Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Penting Difaham
Wahdatul Wujud 
(Petikan dari buku Mengenal Diri Dan Wali Allah oleh Musatafa Muhamad al-Jiyasi )

Apabila seorang sufi itu terdapat fana' kerana ia tersyuhud kepada salah satu dariapa empat perkara yang diterang tadi, sudah tentu ia tiada dapat menyedari diri sendiri dan juga makhluk sekeliling maka diwaktu itu kerap kali terlatah (syathoh) di mulutnya dengan perkataan-perkataan Ittihad umpama;

Sedang mereka dalam keadaan tak sedarkan diri (fana') itu bukanlah bererti mereka terbaring tidur dengan tiada dapat bergerak-gerak lagi badan kasar itu, bahkan mereka kerapkali dapat berjalan sebagaimana orang sihat dan kerapkali bercakap-cakap dengan orang banyak tetapi ia tidak sedarkan orang itu. Hanya yang sedar ialah mabuk dan karam kepada Allah jua, dan diwaktu itulah mereka kerapkali terlatah dengan perkataan-perkataan Al-Ittihad umpama di atas.

Perkataan Al-Ittihad maknanya ialah pengucapan-pengucapan yang menimbulkan segera faham orang ramai bahawa Tuhan dan manusia (makhluk) itu adalah satu jua seperti apa yang terdapat dalam latahan tadi. Dan hati orang-orang sufi yang dalam keadaan fana' dan terlatah itulah dinamakan Wahdatul Wujud ataupun al-ittihad mengikut istilah Tasauf. Dan mereka dalam waktu itu tidak terkena lagi hukum taklif syarak kerana akal mereka hilang kesedaran alam sekeliling. Dan tiap-tiap orang Wali mestilah mestilah ia lalui dan merempuh jalan ini tetapi ada yang terselamat dari fitnah dan ada pula yang tidak terselamat seperti Hallaj. Adapun maqam Nabi atau Rasul ialah maqam baqa' yang tercipta dari awal yakni ia tidak perlu merempuhi jalan fana' yang menyebabkan seolah-olah jadi umpama orang gila atau mereng.

Bandingan Wahdatul Wujud

Sebab-sebab terjadi pengucapan atau terlatah umpama itu ialah kerana kelazatan jizbah(pandangan hati yang disentak oleh Allah dengan Musyahdah kepadaNya dengan zauq dan wujdan) yang kuat terdapat dalam masa fana' itu. Misalnya ia terucap dimulutnya: "Tiada Tuhan melainkan aku." Atau "akulah Tuhan Yang Hak." ataupun "Tuhan tiada makan nasi yakni (aku)" atau sebagainya.

Pengucapan-pengucapan umpama itu sebenarnya adalah menghikayatkan apa yang sebenar daripada ALlah, bukan bererti ia mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebagaimana kita sendiri juga pernah membaca Quran ayat:

Ertinya: Sayalah Tuhan, tiada Tuhan melainkan saya.

Ini bererti perkataan "saya" si pembaca quran itu mengaku dirinya sebagai Tuhan pada hal itu adalah menghikayatkan apa yang sebenar daripada Kalam Allah (al-Quran) jua. Demikian juga pengucapan-pengucapan yang terlatah di mulut orang-orang sufi yang fana' di ketika itu adalah menghikayatkan apa yang sebenar daripada ALlah, bukan ia mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebagaimana termasuk hantu juga, di ketika itu ia bercakap dengan tiada sedarkan diri bahkan ia menghikayatkan apa yang sebenar daripada hantu itu.

Sebagaimana juga malaikat mulhim bercakap melalui diri orang fana' yang kerapkali terlatah di mulutnya dengan umpama kata: "Anal Haq" misalnya. Maka percakapan orang fana' umpama itu adalah hasil dari hikayat malaikat mulhim akan kalam Tuhan yang ditajalli kepadanya.  Oleh hal yang demikian maka jadilah pihak orang yang mendengar menyangka percakapan umapama itu adalah kalam orang yang mengaku dirinya Tuhan (lalu dipersalahkan), padahal yang sebenarnya adalah kalam malaikat mulhim yang ditajalli dan yang diterjemah atau dihikayat dari kalam Tuhan, maka begitulah juga bandingannya dengan percakapan orang masuk hantu; pada zahirnya ialah percakapan orang sakit itu, padahal pada batinnya adalah percakapan hantu (pelesit). Demikianlah dengan keterangan ini saya berharap sudah cukup terang kepada pembaca.

Satu perbandingan lagi iaitu kita umpamakan apabila seorang itu melihat gambar sultan dalam frem gambar tersangkut di dinding rumahnya, maka ia berkata: "Aku dah lihat sultan." Padalah yang sebenar ia bukan sultan, hanya dilihatnya gambar kertas jua tetapi oleh kerana ia tertumpu perhatiannya kepada ain(diri) sultan yang sebenar di istananya maka iapun terucap "aku dah lihat sultan." padahal matanya sedang lihat gambar kertas jua bukan ain sultan. Jadi pengakuan yang umpama itu adalah bermakna menghikayatkan apa yang sebenar daripada sultan yang hakiki dalam istana.

Demikianlah contoh-contoh perbandingan apa yang berlaku kepada orang sufi yang sedang karam dalam Wahdatul Wujud atau al-ittihad atau dikatakan hulul atau seumpamanya. Saya berharap pembaca dapat faham dengan sejelas-jelasnya.

Orang yang karam dalam Wahdatul Wujud atau fana' maka alam sekelilingnya laksana cermin yang mereka nampak Tuhan di dalamnya, oleh itu maka alam sekeliling ini laksana Tuhan dalam pandangan (zauq dan kelazatan) syuhud mereka kerana mereka nampak di dalamnya Tuhan, maka terluncur di mulut mereka pengucapan-pengucapan umpama "alam ini adalah Tuhan" atau "alam ini Tuhan dan Tuhan itu alam" bukan sekali-kali begitu, kerana alam dan Tuhan adalah berbeza dan sangat berlainan pada zat masing-masing bahkan adalah mustahil kalau dikatakan dua perkara yang berlainan itu  hanya jenis yang satu. Oleh yang demikian maka tetaplah dua perkara yang berbeza itu tak serupa jua sebagaimana yang telah diputuskan oleh qaedah tulin Ilmu Usuludin yang tak boleh diugih2(ditakwil-takwilkan) lagi.

Oleh itu barangsiapa mengi'tiqadkan "bahawa Tuhan dan alam adalah satu" atau "dirinya dengan Tuhan adalah satu" atau "aku ALlah" nescaya Murtadlah ia dengan serta merta, wal 'iya zubillah, baik mengikut ilmu Tasauf ataupun Usuluddin.

Itulah dia huraian-huraian Wahdatul Wujud secara sihat mengikut istilah tasauf yang sebenar yang dipelajari atau diterima dari guru yang ahli, bukan dikutip dari buku-buku mengikut secara sedap faham, kemudian ditulis melalui majalah-majalah mengikut aliran fikiran yang tidak berasas. Peganglah kemas-kemas qaedah secara sihat ini kalau tuan-tuan ahli peminat tasauf. Dan tidak ada sekarut-karut atau sebid'ah-bid'ah huraian di dunia ini melainkan huraian yang mengelirukan fahaman i'tiqad orang ramai pada masalah Tauhid dalam agama Allah yang Mahasuci baik secara langsung atau tidak langsung.

Jangan menghuraikan Wahdatul Wujud secara bukan-bukan, itu menyebabkan timbul penyakit besar yang tiada terubat maka buruklah padahnya iaitu murtad atau jadi kafir zindiq, na'uzubillahi min zalik.

Huraian-huraian yang mengeliru dan tiada bertanggungjawab

Banyak terdapat dalam majalah tulisan-tulisan oleh golongan kaum intelek kita dan/yang  berani menghurai(memberi komen) Wahdatul Wujud dengan huraian-huraian yang mengelirukan fahaman orang ramai seperti dikatanya" "Alam dan zat Tuhan adalah satu." atau "Manusia dapat bersatu dengan Tuhan." Atau Alam semesta ini merupakan bahagian daripada Tuhan." atau seumpamanya.

Sebenarnya ayat-ayat susuk kata umpama itu tidak terdapat dalam kitab-kitab Arab tua Tasauf yang muktabar, tetapi ayat-ayat umpama itu agaknya adalah diambil dariapada kitab-kitab Tasauf jenis zaman modern di setengah-setengah tempat ada yang karut daripada kitab-kitab lama (tua). Bahkan ia adalah dariapada hasil yang tersalah diambil pengertian daripada pengucapan-pengucapan yang terlatah diwaktu al-ittihad atau Wahdatul Wujud berdasarkan kepada ini memang logik.

Di sana ada pula yang mengatakan Wahdatul Wujud itu sebagai ajaran falsafah dan ada pula yang mengatakan al-Hallaj mengajar Wahdatul Wujud kepada murid-muridnya atau lain-lain.  Sebenarnya huraian-huraian atau sumber-sumber yang seumpama itu adalah berdasarkan kepada sedap-sedap faham datau dirasanya begitu kemudian ditulis ataupun bahan-bahan yang umpama itu dikutip-kutip dari buku-buku jenis baru atau majalah.

Semuanya itu mengelirukan belaka kerana Wahdatul Wujud itu sebenarnya bukanlah sebagai ajaran sebagaimana pelajaran-pelajaran biasa yang kita belajar atau ambil dari guru dan bukan pula sebagai falsafah untuk difaham begitu tetapi ia adalah suatu perkara zauq yang terjadi bagaimana diterang dengan panjang lebar tadi. Malah ia adalah suatu perkara yang tak boleh diterang dengan cakap dan tak boleh ditakbir dengan qalam.

Oleh yang demikian maka segala huraian Wahdatul Wujud dengan takbir umpama itu sungguh-sungguh mengelirukan dan tak bertanggungjawab melainkan setelah dipelajari dan diambil petua/fatwa dari guru yang ahli.  Maka tak sayugialah ditulis, dibahas, dikupas dan dikorek isinya melainkan oleh orang yang ahli kerana mungkin tersalah, sebab otak manusia tak dapat menggambarkan zauq sufiah itu walaupun oleh ahli Wahdatul Wujud sendiri melainkan kalau hendak memaham, rasalah sendiri dan sebenarnya Wahdatul Wujud ini bukanlah hak kepunyaan orang awam.

Suatu qaedah yang tetap iaitu Wahdatul Wujud tidak berlaku melainkan pada waktu Maqam fana'. Adapun pada ketika ia baqa' tak mungkin berlaku Wahdatul Wujud kerana seorang dalam Maqam baqa' itu mempunyai dua alam kesedaran; iaitu alam batin dan alam zahir (tubuh kasar) yakni kedua-duanya bekerja dengan kesedaran masing-masing,   Adapun waktu fana';  maka alam batin sahaja yang sedar tetapi tetapi alam zahir iaitu tubuh kasar dengan perasaan pancainderanya adalah lenyap dari kesedaran kesemua sekali. Apabila seorang yang fana' itu kembali kepada Maqam baqa' maka jadilah ia seorang Wali besar atau kita gelarkan "al-insan al-kamil".


10.30 pm 04.11.99 / 25 Rejab 1420

 
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH