Konsep Dakwah
KEGIATAN DAKWAH DAN PERMASAALAHANNYA Dl SEKOLAH
Disediakan oleh:
Haji Ahmad b . Haji Awang
Pusat Penyelidikan Islam
Jabatan Perdana Menteri
Kuala Lumpur
Firman Allah bermaksud:
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang saleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah
diri".
Dan firmanNya lagi bermaksud:
"Katakanlah: "lnilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutikau
mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata "'
.
Berdasarkan keterangan ayat-ayat di atas bahawa dakwah bererti mengajak atau memanggil
umat manusia agar menerima dan mempercayai keyakinan dan tasawwur (Konsep hidup) Islam.
Jadi berdakwah adalah kerja menyampaikan seruan Islam supaya manusia mendapat kebahagian
dunia dan akhirat. Berdakwah adalah menyampaikan Islam seba.gai "addin" iaitu
"agama" meliputi akidah, dan cara hidup serta nilai akhlak yang menjamin
kesejahteraan manusia.
Objektif Dakwah
Firman Allah bermaksud:
"Hai orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul
menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu..."
Dan maksud firmanNya lagi:
(Fussilat : 33)
" Inilah kitab yang kami turunkannya kepada kamu untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka kepada jalan yang perkasa, lagi terpuji "
Jesteru itu tujuan dakwah adalah untuk memberi makna kepada kehidupan manusia agar mereka
dapat benar-benar hidup menghayati peraturan, undang-undang dan nilai-nilai hidup yang
luhur ya~g ditetapkan Allah. Tanpa dakwah Islam, manusia
akan terus meraba-raba dalam kegelapan/kesamaran untuk mencari kebenaran yang hakiki.
(Yusuf : 108)
(AI Anfal : 24)
(Ibrahim : 1)
.
Ringkasnya tujuan dakwah Islam adalah untuk melahirkan kehidupan manusia yang sem.puma
yang mampu menjadi i:nakhluk Allah yang termulia dan beramanah dengan ilmu yang diberi
oleh Allah untuk melaksanakan tugas, beribadat kepada
Allah dan menjadi "Khalifah"Nya di muka bumi ini.
Firman Allah bermaksud:
"Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka di daratan
dan di lautan, kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan
kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk "
FirrnanNya berrnaksud:
"Dan Aku (Allah) tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat
kepada Ku ..." .
(az Zariyat: 56)
Dan firrnanNya lagi berrnaksud:
"Oialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (penguasa yang diberi amanah oleh
Allah) di bumi ini "
{a} An'am: 165)
Begitulah juga firmanNya bermaksud:
"lngatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan khalifah di muka bumi. "
(Al Baqarah : 30)
Kegiatan dakwah di Sekolah
Dalam konteks kegiatan dakwah di sekolah tujuan dakwah adalah untuk mendidik dan
membimbing murid/pelajar supaya dapat menghayati Islam sebagai seorang muslim yang
sempurna dengan memiliki ciri-ciri orang berilmu, beriman, bertaqwa
dan berakhlak mulia. Dengan memiliki ciri-ciri hidup muslim seperti itu ia akan dapat
melaksana1<an tugasnya terhadap Allah, sesama manusia dan dirinya serta alam
sekelilingnya. .
Pentingnya kegiatan dakwah di sekolah tidak dapat dinafikan lagi, kerana sekolah adalah
merupakan institusi terpenting bagi membina jenerasi ummah/rakyat sesebuah negara. Dalam
konteks Islam dakwah itu pada prinsipnya adalah pendidikan, kerana dakwah adalah suatu
proses pembinaan manusia yang berterusan melalui asuhan, latihan dan pemeliharaan potensi
kemanusiaan individu-individu manusia itu.
Firman Allah bermaksud:
"... Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli-ahli kamil
daripada api neraka "
{Attahrim : 6)
Menurut perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran,
Kegiatan Pendidikan Islam hendaklah dijalankan untuk memperkuatkan pendidikan agama Islam:
"Pengaiaran dalam aspek-aspek yang masih perlu diberi liputan hendaklah diadakan
secara non-formal dengan menggunakan masa di luar sekolah. Segala kegiatan non-formal
perlu dirancang, diatur dan diawasi pelaksanaannya. ,
(348: JKMPDP)
Mulai 1979 kegiatan dakwah di sekolah telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah,
setelah tertubuh Unit Dakwah di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran. Di
peringkat rendah pula kEgiatannya bermula setelah terlantik
Pegawai-Pegawai Dakwah di Jabatan Pelajaran Negeri. Guru-guru agama di sekolah-sekolah
rendah dan menengah secara langsung terlibat dalam kegiatan tersebut.
