BUAH MAKRIFAT |
Petikan Huraian Pengajian Terdahulu
Dan kata setengah mereka itu(sufiah); Maka adalah
Keterangan Suluk
Buah atau Hasil atau faedah daripada mengerjakan amalan yang sidiq dan ikhlas ialah Ilmu Al-Hidayah. Ilmu Hidayah ini adalah sesuatu yang memberi petunjuk kepada penerimanya. Dengan Ilmu Hidayah ini, dapatlah seorang hamba itu membezakan antara sesuatu yang betul(haq) dengan sesuatu yang salah(batil) atau menjadikan mereka seorang yang meletakkan sesuatu perkara itu pada tempat yang sebenarnya.
Orang Mahabbah ialah seorang yang asyik ma'syuk dengan segala amal-ibadat kepada Allah di samping hati dan jiwanya sentiasa tersyuhud dan bermusyahadah dengan pelbagai Tajalli daripada Allah Taala. Menjadikan tilikan mereka, pandangan mereka dan perkiraan mereka kepada Allah semata-mata. Sentiasa merindui dan mengasihi dan sentiasa ingin bersama dalam Keesaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna.
Pun begitu, hakikat Mahabbah yang sebenar-benarnya tidak akan dapat dirasainya, sekiranya;
Dengan kerana itulah dikatakan Mahabbah itu terlebih tinggi daripada segala Maqam kerana ia Fana barang yang lain daripada Yang Dikasih. yakni dengan Mahabbbah itu seorang hamba akan fana kerana;
Dan barangsiapa Fana pada Allah dengan Allah, maka Baqa ia dengan Dia. Dan demikian itu terlebih besar dalil atas Qabul dan telah dikeredhoi Allah Taala kerana bahawasanya tiap-tiap Sir yang tiada suci dalam negeri dunia ini, maka tiada suci ia dalam negeri akhirat.
Keterangan Suluk
Dengan keterangan di atas, maka bertemulah kita kepada sebesar-besar dalil atau alamat amal hamba yang diterima dan diredhoi oleh Allah Taala. Maka bolehlah kita katakan bahawa Ilmu dan Amal yang mendapat pengesahan dari Allah Taala ialah Ilmu dan Amal yang menjadikan hamba sampai ke perbatasannya yang paling hujung kedua-duannya yakni "Hal". Hal seorang yang Fana pada Allah dengan Allah menjadikan mereka Baqa(Kekal) dengan Allah seumpama cermin yang mempunyai dua permukaan dan mendapat bayangan Keesaan Wujud Hakiki itu dari segi zhohirnya dan dari segi batinnya. Hal keadaannya adalah dalam satu masa jua.
Inilah perihal Sir(diri sebenar/rahsia diri) yang telah suci dalam dunia ini. Suci dari karatan basyariyah dan bersih dari MasyiwaLlah yang menjadi tempat Tajalli Allah Taala. Dengan kerana itulah, dikatakan Baqa itu sebagai sebesar-besar dalil atau alamat mendapat Qabul dan Redho dari Allah Taala, kerana tiap-tiap Sir yang tiada suci dalam negeri dunia ini, maka tiada suci ia dalam negeri akhirat.
Tanbih
Jika saudara telah mengikuti hasil kajian Imam Ghazali berkenaan dengan Ilmu orang-orang Sufi dalam Al-Risaalatul lil-Duniyyah(Ilmu Terus dari Allah), maka keterangan di atas adalah selari dengan pandangannya berkaitan dengan asal-usul dan perihal Ilmu Tasauf ini yakni;
Maka bolehlah kita katakan bahawa Ilmu dan Amal yang mendapat pengesahan dari Allah Taala ialah Ilmu dan Amal yang menjadikan hamba sampai ke perbatasannya yang paling hujung kedua-duanya yakni "Hal".
di mana dapatan Imam Ghazali ialah;
Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpundari dua ilmu.
Wallahu A'lam
Kalam
Hikmah Sheikh Ibnu Atoillah As-Kandari yang seterusnya;
|
Keterangan Suluk
Bersambung dalam catatan pengajian yang selanjut di bawah tajuk Mengetahui Qadar Diri
Insya Allah.....jika direzekikan lagi
|
|