Anas bin Malik r.a. berkata: |
"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya,
wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk
mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat
kediaman untukku." |
"Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas." |
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak
Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" |
"Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar,
pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis
maksiat." |
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu
kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" |
"Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang
melalaikan." |
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada
mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" |
"Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta." |
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan
kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan
untukku?" |
"Azan untukmu ialah seruling." |
"Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu
dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" |
"Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib
dan dukun yang menduakan Aku." |
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci
al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?" |
"Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan
di badan." |
"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap,
apakah pula perangkap bagiku?" |
"Perangkap bagimu ialah wanita." |
"Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman
yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?" |
"Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta
tidak disebutkan nama-Ku padanya." |
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan
menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu
merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan
yang ringan namun berterusan." |
|