Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
(Presentation best in Netscape 4.xx)

3. Cahaya yang dilihat oleh sedikit orang
3b. Cahaya Tak Bersumber : Cahaya Hitam

Sementara kebanyakan orang asyik dengan cahaya yang berbagai-bagai dan yang bersumber, golongan yang sedikit  orang pula asyik dengan cahaya  disebalik cahaya yang ditelah oleh golongan kebanyakan orang. Cahaya ini adalah cahaya yang tidak bersumber. Cahaya yang lebih dekat kepada kebenaran dari cahaya-cahaya bersumber.

Cahaya hitam ialah cahaya yang tidak bersumber dan berada dimana-mana. Ia adalah cahaya yang paling ketara dari semua cahaya yang ada dan nampak; kerana cahaya ini menguasai ruang yang paling luas dari mana-mana cahaya lain di semesta alam ini. Malah ia adalah cahaya yang menguasai semua ruang, baik di luar maupun di dalam.

Cahaya hitam ialah MEDIA untuk sesuatu cahaya bersumber itu dapat atau tidak kelihatan. Jika sesuatu sumber cahaya itu memancarkan cahayanya dan cahaya itu cukup kuat untuk sampai ke penglihatan mata maka barulah cahaya itu dapat kelihatan. Cahaya yang bersumber menyerakkan cahayanya keluar dari sumber. Kepadatan cahaya itu akan berkurangan dengan bertambah jauhnya dari sumber. Jauh penyerakan ini dipengaruhi oleh kekuatan sumber itu untuk menjanakan cahaya dan sejauh mana jarak sumber itu dari mata. Jarak matahari yang dekat dan serakan cahayanya yang kuat membuatkan cahaya itu silau dipandang dek mata. Akan tetapi serakan suatu matahari yang lain pada suatu galeksi yang jauh akan cuma menampakkan ia sebagai bintang sahaja bagi mata yang melihat dari bumi. Kadang-kadang cahaya bintang itu akan berkelip-kelipan kerana adakalanya serakan cahaya itu sampai dan adakalanya tidak.  Justeru cahaya hitam itu menjadi media terhadap nampak atau tidaknya cahaya yang lain. Sesungguhnya matahari dan bintang adalah dua asma' yang menghijab.

Cahaya hitam berada dimana-mana. Apabila cahaya biasa itu dipancarkan terhadap objek yang mampat dan tidak telus cahaya, bahan mampat ini akan membalikkan cahaya berkenaan justeru membuat ia kelihatan. Kemampatannya objek itu akan 'memancarkan' suatu cahaya hitam disebaliknya yang dinamakan bayang-bayang. Pancaran bayang-bayang dari objek menampakkan seakan-akan ia mempunyai ciri yang hampir sama dengan cahaya yang lain. Sebab itu ia juga dinamakan cahaya. Sebenarnya pembalikkan cahaya biasa oleh objek telah menghalang cahaya itu dari terus melepasi objek. Maka dengan spontan cahaya hitam yang sememangnya berada disitu akan sendirinya ternampak. Sesungguhnya cahaya hitam dan bayang-bayang  adalah dua asma' yang menghijab.

Cahaya hitam berada dimana-mana, malah berselindung disebalik semua cahaya yang kebanyakan orang tahu. Jika suatu sumber cahaya biasa dinyalakan dalam satu kotak. Kotak itu pula tiada suatu cahayapun yang dapat memasukinya. Cahaya hitam akan tetap menampakkan kehadirannya disana sebaik saja sumber cahaya biasa itu dipadam.

Cahaya hitam bukan saja merupakan media, malah ia juga adalah PENGHIJAB atau TABIR terhadap cahaya yang bersumber. Seandainya tiada cahaya hitam, cahaya yang bersumber walaupun jauh mana sekalipun akan terus memenuhi ruang tanpa had kerana cahaya lain tiada dan cahaya itu sahaja yang ada. Bintang yang jauh akan sama silauan cahayanya berbanding dengan matahari.  Tiadalah istilah bintang melainkan matahari. Tiada juga bayang-bayang. Akan tetapi ini tidak berlaku kerana dengan kurangnya kepadatan cahaya ini dari sumbernya, ruang yang lain dipenuhi oleh cahaya hitam sehingga kesuatu jarak ia tidak dapat kelihatan lagi melainkan cahaya hitam sahaja.

Umpamanya cahaya hijau. Jika tiada cahaya hitam akan ada satu sahaja; cahaya hijau.   Akan tetapi dengan adanya cahaya hitam, hijau itu akan nampak mempunyai berbagai-bagai gred hijau kerana keupayaan cahaya hijau itu untuk menelah hitam dari hijau terang sehingga ke hijau gelap.  Sebaliknya kita boleh juga berkata bahawa jauh dari sumber cahaya hijau itu ialah cahaya hitam, lebih dekat kepadanya ialah hitam kelam atau hitam pudar. Jarang yang membayangkan sedemikian kerana umumnya kebanyakan orang nampak cahaya hijau tetapi tidak nampak cahaya hitam .........??????

Tanpa cahaya hitam juga, pengenalan suatu cahaya asas yang lain seperti merah tidak akan membolehkan ia diasingkan dari cahaya hijau kerana grednya tidak akan berkurangan. Maka dengan adanya cahaya hijau dan merah sekaligus tidak akan menghasilkan dua cahaya yang berbeza malah akan membentuk satu cahaya juga, iaitu gandingan dua cahaya ini akan menampakkan cuma cahaya kuning ( hijau + merah ). Sebaliknya dengan adanya tabir atau 'hijab' hitam ini maka kita dapati di antara dua sumber cahaya hijau dan sumber cahaya merah ialah cahaya kuning yang berbeza-bezagrednya.

Maka alam ini dapat diwarnai dengan bukan saja cahaya hijau dan merah malah kuning juga dan masing dengan berbagai-bagai gred  yang tiada terhad intensitinya. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini pada 16bit warna komputer (256gredsesuatu warna asas itu) akan menghasilkan lebihkurang 16 juta warna yang berbeza yang ditabiri oleh warna hitam. Inilah alam semesta yang dapat dilihat oleh mata manusia.

Pun bagitu tetap warna hitam adalah media dan tabir dimana semua cahaya boleh dilihat dan dibezakan. Cahaya hitam ialah cahaya disebalik semua cahaya dan bersama-sama semua cahaya. Cahaya hitam ialah cahaya yang berada dimana-mana baik diluar maupun di dalam.

Cahaya hitam adalah amat menarik dikaji kerana jika istilah cahaya langit dan bumi hendak digunakan maka cahaya hitam lebih layak dikatakan cahaya langit dan bumi daripada cahaya biasa yang bersumber dan berbagai-bagai. Tidak kira setakat cahaya yang boleh dinampak oleh mata manusia maupun prespektif cahaya yang lebih luas pada ketagori yang sama.

Pada masa yang sama, ciri-ciri cahaya hitam ini adalah sedemikian rupa sehingga jika ia dinamakan cahaya maka cahaya-cahaya bersumber semuanya tidak layak dinamakan cahaya kerana kedua ketagori cahaya ini adalah bertentangan cirinya. Satu tidak bersumber sementara yang lain adalah bersumber. Satu tidak memerlukan media malah adalah media untuk cahaya lain dinampakkan. Satu menghijab sementara yang lain dihijab. Satu tetap dan berada dimana-mana dan disemua tempat dan keadaan, sementara yang lain adalah berbagai-bagai dan cuma kekal selagi sumbernya dapat menjanakan ia. Perbandingannya akan berterusan .... Malangnya tidak banyak yang dapat diperkatakan berkenaan cahaya hitam ini kerana tiada usaha pengkajian yang ada terhadapnya baik dari segi saintifik maupun dari sudut ugama, astagfiruLlah. Tiada usaha pengkajian tidak semestinya ia tiada.

Tegasnya, cahaya hitam adalah pada satu ketagori cahaya yang tersendiri. Ia jarang disebut secara khusus melainkan setakat nisbah kepada cahaya-cahaya bersumber dan adalah nisbah kepada cahaya-cahaya bersumber yang difahami oleh kebanyakan orang . Pada keadaan ini kedudukan kita tidak ubah seperti apa yang dialami oleh Nabi Ibrahim a.s. seperti yang diterangkan pada Al-Quran:

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang, lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". (Surah 6:75-79)

Kebanyakan kebanyakan orang menyangka apa yang Allah s.w.t terangkan diatas adalah suatu tanggapan cetek Ibrahim a.s. sebelum mengenal Tuhannya dan dalam mencari-cari Tuhannya. Sebaliknya, seperti yang telah dijelaskan di atas dan, insyaAllah, pada bab seterusnya, pencarian itu adalah lebih mendalam dari kebanyakan orang orang sangkakan. Ibrahim a.s. tidaklah sedangkal itu dan usahanya lebih mendalam dan lebih gigih dari apa yang kita sangkakan.

Maka, persoalannya adakah ini cahaya langit dan bumi yang kita cari-cari? Sebelum kita mengambil sebarang tanggapan yang tidak berasas, harus diingat bahawa cahaya hitam bukanlah satu-satunya cahaya yang tidak bersumber. Ada satu lagi cahaya tak bersumber yang dikaji dan diamati oleh sedikit  orang.
 


bersambong, InsyaAllah ........