Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

HAKIKAT ILMU

Ilmu menurut pendapat ulama ialah perkataan-perkataan dan maknanya.  Menurut Arif,  Ilmu itu ialah mengetahui Asma-Asma dan objek-objek yang ditunjukkan oleh Asma itu. Di sini bermula asas dan dasarnya.

Ilmu itu tidak boleh dikaitkan dengan 'adam kerana ia tidak ada.  Ilmu hanya boleh dikaitkan dengan yang wujud sahaja.  Yang tidak ada,   tidak dapat dikaitkan dengan ilmu kerana yang tidak ada itu tidak dapat difikirkan dan tidak termasuk dalam akal dan tidak dapat disifatkan.  Hakikatnya tidak ada,  melainkan semata-mata nafi.  Nafi semata-mata tidak dapat menghasilkan apa-apa(pada akal dan fikiran).  Jika hasil apa-apa,  maka jadilah wujud.  'Adam tidak boleh wujud bila-bila masa pun kerana hakikat-hakikat tidak boleh berubah.

Jika anda periksa apa yang membisikkan pada diri anda dan apa yang ditanggap oleh Qalbu anda dengan menafikan adanya sekutu bagi Allah,  maka anda akan dapati bahawa tidak ada yang lain dalam diri anda kecuali Keesaan yang wujud.

Inilah pengertian ilmu mengikut ahli makrifat;  mengetahui sesuatu yang boleh dikaitkan dengan yang wujud sahaja. di mana   Yang wujud dalam makrifat mereka tidak memiliki sebarang analogi lain selain dirinya sendiri.  Allah tidak memiliki analogi lain selain Diri-Nya Sendiri;  dan Dia menyerupai Diri-Nya sendiri.  Dia serupa itu dan Dia serupa Diri-Nya,  kerana ia analog dengan Diri-Nya sendiri.

Dia hanya seperti Diri-Nya dan hanya seperti dirinya.  Peneguhnya adalah penopangnya dan penopangnya adalah peneguhnya.  Ia bukan Dia dan Dia bukan ia.  Dan tiada Dia kecuali ia dan tiada ia selain Dia.  Tak ada makrifat selain Dia.  Tak ada dia kecuali Dia.

Maka ahli makrifat adalah "seseorang yang melihat" dan makrifat berada dalam "dia yang tetap tinggal di dalam".  Ahli makrifat tinggal dengan "tindakan mengenal" oleh kerana ia adalah pengenalannya.    Pengenalannya adalah miliknya dan makrifat berada di balik itu.  Bentuk-bentuk masih lebih jauh lagi di seberang itu.

Cerita adalah urusan penutur cerita dan makrifat adalah urusan orang terpilih.  Tindakan pura-pura adalah tindakan perorangan bersama pelamun-pelamun sesat,  dan tafakkur tinggal bersama dengan orang-orang yang murung manakala kelalaian bersama dengan orang-orang yang kebingungan.

Allah adalah Allah,  Ciptaan adalah ciptaan.

Dan tak ada soal

Sesungguhnya "Tidak ada perubahan dalam kalimah-kalimah Allah itu" (Surah Yunus:64)

Wallahu A'lam

6.30 pm 16.10.99 / 06 Rejab 1420

 
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH