Alangkah mulianya Wujud Ini. Bagaimana pula ia dibezakan antara yang menyembah dan yang disembah? Ianya Mulia Mutlak dan tidak ada menerima pertentangan. Kerana wujud yang lain dari Allah, iaitu wujud makhluk adalah semata-mata 'adam yang tidak ada ain.
Jika anda orang yang bijak, anda akan dapati tidak ada yang serupa atau sama dengan Tuhan. Jika ada sesuatu dalam alam ini yang serupa dengan Dia, ianya tetap berasal dari alam ini, bukannya Tuhan. Tidak ada Yang Wujud kecuali Allah. Tidak ada sekutu denganNya. Tidak ada yang maujud serupa denganNya. Sebaliknya, tiap-tiap yang maujud diperbezakan antara satu dengan yang lain, melalui hakikat-hakikat yang khusus bagi maujud itu masing-masing.
Allah yang Tidak Terhad itu tidak mempunyai keserupaan dengan apa jua dalam wujud ini.(Alam) Keserupaan adalah sebenarnya khayalan dan anggapan saja. Jika keserupaan itu sesungguhnya hakikat, tentulah sesuatu itu tidak dapat dibezakan dengan yang lain, dan boleh dikatakan, " ini serupa dengan itu. "
Perkara-perkara yang serupa adalah hanya khayalan dan sangkaan bukan sebenarnya. Kita katakan bahawa manusia itu haiwan bercakap. Tidak ada ragu-ragu di sini. Si Zaid bukan Omar. Berkenaan dengan bentuk luarnya dan keadaannya sebagai manusia. Dia Omar bukan yang lain. Jika Zaid itu manusia dan tidak lain dari Omar, dia jadi Omar itu sendiri dan bukan keserupaannya.
Asal tempat bertapaknya wujud kita ialah Allah Subhnahuwa Taala yang
tidak ada satu pun yang serupa dengannya. Apa yang terbit dariNya
mesti mempunyai wataknya. Janganlah terima konsep Keserupaan atau
Kesamaan. Tiap-tiap Jauhar dalam alam adalah satu diri yang
tidak ada apa pun yang serupa dengannya. Jika anda orang yang bijak
anda akan dapati bahawa tidak ada keserupaan dalam Hakikat Ketuhanan.
Jika ada Keserupaan dalam alam, nescaya kita terpaksa menganggap
dari fakta ini sesuatu perkara yang berlawanan dengan Hakikat Ketuhanan.
{Syeikhul Akbar Ibnu 'Arabi
Muhyiddin}
Tanbih
Jelas sekali bagi kami tidak ada ada Kesamaan atau Keserupaan. Kami terpegun dengan Wujud Yang Mulia ini. Ianya Mulia Mutlak dan tidak ada menerima pertentangan. Kamu tidak memahami kami tetapi kami amat memahami kejahilan dan kesombongan kamu. Kamu bercakap mengenai apa yang kamu tidak faham tetapi kami faham apa yang terlafaz oleh kami. Kamu mengenal Allah dengan berdalil tetapi kami berdalil dengan Allah.
"Man Lam Yazuq Lam Yadri" Siapa tak rasa tak tahu!!!
Jangan cuba-cuba memperkatakan yang kamu sendiri tak tahu.
(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.(Al-Qaf:5)
"Bagi setiap ilmu ada ahlinya; dan setiap orang dimudahkan untuk mendapat apa yang diuntukkan baginya"
Allahu A'lam
|
|