|
Dia meletakkan aku dalam HakikatNya, dan berkata kepadaku;
Jika Kucipta ia menjadi sebuah lautan,
kau akan dihubungkan
dengan kapal;
dan jika kau terbuang
kerana pengusiranKu, kau akan dihubungkan dengan pengembaraan;
dan jika kau bangkit
atas perjalananmu, kau akan dihubungkan dengan pantai;
dan jika terhalau
ke pantai, kau akan dihubungkan dengan penamaan "hakikat" dan "laut".
Masing-masing dari dua nama ini mengundang; dan pendengaran hilang dalam dua pengungkapannya; dan engkau tidak akan mencapai AKU, pun tidak akan mengembara di atas laut.
Dan kulihat kilauan cahaya sebagai kegelapan, dan air laut sebagai batu karang.
Dan DIA berkata kepadaku;
Dan kusaksikan yang tak pernah berubah; dan DIA memberiku keadaan yang berubah-ubah di mana kulihat segala hal bahawa mereka sentiasa diciptakan.
Dan DIA berkata kepadaku;
Jangan kecualikan. Semua yang dicipta itu tidak serupa.
Dan penglihatan dipisahkan menjadi dua bahagian; Penglihatan mata dan penglihatan jiwa. Lihatlah keseluruhan hatinya, tiada bergerak ataupun mengucap.
Dan DIA berkataku;
Bagaimana kau melihatnya di hadapan penglihatan akan Hakikat-KU????
Dan kukatakan;
Dengan menggerakkan dan membuatnya mengucap.
Dan DIA berkataku;
Ketahuilah bezanya supaya kau tak rugi.
Dan DIA membuatku berpaling jauh dari Hakikat-NYA, dan tak kusaksikan apa-apa.
Dan DIA berkataku;
Kau melihat segala hal, dan segala hal patuh kepadamu, dan penglihatanmu atas segala hal adalah ujian, dan kepatuhan segala hal kepadamu juga adalah ujian.
Dan DIA membuatku berpaling dari semua itu. Dan DIA berkata kepadaku;
Semua dari itu tak kuacuhkan, kerana ia tak pantas bagi-KU.