Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
3. Cahaya yang dilihat oleh sedikit orang

Perbincangan kita setakat ini telah berusaha meluaskan prespektif cahaya yang difahami dan digunakan oleh kebanyakan orang. Disamping itu kita juga telah menelah prespektif cahaya yang digunakan oleh sedikit orang seperti yang diketagorikan oleh Imam Al-Ghazali. Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa jasad adalah satu ketagori cahaya sementara cahaya yang umumnya dikenali orang kebanyakan orang adalah satu ketagori cahaya yang lain. Pemahaman ini telah membolehkan kita memahami apa yang Al-Ghazali maksudkan bahawa aspek cahaya ini adalah suatu fenomena yang reletif. Ini adalah kerana ketagori cahaya yang difahami oleh sedikit orang adalah cahaya yang dapat mengesan cahaya yang difahami oleh kebanyakan orang.

Berdasarkan cahaya yang dilihat oleh sedikit orang, alam ini adalah lebih bercahaya dari apa yang disangkakan. Pertamanya tiap-tiap yang dijadikan oleh Allah Rabbul Alamin pada alam semesta ini semuanya adalah makhluk. Seluruh alam semesta ini adalah suatu gandingan dan kesatuan kemakhlukan yang amat luas. Kesemua makhluk ini dalam bentuk fizikalnya diumumkan istilahnya sebagai 'matter'; baik 'solid', maupun, 'liquid' maupun 'gases' adalah tidak ubah seperti dengan unsur jasad kita kerana kesemua ini adalah makhluk yang mempunyai deria masing-masing dan adalah cahaya pada ketagori yang sama dengan kita. Tiap-tiap makhluk ini mempunyai perasa dan deria masing-masing tidak kira betapa asas maupun komplek. Paling asas adalah seperti pada galian, amoeba, obor-obor atau daun semalu maupun yang komplek seperti pada haiwan, malaikat, jin dan manusia. Masing-masing jasad adalah sebenarnya cahaya berdasarkan pemahaman golongan yang sedikit ini. Maka apabila dilihat dengan mata yang terbuka luas, telingga yang mendengar jauh dan deria rasa pada seluruh tubuh badan, seluruh alam semesta ini adalah suatu gandingan dan kepelbagaian cahaya yang tidak ada tolok bandingannya.

Mungkin ramai dan kebanyakan orang tidak dapat menerima hakikat ini terutamanya pada makhluk-makhluk yang paling simple seperti galian. Tetapi tidakkah gunung itu tidak sanggup untuk menerima tanggungjawab agar Al-Quran diturunkan kepada mereka? Dan tidakkah Sulaiman a.s. dapat mengarahkan awan-awan bergerak kemana yang beliau ingini? Tidakkah mereka makhluk, dan tidakkan mereka mempunyai deria dan pancaindera untuk ketentuan keupayaan mereka, walaupun terhad? Allahu a'lam.

Dari sudut sains moden dan teknologi semasa, sedikit sebanyak telah berupaya memahami apa yang tasawwuf perbincangkan sejak 1400 tahun dahulu. Cahaya yang pada prespektif yang lebih luas seperti yang digunakan oleh kebanyakan orang adalah segala bentuk gelombang yang bersumber dari 'matter.' Pemahaman ini juga boleh kembangan lagi dari gelombang kepada plasma, waLlahu a'lam. Cahaya yang difahami oleh sedikit orang bukan saja merangkumi gelombang, malah segala bentuk 'matter'. Tegasnya, jasad adalah satu ketagori cahaya sementara cahaya yang umumnya dikenali orang kebanyakan orang adalah satu ketagori cahaya yang lain.

Terdapat dua ketagori cahaya yang menjadi pertimbagan mereka yang tidak terfikir oleh kebanyakan orang. Pertama ialah dari sudut cahaya diri pada ketagori ini yang digunakan oleh sedikit  orang. Kedua ialah cahaya yang ditelah dan dikaji  disebalik cahaya yang ditelah oleh golongan  kebanyakan orang..

