Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Barzakh
Syeikhul Akbar Ibnu 'Arabi Muhyiddin

Allah itu cahaya Mutlak. 
Yang mustahil itu gelap mutlak.

Cahaya tidak akan jadi gelap,  dan gelap tidak akan jadi cahaya.

Makhluk itu ialah sempadan(barzakh) antara cahaya dengan gelap.  Ianya tidak disifatkan dengan cahaya dan gelap dengan zatnya sendiri.  Ianya adalah campuran,  terletak ditengah-tengah,  dan dipengaruhi oleh kedua-dua pihak.

Oleh yang demikian,  Allah Kurniakan manusia dua mata dan dipimpinnya menurut dua jalan kerana ia berada di antara dua jalan.  Dengan satu mata dari satu sisi,  ia menerima cahaya dan menghala kepada-Nya menurut keupayaan-Nya.  Dengan satu mata lagi,  dari sebelah sana, ia menerima gelap dan menghadap kepadanya.

Tetapi bagi dirinya sendiri,  dia bukan cahaya dan juga bukan gelap.  Dia bukan 'adam.  Dia menjadi sebagai penghalang yang menghalang Cahaya Mutlak menghalau gelap;  dan juga gelap mutlak menghalau cahaya.  Kedua-dua sisi ini bertemu padanya.

Dari sebelah cahaya,  dia dapat sifat wujud;  dan dari sebelah gelap,  dia dapat sifat 'adam.  dia dipelihara dikedua-dua sisi itu;  dan dia melindungi kedua-duanya pula.
 


11.30 pm 30.03. 2002 / 16 Muharram 1423
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH