3. Cahaya yang dilihat oleh sedikit orang
3d. Rumusan :
Perbincangan sehingga kini, telah mengungkap segala bentuk cahaya yang termampu difikirkan dalam pencarian cahaya langit dan bumi kecuali ketagori yang digunakan oleh beberapa orang sahaja, iaitu yang menjadi fokus Imam Al-Ghazali. Ada baiknya ilmu beberapa orang itu dihadkan bagi beberapa orang yang tertentu itu yang menerangkannya. Kita tidak boleh mengaku berada dalam golongan berkenaan jika kita tidak dan tidak rugi untuk merendahkan diri jika sememangnya kita rendah.
Ibnu Khatir berkata bahawa telah disebut dalam hadith, "Allah menjadikan kejadian dalam kegelapan dan kemudian pada hari itu Dia menyinari terhadap sebahagian CahayaNya. Sesiapa yang mendapat CahayaNya pada hari itu mendapat petunjuk, dan sesiapa yang tidak akan sesat."
Secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa banyak perkara dan mungkin semua perkara yang telah Allah tetapkan memang sudah ada, tetapi kita tidak nampak kerana ia berada di dalam kegelapan. Pertamanya ialah kerana deria yang ada pada kita dan segala cahaya yang ada tidak dapat menelah ia keluar dari kegelapan. Maka ia masih berada dalam kegelapan. Kedua, kita adalah jahil kerana kita tidak nampak kebenaran ini dan ia tetap berada dalam kegelapan itu. Ketiga, kita adalah jahil kerana tidak mahu keluar dari kegelapan.
Mengadakan sesuatu dari tiada bukanlah mustahil bagi Allah s.w.t., cuma agak susah bagi mereka yang tidak mampu membayangkannya. Maka bayangkan sebuah kereta dalam pemikiran kita, insyaAllah, akan ada sebuah kereta pada pemikiran kita. Bayangkan 10 buah kereta, insyaAllah, akan ada 10 buah kereta pada pemikiran kita. Sesungguhnya, membayangkan 10 buah kereta tidak memerlukan pemikiran ataupun otak yang 10 kali lebih besar melainkan pemikiran dan otak itu juga. Ini adalah munasabah kerana kita ada ilmu berkenaan kereta. Perlakuan ini juga adalah munasabah kerana kita ada asma' yang disabitkan kepada apa yang katakan kereta itu. Perkara ini juga tidak mustahil dilakukan kerana adanya daya pemikiran untuk membayangkannya. Perkara yang sama tidak dapat dilakukan oleh seseorang yang tidak mempunyai daya pemikiran, tiada ilmu berkenaan kereta dan tidak mengetahui langsung berkenaan yang di isimkan sebagai kereta. Tegasnya, tidaklah mustahil bagi Allah s.w.t. untuk mengadakan sesuatu dari tiada dalam AlimunNya, dengan QadirunNya dan atas MuridunNya.
Apa yang dapat dirumus dari penjelasan setakat ini berhubung dengan, "Allah, Dialah cahaya langit dan bumi " adalah:
Bagitu
juga penerangan Hujjatul Islam dalam karangannya Misykatul Al-Anwar:
" Jika penerangan ini telah jelas kepada saudara, maka saudara hendaklah tahu selanjutnya iaitu mereka yang dikurniai dengan pandangan sedemikian ini akan melihat Allah di samping sesuatu benda itu. Mungkin ada yang berkata;
" Tidak saya lihat sesuatu pun melainkan saya lihat Allah dahulu ".
Kepada kelas ( golongan ) yang pertama itu, Al-Quran ada menerangkan;" Tidakkah cukup bahawa Tuhanmu melihat semuanya?".
Kepada kelas yang kedua ini dengan ayat;
"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda kami dalam seluruh alam dan diri mereka sendiri ".
Bagi kelas ( golongan ) pertama, mereka melihat Allah terus; dan yang kedua melihat Allah melalui perbuatan-perbuatan atau kerja-kerjaNya(Allah).
- Yang pertama itu golongan Aulia Allah; dan
- yang kedua itu golongan orang-orang Arif " yang telah yakin dalam ilmunya." Selain dari dua golongan tersebut,
- tidak lain hanya orang-orang yang lalai; di muka mereka ada hijab (tabir). "
Sesungguhnya
semua ini sebenarnya tiada dan cuma maujud dari
tajaliat
sifatNya, AsmaNya dan Af'alNya; ia itu WajahNya dan semestinyalah yang
Wujud itu cuma Dia. Maka persaksikanlah bahawa Tiada Tuhan melainkan Dia.
Yang Maha Mempunyai segala-galanya. Katakanlah bahawa, aku syuhud, aku
saksi, aku nampak, dan aku lihat tiada Tuhan melainkan Dia. Tuhan semesta
alam dan segala-gala yang maujud.
Pada suatu tahap pemahaman yang lain pula, dan telah diperbincangkan pada bahagian yang lain, keseluruhan alam semesta ini boleh dikenali sebagai dan adalah Al-Hakikati Al-Muhammadiah. Ia adalah sunnah hakiki atau lebih umum dikenali sebagai fitrah, iaitu perlaksanaan Al-Quran itu pada semesta alam ini. Nyata dan ketara bahawa alam sejagat yang terpampang dihadapan kemanusiaan adalah bukti terhadap kebenaran Al-Quran yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. dan bukti terhadap kebenaran Muhammad s.a.w sendiri. Maka persaksikanlah bahawa Muhammad s.a.w itu Pesuruh Allah. 'Abduhu wa Rasuluhu. Katalah bahawa pada masa yang sama, aku syuhud, aku saksi, aku nampak, dan aku lihat bahawa Muhammad s.a.w itu Pesuruh Allah.
Sesungguhnya
aku menghadapkan wajahku dan diriku kepada Yang menjadikan langit dan bumi,
sedang aku tetap (pada dasar tauhid), dan bukanlah aku terdiri dari orang
yang musyrik".
(Surah 6:79)
Bukankah ini satu kesaksian di antara Ibrahim a.s. dengan Allah s.w.t yang kita bawa pada peribadahan kita sekurang-kurangnya 5 kali setiap hari?
bersambong, InsyaAllah ........