3a. Cahaya Diri

Pertama, untuk menghayati cahaya pada ketagori ini, gerak dan perlakuan sedikit  orang sudah tentu mempunyai perbezaan berbanding dengan kebanyakan orang. Umpamanya kebanyakan orang berdoa dengan menyuarakan rasa hatinya dan mengadah tangan kelangit. Sebaliknya bagi golongan yang sedikit  orang, adakah julat suara saja memadai untuk menghulurkan permintaan jika benar-benar kita meminta atau bersungguh-sungguh meminta? Maka sudah tentu golongan ini mengadahkan doanya kehadrat Ilahi dengan keseluruhan julat cahaya yang ada pada diri agar doanya itu sempurna. Ini dilakukan dengan:

1. Suara sebagai 'media' berdoa bukan saja meminta tetapi juga dengan perkataan dan tutur kata yang terpelihara dari hasad, cemburu, dengki dan sepertinya.
2. Tangan sebagai 'media' berdoa bukan saja mengadah kelangit, malah semua keanggotaan yang tidak berhenti berusaha membuat kebaikan, menjaga kebersihan diri, memanjangkan sedekah, dan keanggotaan tertentu yang sentiasa dipelihara dengan pakaian wudhu'.
3. Pendengaran yang sentiasa menerima dan menapiskan cuma yang baik.
4. Pemandangan yang sentiasa terarah dan mengadah kepada kebaikan.
5. Pertuturan, pendengaran, penglihatan dan perlakuan yang lahiriah maupun yang tersembunyi yang tercegah dari yang bertentangan dengan keikhlasan diri.

Tertib doa mereka lebih komplek dari kebanyakan orang laksanakan. Justeru, kenapa hairan jika doa mereka makbul? Kenapa dinilai usaha mereka cuma setakat yang umumnya difahami? Kenapa tidak sebagaimana yang sebenarnya diamalkan oleh mereka dan sepatutnya difahami?

Maka fahamlah kita bahawa doa yang banyak dari mereka yang sedikit  orang ini memang sepatutnya lebih dimakbulkan daripada doa yang sedikit dari orang yang ramai. Bolehkah kita mengharapkan ganjaran yang banyak pada usaha yang sedikit?

"Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al- Baqarah:45)

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah berserta  orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah:153)

Maka terluahlah kalam-kalam pengajaran yang agak berbeza dari golongan ini terhadap kebanyakan orang seperti, "Ketahuilah bahawa setiap patah perkataan itu adalah doa." atau "Ketahuilah bahawa setiap perlakuan itu adalah doa." Dengannya, apakah pelik jika golongan ini kurang percakapannya ataupun perlakuan mereka ini amat tertib sekali dan mereka berupaya menjaganya dengan baik?

Cara hidup golongan ini lantas menjadi begitu lurus lagi ringkas. Semua pemikiran, tanggapan, pendengaran, pemandangan, percakapan dan perlakuan adalah terarah dengan cuma satu tujuan dan tidak berbagai-bagai tujuan bagi segala dan berbagai perlakuan, percakapan, pemandangan, pendengaran, tanggapan dan pemikiran; LiLlahi Robbil 'alamain. Pemikiran dan tujuan hidup yang amat ringkas ini menjadikan orang golongan ini tidak mempunyai tujuan yang berbagai-bagai yang memerlukan pemikiran, penilaian dan pertimbangan satu per satu dengan teliti bagi setiap satu. Tidak banyak keluh kesah yang perlu ditangani, justeru hati yang tenang, pemikiran yang tenang dan jiwa yang tenang. Ia bukanlah satu matlamat hidup yang sukar untuk dicapai, insyaAllah.

Sahih Bukhari, Jilid 1, Bk 1, No. 1:
Diriwayatkan oleh 'Umar bin Al-Khattab:
Aku mendengar Rasullullah s.a.w berkata, "Ganjaran bagi amalan bergantung kepada niat dan setiap orang akan mendapat ganjarannya mengikut apa yang telah diniatkannya. Maka sesiapa yang berhijrah kerana kelebihan duniawi atau kerana seorang wanita untuk dikahwininya, penghijrahannya adalah untuk apa yang di berhijrah."

Adakah doa, niat, pemikiran, tanggapan, pendengaran, pemandangan, percakapan dan perlakuan yang terarah dengan cuma liLlahi Robbil 'alamain  lebih susah dari bebagai-bagai niat dan tujuan bagi tiap-tiap perkara yang hendak dilaksanakan? Solat itu  liLlahi Robbil 'alamain, puasa itu  liLlahi Robbil 'alamain, zakat itu  liLlahi Robbil 'alamain, haji itu  liLlahi Robbil 'alamain, kenapa tidak semua presperktif hidup kita tidak  liLlahi Robbil 'alamain? Tidakkah Tuhan telah berfirman;

"Tidak Kami jadikan jin dan manusia, melainkan beribadah kepada Ku (Surah Adz-Dzaariyaat: 56)

Carilah hikmah disebalik cara hidup dan anjuran yang digunakan oleh sedikit  orang. Cara hidup yang lurus, jalan yang terarah lagi fokus. MasyaAllah.
 


bersambong, InsyaAllah ........