SERINGKALI DILUPAKAN |
Sambungan Keterangan Dari Pengajian Terdahulu oleh Tok Pulau Manis
Maka adapun orang yang syukur dengan lisannya dan tiada syukur pada segala anggotanya, maka umpamanya seorang lelaki baginya pakaian diambil pada dua tepinya dan tiada dipakainya pada sekeliannya. Maka tiadalah memberi manfaat akan dia demikian itu daripada panas dan sejuk dan embun dan hujan.
Keterangan Suluk
Orang yang bersyukur dengan sekadar melafazkan kata-kata pujian seperti;
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan berhimpun segala ibarat daripada syukur itu dengan katanya..........
Bermula syukur itu mengetahui dengan hati dan menyebut-nyebut dengan lisan dan mengerjakan dengan segala anggota.
Keterangan Suluk
Tegasnya komponen syukur yang mesti dilengkapi oleh seorang hamba yang ingin menghayati hakikat kesempurnaan syukur sebagaimana semestinya ialah;
Terjemahan oleh Tok Pulau Manis
Dan apabila
engkau berkehendak akan barang yang menanggung ia atas syukur
|
Keterangan Suluk
Seorang hamba yang mukmin adalah seorang hamba yang sentiasa dibayangi oleh rasa takut dan gerun dengan kekuasaan Allah. Rasa ketakutan terhadap Allah adalah merupakan pakaian dan perhiasan seorang hamba yang bertakwa sebagaimana yang seringkali diulang-ulangkan dalam Kitab Al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW.
Dan rasa ketakutan ini hendaklah ditingkatkan lebih-lebih lagi apabila
kita sentiasa dilmpahkan dengan ihsan kebaikan dari Allah Taala dengan
pelbagai nikmat yang zhohir dan yang batin, sedangkan pada waktu
yang sama kita sentiasa berada dalam keadaan lalai, dan banyak melakukan
dosa dan maksiat.
Apa itu Istidraj?
dan bagaimana rupa
wajah-wajah Istidraj ini?.
Perkara inilah yang boleh kita fahami dan yang menjadi intipati perbincangan dan huraian selanjutnya oleh Tok Pulau Manis.
Keterangan dan huraian oleh Tok Pulau Manis
dan dikata orang daripada alamat Istidraj itu mengendarai kejahatan dan ghurur padanya. Maka suka yang didatangkan itu, maka diambil mereka itu terkejut, maka tiba-tiba mereka itu putus daripada Rahmat(Allah). Maka barangsiapa menyenangkan ia dengan ihsan(Allah) kepadanya pada halnya ia kejahatan, maka iaitu Istidraj.Bermula takut daripada Istidraj pada segala nikmat itu daripada sifat mukmin; dan ketiadaan takut daripadanya serta sentiasa atas kejahatan itu daripada sifat Munafik;
Keterangan Suluk
Permulaan yang perlu dingatkan dari keterangan di atas ialah;
Untuk mengenali sama ada sesuatu pemberian nikmat itu Istidraj atau tidak, maka kunci utamanya ialah meneliti dan menilai keadaan diri kita. Jika diri sentiasa dalam keadaan melakukan kejahatan dan maksiat, sedangkan nikmat datang bertimpa-timpa, maka itulah Istidraj.
Maka barangsiapa
menyenangkan ia dengan ihsan(yakni kebaikan Allah) kepadanya pada halnya
ia(bergelumbang dengan) kejahatan, maka
iaitu Istidraj.
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan kata Sahl bin Abdullah r.a. dalam makna ayat itu;
Kami kurniai mereka itu dengan segala nikmat dan Kami lalaikan mereka itu akan segala syukur atas nikmat; iaitu maka apabila cenderung mereka itu kepada nikmat dan didinding mereka itu daripada yang memberi nikmat, maka [mati terkejut] diambil mereka itu.
Keterangan Suluk
Untuk memperkembangkan lagi idea dan kefahaman berkenaan Istidraj ini, selanjutnya didatangkan keterangan tokoh-tokoh ulama sufi yang terkenal. Dari kata-kata Sahl bin Abdullah r.a. di atas dapat kita fahami bahawa beliau mentafsirkan ayat; "Lagi akan Kami lorongkan mereka itu daripada sekira-kira tiada mengetahui mereka itu pada yang demikian itu" dengan maksud apabila seseorang itu kufur pada sesuatu nikmat pemberian Allah yakni dengan tidak merasai dan melihat kepada Allah yang memberi nikmat, maka itulah Istidraj yang akan melalaikan mereka dengan nikmat-nikmat tersebut sehingga segala-galanya akan disentak(ditarik) dengan tiba-tiba tanpa sempat bertaubat dan menyedarinya.
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan kata Abu Abbas Ibnu Athoillah;
Manakala mendatangkan mereka itu akan kesalahan, maka kami datangkan bagi mereka itu akan nikmat dan kami lupakan mereka itu Istigfar daripada segala kesalahan.
Keterangan Suluk
Keterangan di atas lebih kurang sama dengan yang sebelumnya di mana, orang-orang yang sentiasa ligat dengan melakukan dosa dan maksiat akan dilimpahkan kepada mereka dengan pelbagai nikmat kesenangan duniawi sehingga melalaikan mereka daripada meminta ampun dan bertaubat dengan dosa dan maksiat itu. Inilah Istidraj.
Dengan kata lain bolehlah kita katakan apabila sudah berada dalam keselesaan dan kesenangan hidup yang mewah tanpa banyak halangan, maka biasanya ramai yang akan lupa diri dan berterima kasih kepada Allah, malahan menggunakan nikmat-nikmat tersebut untuk berbuat dosa dan menderhakai Allah. Jauh sekalilah orang yang sebegini akan teringat untuk beristigfar dan bertaubat kepada Allah.
Kenyataan ini boleh difahami dari
Dan kata abu Qasim al-Qusyairi r.a.;
Bermula Istidraj itu berturut-turut nikmat dengan tiada takut fitnah.
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan tersebut dalam hadis; Telah menceritakan akan dia Ahmad dan lainnya daripada 'Uthbah bin 'Amir r.a.;
Bahawasanya apabila engkau lihat akan Allah mengurniai akan hambaNya daripada dunia barang yang dikasihnya pada halnya ia mendirikan atas segala maksiatnya, maka yang demikian itu Istidraj daripadaNya.
Keterangan Suluk
Dari keterangan hadis di atas, maka bolehlah kitakan;
Setengah daripada jahil murid akan dirinya dan akan Haq TuhanNya, bahawa dijahatkan akan adab. Maka diakhirkan balasan daripadanya. Maka berkata ia(murid); Jikalau ada kerjaku ini jahat adab, nescaya diputuskan Allah akan tolongNya dan diwajibkan jauhNya. Dan ini satu bahagi daripada Istidraj yang telah terdahulu sebutnya; dan jahat adab murid itu mewajibkan bagi balasan, tetati segala balasan itu bersalah-salahan.
Keterangan Suluk
Bersambung lagi di bawah Tajuk yang berikutnya.....Antara Taufiq dan Jizlan
|
|