Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
MENTALITI ANJING

Seekor anjing dilontar dengan seketul batu,  lantas menyalak-nyalak marahkan batu yang menyakiti tubuhnya.  Marahnya pada batu itu,  bukan kepada si pelontar batu itu.  Itulah mentaliti anjing.

Tidaklah jauh bezanya dengan seorang yang apabila merasai dirinya ditipu atau dikhianati, atau dipersendakan atau direndahkan,   maka akan marah dan amat kecewa sekali dengan sikap saudaranya itu.  Pandangannya terarah kepada makhluk itu,  bukan kepada itu "......Yang Menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu kerjakan".  Inilah mentaliti  seorang hamba yang terhijab dari hakikat.

Mungkin disebabkan jahilnya,  mungkin kerana bebalnya,  mungkin kerana tebalnya ammarah atau mungkin kerana punya penglihatan tetapi yang tidak boleh melihat.

Pada "si jahil" itu......... tidak hairanlah,  sebab kerana kejahilannya itulah yang menjadikan mereka tidak tahu perkara yang sebenarnya.

Tapi yang dihairankan ialah;

Dengan kerana itu,  sedarilah wahai ahli-ahli Ilmu dan ahli-ahli Amal(Thoriq); Sebenarnya........

amal ialah ilmu yang berupa atau berbentuk.  Lampaui kedua-duanya dan capai "hal" iaitu sempadan yang paling hujung bagi kedua-dua itu.

Capailah "hal" barulah ilmu dan amal anda menjejaki tepian laut itu,  Jadikan ia sebagai kapal(bukan perahu kolek) untuk belayar dalam lautan Keesaan itu.  Lautan di mana tidak diiktibarkan lagi jahil atau berilmu, banyak atau sedikit atau tempat di mana tidak lagi ditiliki apa jua isyarat yang terbit dari anda.

Kebanyakan ahli-ahli dakwa yang mengakui dirinya seorang sufi atau pengikut setia mereka lupa bahawa dalam pada mereka memperagakan ilmu-ilmu yang ditalkinkan dari guru-guru yang 'Alim atau menyatakan rujukan daripada beratus buah kitab atau mengistilahkan sekelumit pengalaman keruhanian mereka;  zhohirnya pula menunjukkan sesuatu yang tidak selari sebagaimana yang mereka cuba pamirkan.

Ini adalah kerana,  mereka tidak berada pada "hal" sebagaimana yang cuba didedahkan.  Mereka hanya mengulang-ulang pengucapan gurunya,  mereka hanya mencebuk dari telaga hikmah orang lain,  mereka banyak berbimbang dengan agyar(wirid,  warid,  isyarat, keramat,  terbuka yang ghaib) yang menunjukkan mereka cuba menyatakan sesuatu yang bukan "hal" dirinya;  tetapi cuba memperkatakan "hal" orang lain mengikut kefahaman dan pandangan mereka yang terhijab dengan ilmu dan amal mereka.  Mereka ini adalah semata-mata ahli dakwa yang tersingkir dari erti dan maksud Tasauf itu.

Jika ingin mengatakan sesuatu yang hakikat,  maka berkatalah dengan "lisan hal" bukannya dengan lisan ilmu atau lisan amal

Mereka berkata,

"Hakikat diri kita ialah Fakir,  Hina,  Lemah,  Dhoif,  Jahil lagi Haqir"

tetapi dalam masa yang sama atau di tempat yang lainnya mereka merasakan

yang terzhohir pada perlakuan-perlakuan yang antaranya; Ini bukanlah rupa atau wajah "hal" atau Hakikat  Fakir,  "hal" Hina,  "hal" Lemah,  "hal" Dhoif,  "hal" Jahil dan "hal" Haqir sebagaimana yang sebenarnya;  tetapi semata-mata dakwa dan kianat membukakan rahsia Ma'ani.  Satu pelanggaran terhadap makna tasauf.  Syirik khofi yang tersembunyi di sebalik riya' dan sumu'ah.  Memang kejahatan ini tersembunyi kerana yang khofi ini seumpama semut hitam yang merayap pada sebuah batu hitam di waktu malam yang pekat.  Sukar untuk dikesani kejahatan ini kerana ia berada pada  pelbagai wajah kebaikan.  Bercampur(Bersekutu) dalam ilmu,  amal dan muraqobahnya.

Tidak salah rasanya,  jika diperturunkan kata-kata Aulia Allah seperti di bawah untuk mengukur kedudukan diri kita bahawasanya;

Takrif Tasauf itu ialah;

"Menghilangkan dakwa" dan
"menyembunyikan Maani"(rahsia)

"Menganggap diri sendiri sebagai seorang Sufi itu adalah satu
anggapan besar,  sekurang-kurangnya dia bukanlah sufi". Abu Hassan al-Khorkhoni.


                                                                                                    12.30 pm 29.01.2001 / 04 Zulkaedah 1421

Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH