"Dia bersama kamu di mana saja kamu berada"(Kedudukan tempat tertentu bagi kita).
Dia berkata kepada Nabi Musa dan Nabi Harun yang bermaksud;
"Sesungguhnya Aku bersama kamu Mendengar dan Melihat".
Ini menunjukkan Allah memberitahu mereka bahawa Dia adalah Pendengaran dan Penglihatan Mereka; Ia(Allah) Memberitahu dan Mengajar mereka apa yang mereka tidak tahu. Kita telah pun diberitahu iaitu apabila Allah Kasihkan hambaNya, jadilah Dia itu Pendengaran dan Penglihatan mereka dan melalui Dia mereka mendengar dan melihat. Nabi-nabilah yang lebih layak untuk itu daripada orang-orang lain. Maksud Firman Allah (Ainama kuntum);
"Di mana sahaja kamu berada"
ialah 'Apa sahaja keadaan dan kedudukan kamu' - sama ada 'adam atau Wujud.
Allah telah memberitahu kita bahawa Dia itu adalah Hakikat setiap anggota. Tidak ada keupayaan lain; hanya Keupayaan Allahlah yang bekerja(terzhohir) melalui anggota-anggota itu. Bentuk itu adalah makhluk dan pada makhluk itulah Hakikat Allah dizhohirkan; bukan lain daripada itu, kerana Allah itulah Zat bagi segala Penzhohiran(Manifestasi) yang dinamakan makhluk. Apabila anda melihat makhluk, anda nampak Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zhohir dan Yang Batin.
Jika anda periksa firman Allah yang bermaksud;
"Aku jadikan kakinya yang dengan kaki itu ia berjalan; tangannya yang dengan tangan itu ia memegang, lidahnya yang dengan lidah itu ia berkata-kata", dan sebagainya berkenaan dengan semua keupayaan dan tempat-tempatnya(anggota badan), hendaklah jangan anda beza-bezakankan. Anda akan berkata semuanya adalah Allah dan semuanya makhluk. Kedua-duanya adalah makhluk dan Allah. Ia makhluk dengan satu nisbah dan Allah dengan satu nisbah; Zat tetap Satu.
Orang yang jahil berkata bahawa pendengaran itu ialah pendengaran Zaid tetapi orang yang Arif berkata bahawa pendengaran itu ialah Allah itu sendiri. Sebenarnya setiap keupayaan dan anggota itu pun demikian jua. Allah berfirman yang bermaksud;
"Akulah Pendengaran yang melaluinya dia mendengar, Penglihatan yang melaluinya dia melihat, Tangannya yang melaluinya dia memegang, Kakinya yang melaluinya Dia berjalan", dan semua ini menunjukkan HakikatNya itulah zat anggota-anggota itu dan itulah pula adalah zat hamba. Hakikat itu Satu tetapi anggota-anggota banyak. Tiap-tiap anggota itu ada kebolehan yang khusus untuk dirinya; yang terbit dari jauhar(zat) yang sama, tetapi berbeza sebagaimana berbeza anggota-anggota itu. Ibarat air yang berbeza dengan perbezaan tempatnya, tetapi hakikatnya sama jua.
Firman Allah Taala;
"Dan Kami lebih hampir kepadanya dari urat leher mereka sendiri".
Tidak ada yang lebih hampir daripada WujudNya(Allah) sebagai Zat anggota-anggota makhluk dan keupayaan mereka. Makhluk itu tidak lain dari anggota-anggota ini. Oleh yang demikian, dia itu Allah yang disangkakan sebagai makhluk.
Abu Said Al-Khoraz, seorang daripada wajah-wajah Allah berkata;
"Dia zhohir pada diriNya sendiri, dan batin daripada diriNya sendiri. Dia itulah yang dinamakan Abu Said Al-Khoraz dan juga diberi nama dengan nama-nama yang baharu"
Jika hijab(tabir) antara Allah dengan hamba-hambanya itu disingkap dari orang-orang awam seperti yang tersingkap pada beberapa orang pilihan Allah, Cahaya ZatNya dikatakan sebagai Sinaran WajahNya akan membakar(membinasa) ain-ain yang maujud yang terlihat oleh pandanganNya.
Wujud ini adalah WujudNya, dan makhluk ini adalah makhlukNya. Mereka itu makhluk dari segi ain-ain mereka, dan mereka itu Tuhan dari segi (hakikat)wujud mereka. Wujud mereka tidak dibezakan dari ain mereka kecuali melalui fitrah yang membezakan antara ain dan wujudnya. Inilah satu rahsia-rahsia yang dalam yang ada pada Ulama yang mengenal Allah; yang payah menerangkan tetapi senang memperkatakannya.
Berkenaan Alam, katakanlah apa yang hendak anda kata. Gelarlah ia makhluk ataupun Tuhan. Boleh juga anda gelarkan "Hakikat Makhluk"; boleh juga anda katakan bukan Allah dan bukan makhluk. Anda juga boleh menunjukkan kehairanan anda dalam hal ini.
Semua orang AhliLlah mengatakan iaitu apabila Allah mengambil bentuk-bentuk dan rupa, tidaklah salah bentuk-bentuk itu mengatakan mereka itu bentuk-bentuk Allah, dan berkata "Ana Al-Haq".
Aku bersama manusia di mana sahaja mereka berada
Di zaman dulu dan akan datang;
Ikatan dengan ikatan, bebas dengan bebas
Aku dalam semua, namun begitu tetap suci
Apabila kekasihKu terzhohir
Dengan mana manakah akan aku lihat dia?
Dengan matanya atau dengan mataKu?
Tidak lain kecuali Allah Taala melihat dia
Kecuali untuk Dia tidak kita akan jadi
Jika kita kata, kita Dia
Kita betul kerana Dia itu kita
Sekarang ditunjuknya kita, sembunyi Dia
Sekarang Dia sembunyi, kita menunjukkan DiriNya
Allah itu di luar jangkauan
Kita terjadi dari ain
Dizhohirkan kita semua
Dia zhohir dan bathin
Allah menjadi pendengaran selalu
Selalu menjadi mata manusia
Tidak ada yang melihat kecuali Allah
Melalui perantaraan manusia
Meskipun benda-benda bertukar
Namun asasnya satu
Tidak ada lain kecuali satu Wujud
Demikianlah pandangan orang-orang Arif.
Konsep Wahdatul Wujud Ibnu Arabi ini beredar di sekitar Hadis Qudsi yang bermaksud;
Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaku dengan (melakukan) segala yang sunat hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah
Perlu diingatkan pandangan beliau ini bukanlah hendak mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan atau mengajak orang lain untuk Menjadi Tuhan sebagaimana sangkaan sesetengah kaum yang tumpul makrifatnya kerana terkeliru dengan zhohir perkataan Ahli Musyahadah; sedangkan mereka tidak memahami bahawa isyaratnya ditujukan kepada batinnya. Dan untuk mendapatkan pengertian maksudnya yang sebenar mestilah dengan sesuatu yang batin juga iaitu "Mata Hati" atau Ainul Basyirah. Dan mata hati itu hendaklah mata hati yang hidup. Pandangan atau Musyahadah ArifbiLlah ini adalah pandangan berdasarkan Hakikat. Hakikat inilah punca atau asas bagi tiap-tiap sesuatu.
Dengan itu, perlu dingatkan dan ditegaskan bahawa setinggi mana pandangan hamba, setinggi mana kedudukan hal atau maqamnya yang hamba itu duduki ; yang hamba itu tetap hamba dan Tuhan itu tetap Maha Suci dengan KeagunganNya. Sesekali Mustahil Menjadi Tuhan dan tidak pernah satupun daripada Nabi-nabi dan Rasul-rasul serta para Aulia Allah yang pernah bermaksud mengisytiharkan dirinya adalah Tuhan. Ini penting sekali difahami dan dipegangi. Jangan mudah terjerat dengan perangkap Iblis Lakanatullah. Berkata setengah Arifin yang dipetik dari Kitab Manhalus Shofi Fi Bayani Ahli-Ssufi'
"Yang hamba itu hamba jua dan jikalau naik(pandangan/musyahadah) ia kepada Ithloq(pada Martabat La Ta'Yun yakni Zat Allah semata-mata) sekalipun dan Tuhan itu Tuhan jua jikalau turun sekalipun kepada pihak Tajallinya pada barang rupa yang diKehendakiNya". {Turun naik Tuhan ini adalah isyarat atau nisbah kepada darjah Syuhud/pandangan jua; bukan turun naik dalam erti kata menyerupai makhluk. Maha Suci Allah dengan tiada Tasybih).
Ketahuilah......Bicara tersebut di atas adalah sebahagian daripada butir-butir Ilmu Makrifat Arifbillah dalam Musyhadah mereka dengan Tuhan mereka. Hati-hati dalam mendapat kefahamannya. Jangan diambil zhohirnya, tetapi langkaulah kepada maksud batinnya mengikut pengertian Ainul Basyirah..
Anda akan dapat mengerti dengan sepenuhnya; dan dengan tahqiqnya idea dan maksud pandangan ini; jika anda kupasinya dengan Ilmu Martabat Tujuh. Bertanyalah kepada ahlinya kerana;
"Bagi setiap ilmu ada ahlinya; dan setiap orang dimudahkan untuk mendapat apa yang diuntukkan baginya"(Imam Ghazali)
Allahu A'lam
|
|