Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 


Bahagian Ketiga

 Pemakaian Ayat An-Nur dan Hadis Berkenaan Hijab

A.  Penerangan tentang perumpamaan ayat An-Nur.



Sekarang kita sampai kepada maksud atau pengertian perumpamaan atau simbol yang dikemukakan oleh ayat An-Nur ini.  Penerangan penuh tentang Ini sangatlah luas dan panjang.  Tetapi di sini cukuplah dengan penerangan ringkas yang menunjukkan cara (method) perumpamaan itu.

Pertama

Perhatikan "ruh deria";  cahayanya datang melalui beberapa saluran iaitu mata,  telinga,  hidung,  dan lain-lain.  Simbol yang paling wajar untuk ini,  dalam pengalaman kita ialah "Misykaat"(lampu di dinding.

Kedua

Perhatikan pula "ruh khayalan" :  Ia ada tiga sifat.

Pertama,  ianya adalah daripada perkara yang terdiri daripada Alam Rendah yang kasar ini;  kerana objek-objeknya mempunyai;

Kedua,  jika perkara itu terang,  halus terdisplin dan terkawal,  maka ia akan mencapai persamaan dengan idea-idea akal dan akan tertembus oleh cahaya daripada mereka itu.

Ketiga,  khayalan ini pada mulanya sangatlah perlu agar dapat dikawal oleh pengetahuan akal;  dan dengan ini pengetahuan tersebut;

Bayangan yang dibekal oleh khayalan itu memegang kemas pengetahuan yang dibekal oleh akal.  Dalam dunia pengalaman saharian yang nyata ini,  saudara akan dapati bahawa benda atau objek yang ada ketiga-tiga sifat ini jika dihubungkan dengan cahaya biasa ialah "KACA"  Ini adalah kerana kaca pun pada mulanya adalah legap,  tetapi telah dibersih dan dihalusi hingga menjadi lutsinar (tembus oleh cahaya) kepada cahaya lampu.  Kaca ini pula melindungi lampu itu daripada padam oleh hembusan angin atau goncangan yang kuat.  Maka "KACA"  inilah simbol yang paling sesuai bagi khayalan.
 

Ketiga.

Jiwa Akal.  Ini memberi kita faham tentang idea-idea Ketuhanan.  Tentang perumpamaan ini,  telah terang kepada saudara.  Saudara telah mengetahui dari penerangan kita dahulu berkenaan dengan tanggapan bahawa Nabi-nabi itu adalah "Lampu Yang Memberi Cahaya".
 

Keempat.

Jiwa (Ruh) yang memikir dan membuat kesimpulan.  Keadaannya bermula dengan satu pendapat atau proposisi,  kemudian tercabang dua,  setelah itu tercabang empat,  dan begitulah seterusnya hingga dengan proses pemecahan secara logik ini,  ia menjadi beratus-ratus dan beribu-ribu banyaknya.  Akhirnya membawa kepada satu kesimpulan dan kesimpulan-kesimpulan ini pula mengeluarkan lagi banyak kesimpulan,  dan begitulah seterusnya.  Oleh yang demikian,  ruh ini disimbolkan sebagai "POKOK"  kerana keadaan ini seumpama pokok di alam nyata ini.  Selanjutnya kita perhatikan bahawa hasil atau buah (jiwa)  jenis ini mengeluarkan banyak ilmu dan menetapkannya.  Maka sewajarnyalah ia tidak disimbolkan dengan pokok epal atau delima atau lain-lain pokok kecuali pokok zaiton.

Buah zaiton itu ada mengeluarkan minyak yang digunakan untuk minyak lampu dan minyak ini berbeza dengan lain-lain minyak.  Minyak zaiton ini menambah sinaran lampu.  Jika orang memberi kata sifat adjektif  "berkat"  kepada pokok tersebut,  maka sudah tentu hasil yang didapati dari pokok itu diberi kata sifat adjektif berkat juga.  Akhirnya jika cabang-cabang proposisi atau idea akal bersih itu tidak tertakluk kepada arah dan jarak,  maka wajarlah digelar simbol pokok ini sebagai "tidak timur dan tidak barat".
 

Kelima.

Roh Kenabian Yang Maha Tinggi.  Roh atau jiwa yang terang benderang ini ada pada aulia-aulia dan ambia Allah.  Jiwa fikiran manusia terbahagi kepada dua jenis.

Sekarang teranglah kepada kita bahawa kebolehan (fakulti) tabie yang kuat dan terang ini dikatakan sebagai "minyak itu bernyala-nyala walaupun ia belum disentuh oleh api". Inilah perumpamaan yang sewajarnya bagi perkara ini.

Cahaya roh manusia itu berperingkat-peringkat.

Semua itu menerangkan;


Kesimpulan ayat berkenaan gelap.

Perumpamaan atas simbol cahaya hanya untuk hati atau jiwa orang-orang yang beriman, atau Nabi-nabi dan wali-wali Allah sahaja.  Bukan untuk hati orang-orang kafir kerana istilah  "cahaya"  ini ialah khusus untuk orang-orang yang dipimpin di jalan yang lurus.  Sebaliknya, bagi orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar dan lurus, maka ia adalah palsu dan gelap.  Bahkan lebih gelap daripada yang gelap.  Kegelapan itu tidak membimbing seseorang itu ke mana-mana.  Fikiran orang-orang kafir itu dan seluruh pandangan mereka adalah sesat dan menyeleweng dan fikiran mereka itu saling sokong menyokong antara satu dengan lain untuk menipu dan menyesatkan tuan punyanya (iaitu orang-orang kafir).  Mereka itu ibarat orang yang berada "di laut yang sangat dalam yang berombak dan dilapisi lagi dengan ombak.  Di atasnya awan gelap; gelap di atas gelap" (Al-Quran).

"Laut yang sangat dalam" itu bermaksud dunia-dunia ini yang penuh dengan mara bahaya, kejahatan, dosa dan noda.

"Ombak" yang pertama itu ialah ombak hawa nafsu yang dirinya jiwa itu mendapat sifat-sifat kebinatangan, dan dikuasai oleh keseronokan hawa nafsu angkara murka, dan memuaskan cita-cita keduniaan sahaja; lalu "Mereka makan dan berpoya-poya seperti lembu kerbau.  Nerakalah tempat kediaman mereka". - (Al-Quran).  Ombak itu diibaratkan sebagai kegelapan-kegelapan.  Oleh itu cinta kepada makhluk menjadikan jiwa itu buta dan pekak.

"Ombak"  yang dilapisan kedua itu bermaksud sifat-sifat ganas yang mendorong jiwa itu bersikap

Sungguh sesuai benarlah simbol gelap ini kerana marah itu adalah iblis akal manusia.  Dan sesuai juga simbol ombak yang di atas itu kerana marah itu kebanyakan lebih kuat daripada nafsu syahwat;  marah yang mendidih menyelewengkan jiwa dari nafsu angkara dan membuatnya lalai dengan keseronokan.  Hawa nafsu tidak dapat menentang marah yang bersangatan.

"Awan gelap"  itu adalah kepercayaan yang bukan-bukan,  bidaah yang menyesatkan dan pemikiran yang rosak yang menjadi lapisan-lapisan hijab yang mendinding orang-orang kafir daripada mendapat iman,  ilmu yang hakiki dan sinaran dari cahaya Al-Quran dan akal yang bersih.  Telah menjadi lumrah,  awan itu melindungi sinaran cahaya matahari.  Oleh kerana semua perkara tersebut adalah menggelapkan,  maka sesuai benarlah ayat ini "Gelap di atas gelap"  (Al-Quran).  Ini adalah kerana perkara-perkara tersebut menutup jiwa daripada mendapat ilmu tentang perkara-perkara yang dekat;  apatah lagi yang jauh.  Ianya mendinding orang-orang kafir daripada mengetahui apa yang dibawa oleh Nabi,  meskipun mereka sangat hampir dan boleh dipandang.  Sesuai benarlah dikatakan "jika seseorang menghulurkan tangannya,  tidaklah kelihatan tangan itu"  (Al-Quran).

Pendek kata seperti yang kita lihat,  jika semua cahaya-cahaya ini berpunca dan berasal dari Yang Maha Esa,  maka sewajarnyalah tiap-tiap orang yang mengakui dan beriman dengan kalimah tauhid mempercayai bahawa,

"Sesungguhnya barangsiapa  yang Allah tidak berikan cahaya,  maka tidaklah ada cahaya baginya".  (Al-Quran)

Cukuplah dulu untuk memuaskan hati saudara tentang rahsia-rahsia dalam ayat tersebut (An-Nur). itu

Ke tajuk seterusnya......Penerangan tentang perumpamaan berkenaan 70,000 hijab..

Index Masykaatul Anwar