CIRI-CIRI ORANG YANG BERMAKRIFAT |
Terjemahan
Tok Pulau Manis, dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari
ra yang berikutnya;
|
Keterangan Suluk
Setelah difahami dengan sejelasnya akan hakikat sebenarnya di sebalik sesuatu anugerah dan tegah sebagaimana yang telah dibincangkan dalam beberapa keterangan yang lalu, maka sedarilah kita bahawasanya tujuan sebenarnya kurnia dan tegah itu adalah kerana Dia(Allah) ingin memperkenalkan Diri-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Kenal...... sama ada dengan pengenalan mahu pun dengan penyaksian diri. Dibawa dirimu dengan keadaan Sayang-Nya kepadamu supaya diketahui, dikenali atau disaksikan betapa Agung dan betapa Maha Tinggi-Nya Ketuhanan Allah yang dengan segala sifat-sifat-Nya Yang Maha Sempurna yang terzhohir melalui/di sebalik Anugerah dan Tegahan dari-Nya.
Untuk itu, hendaklah difahami bahawasanya Dia(Allah) dalam menyatakan Tajali-Nya kepadamu, bisa datang dalam pelbagai wajah dan bentuk, supaya disaksikan yang banyak dalam yang satu dan yang satu dalam yang banyak. Tidak ada bezanya, dan tiada sedikitnya diskriminasi, hanya yang ada Keesaan dan Kesatuan Zat Allah yang bersifat dengan segala sifat-Nya Yang Jalal dan Jamal. Selebih-lebih keterangannya berkaitan dengan perihal ini ialah dengan memasuki bidang rasa dan bidang hal yang tidak mampu untuk tafsirkan walaupun dengan susunan kata yang berjelujur.
Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis
Maka sayugianya bagimu hai hamba, bahawa jangan engkau perbezakan antara keduanya jikalau engkau kehendaki akan makrifat Tuhanmu; dan tiada diperhamba-Nya akan dikau akan kasih bagi bahagian nafsumu.
Keterangan Suluk
Dengan keterangan di atas, maka bertemulah kita dengan petunjuk kepada apa yang dicari-cari oleh mereka yang ahli ilmu, ahli amal, ahli mujahadah, ahli zikir, ahli suluk, ahli thoriqat dan yang lain-lainnya. Makrifat akan Tuhan-Nya itulah titik akhir pencarian mereka. Maka untuk itu wahai ahli-ahli ilmu, wahai ahli-ahli amal, ahli-ahli zikir dan yang lain-lainnya;
Sedarilah jika engkau ingin mendapatkan makrifat akan Tuhanmu itu, maka wajib bagimu(di sisi ahli sufi),
Dengan memiliki pandangan yang berMakrifat ini, maka lepas bebas dan merdekalah diri engkau daripada sujud dan memperhambakan diri kepada keinginan hawa nafsumu.
Sebenarnya, suka dan duka kepada kurnia dan tegah itu, adalah daripada feel dan sifat orang-orang yang terhijab dan terdinding daripada memandang Esa Ketuhanan-Nya Allah.
Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis
Maka barangsiapa berasa sakit dengan tegah, maka iaitu mahjub; dan barangsiapa melihat dalamnya(tegah sebagai) kurnia, maka iaitu kepadanya tiada mahjub. Dan hanya sahnya diperoleh demikian itu daripada suci fahamnya dan luas ilmunya.
Keterangan Suluk
Keterangan di atas adalah untuk memperihalkan berkenaan hal-ahwal ahli-ahli Mahjub(yang terdinding daripada melihat hakikat). Antara contoh orang-orang yang mahjub(terhijab dari memandang hakikat) ialah mereka yang berasa sakit dengan sesuatu tegah.
Dan sesungguhnya tidak akan dapat menyedari dan menyaksikan akan lautan Keesaan Tuhan itu melainkan pada mereka yang telah suci fahamnya dan luas ilmunya.
Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis
Dan kata Ibrahim Al-Khowas ra.;
Tiada ada fakir hingga ada dalamnya dua perkara.
Fakir sebagaimana maksud di atas bukanlah ia bermaksud fakir miskin yang tiada harta benda dan wang ringgit, tetapi ianya adalah merujuk kepada seorang hamba yang lepas bebas daripada sebarang kehendak, keinginan dan pergantungan melainkan kepada Allah semata-mata. Tidak cenderung kepada usaha memperolehi sebarang anugerah kurnia dan tidak pula liar dengan apa-pa tegahan yang datang bahkan memiliki hati yang sentiasa jinak dengan Allah Taala.
Tiada seorang fakir itu dikatakan fakir yang hakiki melainkan dari mereka yang punya sifat sebagaimana berikut;
Keterangan
dan Huraian oleh Tok Pulau Manis
Dan kata mereka itu(sufiah);
Setengah daripada alamat dihinakan Allah bagi hamba itu [ialah] disampaikan segala hajatnya dalam negeri dunia ini dengan segera.
Keterangan Suluk
Keterangan di atas boleh dijadikan sebagai panduan dan peringatan penting untuk seseorang yang masih banyak melekat pandangan hatinya kepada nikmat-nikmat keduniaan.
Bagaimana mungkin akal yang tumpul atau mata hati yang buta dapat menerima kenyataan di atas sebagai sesuatu yang menghinakan sedang diri sentiasa dikunjungi, dimuliakan, kata-kata sentiasa dipatuhi, hajat permintaan sentiasa dikabulkan???. Sebenarnya seseorang yang sentiasa dipenuhi hajat dan cita-rasanya akan mudah untuk cenderung kepada tilikan dan pandangan kepada dirinya, malahan mungkin terjerumus kepada perhambaan dan pergantungan kepada masyiwallah(sesuatu selain dari Allah seperti makhluk, kekeramatan dsb), yang akan membenihkan sifat-sifat sombong, ego, takkabur, ujub, riya dan lain-lain sifat-sifat yang hina secara tersembunyi .
Berlainan dengan seseorang yang sentiasa ditegahkan hajatnya, sentiasa merendahkan diri, bertaqarrub kepada Allah dan mengharapkan keredhoaan dari Allah semata-mata. Inilah hal-ahwal hamba-hamba yang diberikan kemuliaan yang disegerakan di dunia ini.
Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis
Maka barangsiapa mengetahui daripada-Nya lain daripada barang yang telah tersebut itu, maka sanya memberi sakit akan dikau itu tegah kerana ketiadaan faham engkau daripada Allah Taala dalamnya.
Dan jikalau faham engkau, nescaya engkau puji akan Dia atas tiap-tiap hal; dan barangsiapa mengetahui akan Allah mengasih padanya dan menganuherahi atasnya dan sangat menyayang padanya, maka tiadalah mengapa barang yang dihadapkan kepadanya.
Keterangan Suluk
Sesiapa yang memahami anugerah dan tegah itu mengikut pandangan dan kefahaman kebanyakan manusia yang tidak punya cahaya makrifat, maka kesannya ialah akan merasa sakit dan susah dalam menerima sesuatu tegahan dan ketidaksampaian hajat dan keinginan. Mereka akan menilai sesuatu itu mengikut kefahaman yang tohor dan dangkal. Ini adalah kerana mereka tidak punya pandangan dan kefahaman yang menembusi kepada wujudnya sifat-sifat Allah di dalam tiap-tiap sesuatu yang mendatangi.
Berlainan dengan seseorang yang punya kefamanan yang suci dan luas ilmunya, yang hasil dari makrifatullah, nescaya mereka akan memuji dan bersyukur kepada Allah di atas tiap-tiap hal sama ada susah atau senang, bala atau nikmat, tegah atau kurnia. Ini adalah kerana pada mana-mana hal yang datang itu menunjukkan wujudnya perhatian dan tilikan serta anugerah Allah kepadanya.
Dan barangsiapa yang mengetahui dan menyedari bahawa Allah Taala sentiasa mengasihinya dan sentiasa melimpahkan anugerah kurnianya walaupun tanpa dipinta serta sangat menyayangi padanya melebihi kasih sayang ibu-bapa, maka samalah padanya kurnia dan tegah, susah dan senang, bala atau nikmat. ada atau tiada, puji atau maki yang menunjukkan tidaklah dikisahkan barang apa yang dihadapkan kepadanya. Hal dirinya ialah sentiasa bersyukur dan memandang kepada Allah Taala.
Kata Sheikh Abu Osman Al-Magribi ra.;
Bermula segala makhluk itu sekelian mereka itu serta Allah dalam maqam Syukur dan menyangka mereka itu bahawasanya mereka itu dalam maqam sabar.
Keterangan Suluk
Memang sepatutnya semua makhluk itu sentiasa berada dalam Maqam Syukur sekiranya mereka sentiasa memandang kepada Yang Memberi bukan kepada apa yang diberi
Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis
Dan kata mereka itu(sufiah);
Tiadalah sempurna faqir itu hingga ada menilik Allah baginya dalam tegah itu afdhal daripada tilikan kurnia-Nya.
Keterangan Suluk
Dengan kata lainnya, kata-kata sufiah di atas boleh ditegaskan sebagai;
Faqir yang sempurna atau Ahli Makrifat yang sejati itu ialah mereka
yang lebih suka untuk menilik dan memandang Allah Taala dalam waktu tegahan
melebihi kesukaannya untuk menilik Allah sewaktu mendapat sesuatu kurnia
dari Allah Taala.
Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis
Dan setengah daripada segala wajah kurnia dalam tegah dan tegah dalam kurnia itu bahawasanya Allah Taala...........
Terjemahan
Tok Pulau Manis, dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari
ra yang berikutnya;
|
Keterangan Suluk
Bersambung lagi dalam pengajian yang berikutnya di bawah tajuk
Memahami Kepada Segala Hakikat
|
|