengan cara lebih baik, maka manusia diberi kekuasaan (salah satu sifat Tuhan) di atas bumi dan mencari rezeki dari situ.
"Dan Kami memberi kamu (manusia) kekuasaan di atas bumi dan memberi kamu penghidupan di situ" (Q. 7: 10).
Dalam ayat lain:
"Tidakkah kamu lihat Allah menjadikan apa-apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi memberi khidmat kepadamu dan telah mengutamakan kamu di luar dan di dalam (Q. 31: 20).
Juga: "Dan Dia telah menjadikan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi memberi khdimat kepadamu. Itu semuanya dariNya". (Q. 2:29).
Tetapi kerana "maka manusia paling banyak hanya menjadi khalifah di atas bumi"
Dialah yang telah meletakkan kamu sebagai kahlifah di atas dunia dan meletakkan sebahagian
mu di atas yang lain, supaya la boleh men8uji kamu dengan apa yang telah la berikan
kepadamu." (Q.6 : 166).
Semua ini bermakna bahawa amanah itu sekurang-kurangnya ada dua macam: yang pertama
kebolehan manusia mengembangkan sifat-sifat Tuhan pada dirinya, dan yang kedua berkenaan
dengan cara pengurusan sumber-sumber yang ada di bumi. Dengan ini konsep
"beribadat" diperkaya lagi dengan mengandungi makna baru, iaitu pengurusan yang
sesuai terhadap amanah.
Jadi ..beribadat" yang pada pengertian asalnya bererti pengembangan potensi-potensi,
yakni sifat-sifat Tuhan, pada diri manusia sekarang bertambah luas dan mengandungi juga
pengertian mengurus dengan betul amanah yang dipikul itu. Sebab amanah ini
telah diajukan kepada langit, bumi dan gunung, tetapi enggan memikulnya. Lalu diterima
oleh manusia. Tetapi rupanya manusia bersifat aniaya dan bodoh (Q. 33: 72).
Ini menunjukkan bahawa manusia telah menyalahgunakan amanah itu oleh sebab sombong dan
bongkak, dan menyangka ia tahu segala-galanya dan .dengan menjalankan kekuasaan yang tidak
adil kepada orang-orang dan makhluk lain atau memperalat mereka. Sejarah tamadun manusia
penuh dengan kisah dan trajedi yang menggambarkan bagaimana berbagai tamadun dan
masyarakat telah hilang dan hancur sebab mereka menyalah gunakan kekuasaan, kekayaan,
ilmu, kerajaan, dan lain-Iain lagi yang semuanya adalah sifat-sifat Tuhan yang
diamaI1ahkan Tuhan kepada manusia agar manusia dapat menyembah Tuhan dengan lebih baik.
Sesungguhnya sistem moral -akhlak -dalam Islam berhubung dengan sistem keper-cayaan,
ibadat, muamalat dan sebagainya. la mempunyai kaitan dengan tujuan kejadian alam dan
perkembangan sifat-sifat Tuhan pada manusia. Inilah perbezaan pendidikan
moral (tatasusila) dalam Islam dengan pendidikan moral yang kita pinjam dari Barat, yang
memisahkan moral itu dari kekuasaan Allah. Saya telah menjelaskan bahawa Islam itu satu
cara hidup. Panduan seluruh aspek pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah itu dengan
sendiri sudah merangkumi segala norma-norma dan nilai-nilai yang membentuk individu,
komuniti dan masyarakat.Berhubung dengan pandangan Islam mengenai pembentukan akhlak atau
tatasusila perhubungan, maka adalah mudah diterangkan jika kita memahami ugama Islam itu
sendiri seperti yang, dengan ringkas telah diterangkan di atas. Dalam
Al-Quran terdapat dua ciri besar:
Bahagian pertama merangkumi sebanyak 763 ayat AI-Quran dan bahagian kedua 741 ayat,
keseluruhannya mengambil kira 1/4 daripada seluruh jumlah ayat-ayat Al-Quran. Adalah
terlalu luas untuk diperkatakan tentang tajuk ini di masa yang begini terhad. Rasulullah
sendiri dalam banyak Sabdanya mengatakan ugama itu adalah "akhlak yang baik".Hal
ini telah diulang beberapa kali. Di tempat lain Rasulullah pernah bersabda bermaksud
bahawa ugama itu diasaskan kepada iman, Islam dan ikhsan. Para ulamak Islam menyarankan
bahawa ikhsan ini merangkumi semua aspek kelakuan manusia baik berupa hubungan Tuhan,
dengan ciri sendiri, dengan masyarakat, mau pun dengan makhluk-makhluk lain. Saya percaya
penghayatan kepada sifat Allah seperti yang telah diterangkan di 3tas adalah ciri dan
norma penting pembentukan nilai tatasusila masyarakat Islam.
Dipetik daripada :
Himpunan kertas kerja
Krusus Dakwah dan Kepimpinan bagi guru-guru (bukan guru agama ) Sekolah Menenengah dan
Rendah
1984
Terbitan: Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur