3. Cahaya yang dilihat oleh sedikit orang
3c. Cahaya Tak Bersumber : Cahaya Tak Berwarna
Sementara kebanyakan orang asyik dengan cahaya yang berbagai-bagai dan yang bersumber, golongan yang sedikit orang pula asyik dengan cahaya disebalik cahaya yang ditelah oleh golongan kebanyakan orang. Cahaya ini adalah cahaya yang tidak bersumber. Cahaya yang lebih dekat kepada kebenaran dari cahaya-cahaya yang lain.
Cahaya yang dimaksudkan ini ialah cahaya yang tidak mempunyai sebarang warna; cahaya telus atau lebih umum dikenali sebagai cahaya lut sinar. Ia adalah cahaya yang berada dimana-mana. Ia adalah cahaya yang berada disebalik semua cahaya dan bersama-sama semua warna. Ia adalah cahaya yang berada disebalik cahaya hitam dan bersama-sama cahaya hitam. Ia adalah cahaya dalam bentuk yang paling asli.
Ciri cahaya ini adalah sama dengan ciri-ciri cahaya hitam melainkan ia tidak menghijab cahaya-cahaya yang bersumber seperti cahaya hitam. Ia tidak berselindung disebalik semua cahaya malah menampakkan kehadirannya bersama-sama semua cahaya dengan kehadiran mereka. Ia nampak bersama semua cahaya dan adalah nampak dengan sendirinya.
Cahaya telus ini dengan ketelusannya telah memperkenalkan suatu aspek baru pada alam semesta ini. Dengan adanya ia, cahaya telus ini membolehkan interaksi cahaya hitam dengan cahaya-cahaya bersumber dapat difahami dengan mudah oleh manusia. Cahaya ini telah memperkenalkan apa yang diistilahkan sebagai RUANG, jarak, jauh, dekat, besar, kecil dan sebagainya pada alam semesta ini, masyaAllah. Walaupun tiada pengkajian yang boleh dirujuk berkenaan kajian cahaya telus ini, akan tetapi ada pengkajian saintifik terhadap aspek ruang yang boleh dirujuk. Bidang pengkajian yang dekat terhadap pengkajian aspek ruang ialah pengkajian fizik dan mathematik. Sebaliknya aspek ruang itu sendiri adalah hijab dari hakikatnya iaitu cahaya telus dan bukannya ruang; sama seperti istilah bayang-bayang menghijab ia dari cahaya hitam; atau istilah bintang menghijab ia daripada matahari. Allahu a'lam.
Pada pandangan saya, kajian terhadap aspek ruang tidak akan sempurna selagi ia tidak dikaji dari sudut yang lebih asas iaitu cahaya telus. Bagitu juga kajian cahaya biasa tidak akan sempurna selagi ia tidak dikaji dari sudut yang lebih asas iaitu cahaya hitam dan interaksinya. Mungkin dengan kajian seperti ini kelak, insyaAllah, sumber kedua-dua cahaya ini diketemui. Seandainya cahaya tidak bersumber ini diistilahkan sebagai anti-cahaya kerana ciri nya yang bertentangan dengan ciri cahaya yang bersumber, apa yang dinampakkan oleh cahaya sebagai 'matter' tidak akan sempurna pengkajiannya seandainya tiada kajian dibuat terhadap 'anti-matter'. Mungkin penerangan pada perenggan ini agak susah untuk difahami, insyaAllah, suatu hari kelak ia mungkin dapat difahami, bi izniLlah.
Saya tidak berhasrat untuk mejelaskan cahaya hitam maupun cahaya telus dengan lebih detail, melainkan cuma setakat yang perlu saja. Ini adalah kerana ia cuma boleh ditelah dengan baik seandainya Allah s.w.t mengizinkan kitan sampai kesana. Mamadailah setakat apa yang Al-Ghazali kata bahawa ia adalah khusus untuk sedikit orang.
Lebih penting apa yang dapat ditimba dari ilmu berkenaan, walaupun sedikit. Dengan penerangan yang serba ringkas ini, adalah diharapkan apa yang Allah s.w.t maksudkan sebagai kekuasaanNya dan kebesaranNya dilangit dan dibumi dapat difaham, bukan setakat pemahaman kebanyakan orang malah dari sudut sedikit orang, insyaAllah.
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang, lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". (Surah 6:75-79)
Tidak sepatutnya
Dia dibanding dengan besarnya alam ini kerana Dia tiada perbandingan.
Sebagai contoh, jika sebuah kereta itu laju, adakah ini bermaksud kilang
membuat kereta itu pun sama laju atau lebih laju? Perkataan 'perbandingan'
membawa maksud mencari kesamaan;
bukan setakat maksud perbezaan saiz tetapi juga dari segi maksud istilah
besar itu sendiri. Istilah besar bagi alam semesta ini tidak
sama maksudnya dengan
istilah besar yang disabitkan kepada sifat Allah. na'uzubiLlah.
Ketahuilah dan sedarlah bahawa hikmah yang terkandung dalam Al-Quran tidak
akan terupaya ditimba seandainya muslim mengambil jalan mudah dalam memahami
Al-Quran.
bersambong, InsyaAllah ........