Program Kegiatan
Permasaalahan
Permasaalahan dakwah di sekolah dapat dilihat dari berbagai segi, antaranya
Masaalah Pendakwah
Kekurangan pendakwah yang benar-benar berkemampuan dan komited sepenuhnya dengan dakwah
adalah satu masalah yang perlu diatasi. Guru-guru Agama yang berminat piIla tidak semuanya
berkemampuan berdakwah secara yang berkesan. Dalam hal ini guru-guru yang berugama Islam
tidak didedahkan kepada kegiatan dakwah ugama agar mereka ikut bergiat di bidang dakwah
menurut kemampuan mereka. Guru-guru ugama juga digalakkan supaya terlibat secara berkesan
dan berusaha meningkat kemampuan untuk berdakwah.
Pendakwah luar yang tidak begitu memahami kedudukan alam sekolah juga menjadi masaalah
dakwah. Bagaimanapun masaalah ini tidaklah merupakan masaalah besar, kerana dengan usaha
penyelarasan dan pengawasan yang munasabah,
masaalah tersebut dapat diatasi.
Masaalah sasaran
Sasaran kegiatan dakwah di sekolah pada pokoknya ialah pelajar-pelajar Islam, di sekolah
rendah dan menengah. Tetapi guru-guru muslim juga merupakan sasaran kegiatan dakwah secara
tidak langsung. Masaalahnya berkisar dari segi sambutan
pelajar terhadap kegiatan dakwah yang berbentuk non-formal. Sebahagian murid/pelajar
memandang kegiatan dakwah tidak penting disertai. Dakwah kadang-kadang dipandang sebagai
kegiatan bersifat NEGA TIF oleh setengah pelajar. Latar belakang pelajar-pelajar yang
tidak terasuh dengan agama, sama ada kerana ibubapa/penjaga mereka tidak berpelajaran atau
dari kalangan intelek yang sekular adalah satu dari masaalah yang ketara dalam sasaran
dakwah .
Kepimpinan Sekolah
Kepimpinan sekolah kadang-kadang menimbulkan masaalah juga dalam kegiatan dakwah di
sekolah, apabila Guru Besar khasnya atau guru-guru lain amnya tidak dapat menyesuaikan
diri dengan perkembangan dan trend dakwah yang bersifat
menyeluruh dan bersepadu seperti yang ujud pada masa kini. Keadaan yang tegang di
setengah-setengah sekolah, sebahagiannya berpunca dari kelemahan kepimpinan sekolah
memahami persoalan dan selok-belok dakwah dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam dan
menggalakkan pelajar menghayati Islam.
Masaalah suasana sekolah
Kehidupan/suasana di sekolah dengan budaya dan cara hidup yang kadang-kadang bercanggah
dengan nilai dan hukum Islam adalah juga menjadi satu masaalah kepada kegiatan dakwah di
sekolah. Kegiatan dakwah kadang-kadang dianggap
membawa cara hidup yang menjadikan pelajar "TERPENCIL" dari kehidupan yang biasa
dihayatinya di sekolah, sama ada dari segi pakaian, pergaulan, sukan/permainan, bahkan
dalam pelaksanaan karikulum sekolah sendiri. Masaalah-masaalah
suasana atau alam sekitar ini memberi kesan yang negatif kepada kegiatan dakwah di
sekolah.
Demikianlah sepintas lalu permasaalahan dakwah di sekolah yang perlu diatasi oleh semua
pihak yang terlibat di sekolah.
Cara mengatasinya yang berkesan hendaklah dilakukan den~an semangat dan amalan
"musyawarah" dan persefahaman.yang berdasarkan kepada rasa tanggung-jawab untuk
melaksanakan tugas dakwah bagi yang muslim dan tanggungjawab
untuk melaksanakan tugas pendidikan bagi semua pihak yang muslim dan bukan muslim.
Wabillahittaufiq Wal-Hidayat
Dipetik daripada :
Himpunan kertas kerja
Krusus Dakwah dan Kepimpinan bagi guru-guru (bukan guru agama ) Sekolah Menenengah dan
Rendah
1984
Terbitan: Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur