Ya Ali ! Apabila engkau melihat ular
dijalan maka bunuhlah dia, kerana aku telah memberikan
ketentuan kepada Jin bahawa mereka tidak akan muncul dalam
rupa ular di jalanan. Barang siapa melanggar ketentuan itu
silakan membunuhnya. |
|
Ya Ali !. Ada empat perkara yang
membaca celaka :
- Mata yang beku (tak sudi mengeluar air mata)
- Kesat hati,
- Panjang angan-angan dan
- Tergoda oleh dunia
|
|
Ya Ali ! Aku melarangmu dengan empat
perkara:
- Iri hati
- loba
- bohong dan
- pemarah
|
|
Ya Ali ! Mahukah engkau aku
beritahukan tentang sejahat-jahat manusia? Aku menjawab:
tentu Ya Rasulullah ! Yakni : Orang yang musafir sendirian
dan melarang orang lain turut berserta dengannya dan memukul
hamba sahaya. |
|
Ya Ali ! Janganlah marah bila
dikatakan kepadamu (Takutlah kepada Allah)
Maka hal itu akan membahayakanmu pada hari Kiamat |
|
Ya Ali ! Sesungguhnya Allah kagum
kepada hambaNya dikala ia bermohon kepada Tuhan
اللَّهَّمَ اغْفِرْ لِى
اِنَّهُ لا يَغْفِرُ الْذُنُوْبَ اِلا اَنْتَ
Lantas Allah berfirman kepada para malaikat : "Hai para
Malaikat ! HambaKu ini tahu bahawa tidak ada yang akan
mengampuni dosa-dosanya selain Aku, maka saksikanlah oleh
kamu semua bahawa Aku telah memberi ampun baginya." |
|
Ya Ali ! Bila engkau masuk pasar, maka
ucapkanlah dikala engkau masuk:
بِـسْمِ الله وَبِالله اَشْهَدُ اَنْ لا اله
الا الله
وَاَشْهَدُ اَنْ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
Nescaya Allah berfirman : "HambaKu ini
mengingati Aku dikala orang lain lalai. Saksikanlah bahawa
Aku telah memberi ampun baginya. Sesungguhnya
Allah kagum terhadap orang yang mengingatinya di dalam pasar. |
|
Apabila engkau masuk Masjid maka
ucapkanlah بِـسْمِ الله
وَالسَّلامُ على رسول الله
اللَّهَّمَ افْتَحْ لِى
اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
dan apabila engkau keluar maka ucapkanlah: بِـسْمِ الله
وَالسَّلامُ على رسول الله
اللَّهَّمَ افْتَحْ لِى اَبْوَابَ فَضْلِكَ |
|
Ya Ali ! Janganlah engkau herdik orang yang
datang meminta pertolongan sekalipun ia datang dengan
menunggang unta, dan berilah dia, kerana sedekah itu lebih
dahulu jatuh ke tangan Allah (untuk diberi pahala) sebelum
jatuh ketangan peminta |
|
Ya Ali ! Jauhilah sengketa kerana itu
akan menghapuskan amalan-amalan engkau |
|
Ya Ali ! Bacalah :

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
kerana itu mencegah kefakiran. Dan jauhi
pula riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di
dunia ini dan tiga lagi pada hari akhirat.
Adapun yang didunia
Adapun yang diakhirat
|
|
Ya Ali ! Apabila engkau masuk ke
rumahmu, maka ucapkanlah salam kepada keluarga rumuahmu |
|
Ya Ali ! Janganlah engkau masuk kamar
mandi tanpa kain basahan, kerana terkutuklah orang yang
melihat dan apa (aurat) yang dilihat. |
|
Ya Ali ! Janganlah engkau memakai cincin pada jari telunjuk
dan jari malang (tengah) kerana itu adalah perbuatan kaum
Luth |
|
Ya Ali ! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak
bisa melangkah mendahului sedekah |
|
|
|
|
Disusun semula oleh: |
Muhammad Khairi b. Khalid Abbas |
1998 |