Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
HAKIKAT 
IBADAT
Syeikhul Akbar Ibnu 'Arabi Muhyiddin

Wujud ini dibahagikan kepada


Ibadat itu kerana ia ianya berkenaan diri adalah tidak lain dari pergantungan yang mumkin(sesuatu di alam alam ini yang bersifat dengan harus ada dan harus tiada) pada kecenderungan tabiatnya.

Sesungguhnya ibadat itu dianggap sebagai telah diperintah.  Tidak ada perintah kecuali kepada orang yang berdaya upaya melakukan perintah itu dan meninggalkan apa yang Ia perintahkan supaya meninggalkannya.

Oleh kerana perbuatan itu tidak boleh dikatakan terbit dari makhluk.  Maka kita katakan terbitnya daripada yang memerintah itu sendiri.

Allah memerintah kita;

"Waikimussola"

"Dirikan sembahyang"  semuanya kecuali Allah diwajibkan sembahyang iaitu malaikat,  manusia,  binatang,  tumbuh-tumbuhan,  galian dan sebagainya.  Menurut peranan yang dimainkan oleh sesuatu jenis itu.  Firman Allah;

"Tidakkah kamu segala sesuatu di langit dan di bumi dan burung-burung di udara,  semuanya bertasbih kepada Allah?"

Semuanya tahu akan sembahyangnya dan bagaimana bertasbih kepada Allah Subhanahuwa Taala;  tiap-tiap sesuatu mesti bersembahyang.

Dalam bahasa Arab,  "Tasbih" ertinya sembahyang.  Abdullah bin 'Amru seorang Arab tidak bersembahyang tambahan(nafilah) semasa dalam perjalanannya dan beliau ditanya kepada beliau tidak sembahyang nafil(sunat) itu.  Beliau menjawab,  "Jika saya tasbih(memuji dan mensucikan Allah) saya sempurnakannya".

Allah berfirman;

"Tujuh lapis langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya bertasbih kepada Allah".

Firman Allah lagi;

"Adakah sesuatu yang tidak bertasbih kepada Allah"

Selanjutnya Allah berfirman lagi kepada Nabi Muhammad SAW.,  seorang yang sangat kashaf dan melihat apa yang kita tidak lihat.

"Tidakkah kamu lihat segala yang di langit dan di bumi,  matahari,  bulan,  bintang,  gunung-gunung,  pokok-pokok dan binatang-binatang,  semuanya bertasbih kepada Allah?"

Ketahuilah(moga-moga Allah membantu kami dan kamu) bahawa apabila Allah itu telah dikenali sebagai wujud Mutlak tanpa batasan,  Dia mestilah meliputi DiriNya sendiri sebagai Pemerintah,  dan juga sebagai Yang Diperintah;  iaitu diri-diri dalam Alam ini.

Adalah tidak sah meninggalkan ibadat bagi sesiapa pun kecuali orang yang melihat ain(zat) mumkin sebagai berterusan tanpa binasa dan menganggap mereka(mumkin) itu sebagai media di mana Allah menzhohirkan DiriNya dan berpendapat tidak ada wujud kecuali Allah.  (Sudah tentu dalam pengalaman puncak itu,  sewaktu di dalam pengalaman itu,  maka masalah syarak zhohir tidak timbul,  bila mereka yang berkenaan "turun" daripada pengalaman itu,  maka syarak wajib dijalankan).

Rahsia Kemurahan Tuhan itu terzhohir pada wujud yang tidak ada daya upaya kecuali Allah.


"Sembahyang waktu itu dikatakan bagi orang-orang yang beriman".

Dia katakan kepada orang-orang beriman dan bukan kepada orang 'Alim;  kerana Iman itu sangat biasa dan umum.

Orang yang beriman itu ialah orang yang mengikut.  Dia percaya dengan penerangan yang selaga ianya tetap penerangan(khabar).

Orang 'Alim(Arif) ialah orang yang tahu dan kenal hal-ahwal itu sebagaimana ianya.  Ia juga tahu bahawa meskipun diperhatikan dengan teliti sesuatu khabar(penerangan) itu didapati betul dan benar.  Ini tidak bererti khabar itu tidak lagi mempunyai kemungkinan(salah atau benar).  Penerangan yang khusus yang telah disahkan itu tentulah ia percaya.

Tiap-tiap orang yang sembahyang mungkin sembahyangnya di waktu-waktu yang tertentu.  Dia tidak tahu rahsia Qadar(ketentuan) yang kita sebutkan itu,  dan tidak pula dikhabari.  Kami telah sebutkan perihal ini dalam kitab ini di banyak tempat dengan cara yang ajaib sekali.

Abu Yazid memberitahu Tuhan;

"Jika manusia kenal engkau sebagaimana saya kenal,  mereka tidak akan menyembah engkau".

Maksudnya jika manusia mencapai makrifat atau pengalaman yang sebenarnya,  maka mereka tidak lagi akan menyembah atau beribadat,  bahkan mereka akan melakukan ibadat dengan mengalami intisari ibadat itu sendiri dengan mencapai kehampiran dengan Tuhan dan dirasai kelazatan dalam ibadat itu.  Ertinya bukanlah orang itu akan membuang syariat.

Allah menjawab;

"Jika mereka kenal tentang kamu sebagaimana Aku tahu,  mereka akan melontar engkau dengan batu(hingga mati)".

Antara maksudnya ialah kalaulah mereka tahu rahsia pengalaman Abu Yazid terhadap Allah yang sebenarnya,  maka mereka yang "buta" dari pengenalan itu tidak akan menerima dan akan menentangnya.



Tanbih