Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
BERKENAAN AIR

Kebersihan itu dapat dilakukan dengan Air Mutlak,  Air Yang Ghaib,  yang mana Jernihnya itu membanjiri seluruh alam nyata ini.  Jernih itu menimbulkan pelbagai warna dalam penzhohirannya.  Dirinya tetap satu tetapi banyak pada penzhohirannya.

Kerana penzhohiran itu,  Ia terlindung.  Mutlak dalam nisbahNya.  Inilah Air yang tidak sedikit pun ada kotor dan boleh dibuat untuk membersihkan diri.  Berkenaan Air ini,  seorang ahli makrifat ada berkata;

"Bersucilah engkau dengan Air Ghaib itu,  jika engkau ada Sir(Rahsia).  Jika tidak,  bersucilah engkau dengan tanah atau batu."

Carilah Air Hakiki ini.  Siapa yang dapat Air ini,  tidaklah lagi akan kekurangan.  Oleh itu,  orang yang berakal hendaklah mencari Air ini.  Ambillah ia di mana sahaja engkau mendapatinya.  Carilah Air ini walaupun dengan memakan korban yang besar,  walaupun dengan mengorbankan nyawa sendiri.

Air tidak akan kotor jika tidak ditukar keadaannya kecuali air yang lama bertakung.   Jika air itu bertukar keadaan kerana bercampur dengan sesuatu yang bersih,  misalnya dikeruhkan oleh tanah liat merah,  anggaplah ia bersih.  Begitu jua air yang cair.  Ini adalah air biasa dalam dunia ini. (Sheikh Ahmad Al-'Alawi).


Ilmu menurut pandangan ulama ialah perkataan-perkataan dan maknanya.  Menurut ArifbiLlah,  Ilmu itu ialah mengetahui Asma dan objek-objek(bentuk) yang ditunjukkan oleh Asma itu.

Mana mungkin seseorang yang sibuk menghuraikan maksud dan makna dari istilah yang didirikan dapat mengetahui(menyedari) Tajalli yang sentiasa berselindung di sebalik bentuk-bentuk objek itu.

Sebenarnya amal ialah ilmu yang berupa atau berbentuk.  Lampaui kedua-duanya dan capai "hal" iaitu sempadan yang paling hujung bagi kedua-dua itu.
 

                                                                                                       11.30 pm 12.01.2001 / 17 Syawal 1421

Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH