Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

MAN 'ARAFA NAFSAHU FAQAD 'ARAFA RABBAHU
ANAK KUNCI MENGENAL ALLAH

Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah.  Hadis ada mengatakan;

'Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah".

Firman Allah Taala;

"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri,  supaya Hakikat itu boleh terzhohir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)

Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri.  Jika anda tidak kenal diri sendiri,  bagaimana anda hendak tahu perkara-perkara yang lain?  Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir anda,  badan,  muka,  kaki,  tangan dan lain-lain anggota anda itu.  Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa kita menegnal allah.  Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri anda iaitu bila anda lapar anda makan,  bila dahaga anda minum,  bila marah anda memukul dan sebagainya.  Jika anada bermaksud demikian,  maka binatang itu sama juga dengan anda.  Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;

Sebahagian daripada sifat-sifat anda adalah bercorak kebinatangan.  Sebahagian pula bersifat Iblis dan sebahgian pula bersifat Malaikat.  Anda hendaklah tahu sifat yang mana perlu ada;  dan yang tidak perlu.   Jika anda tidak tahu,  maka tidaklah anda tahu di mana letaknya kebahagian anda itu.

Kerja binatang ialah makan,  tidur dan berkelahi.  Jika anda hendak jadi binatang,  buatlah itu sahaja.  Iblis dan syaitan itu sibuk hendak menyesatkan manusia,  pandai menipu dan berpura-pura.  Kalau anda hendak menurut mereka itu,  buatlah sebagaimana kerja-kerja mereka itu.  Malaikat sibuk dengan memikir dan memandang Keindahan Ilahi.  Mereka bebas dari sifat-sifat kebinatangan.  Jika anda ingin bersifat dengan sifat KeMalaikatan,  maka berusahalah menuju asal anda itu agar dapat anda mengenali dan meikirkan Allah Yang Maha Tinggi dan bebas dari belenggu hawa nafsu.  anda hendaklah tahu kenapa anda dilengkapi dengan sifat-sifat kebintangan itu.  Adakah sifat-sifat kebinatangan itu akan menaklukkan anda atau adakah anda menakluki mereka?.  Dan dalam perjalanan anda ke atas martabat yang tinggi itu,  anda akan gunakan mereka sebagai tunggangan dan sebagai senjata.

Langkah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal yang anda itu terdiri dari bentuk yang zhohir,  iaitu badan;  dan perkara yang batin iaitu hati atau Ruh.  Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu bukanlah seketul daging yang terletak dalam sebelah kiri badan.  Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu ialah satu perkara yang menggunakan semua keupayaan;   yang lain itu hanyalah sebagai alat dan kakitangannya.  Pada hakikat hati itu bukan termasuk dalam bidang Alam Nyata(Alam Ijsam) tetapi adalah termasuk dalam Alam Ghaib.  Ia datang ke Alam Nyata ini ibarat pengembara yang melawat negeri asing untuk tujuan berniaga dan akhirnya kembali akan kembali juga ke negeri asalnya.  Mengenal perkara seperti inilah dan sifat-sifat itulah yang menjadi "Anak Kunci" untuk mengenal Allah.

Sedikit idea tentang hakikat Hati atau Ruh ini bolehlah didapati dengan memejamkan mata dan melupakan segala perkara yang lain kecuali diri sendiri.  Dengan cara ini,  dia akan dapat melihat tabiat atau keadaan "diri yang tidak terbatas itu".  Meninjau lebih dalam tentang Ruh itu adalah dilarang oleh hukum.  Dalam Al-Quran ada diterang;

Mereka bertanya kepadamu tentang Ruh.  Katakanlah Ruh itu adalah dari Amar(perintah atau urusan) TuhanKu". (Bani Israil:85)

Demikianlah sepanjang yang diketahui tentang Ruh itu dan ia adalah jauhar yang tidak boleh dibahagi-bahagi atau dipecah-pecahkan dan ia termasuk dalam "Alam Amar".  Ianya bukanlah tidak ada permulaan.  Ia ada permulaan dan diciptakan oleh Allah.  Pengetahuan falsafah yang tepat berkenaan dengan Ruh ini bukanlah permulaan yang mesti ada dalam perjalanan Agama,  tetapi adalah hasil dari disiplin diri dan berpegang teguh dalam jalan itu;  seperti tersebut di dalam Al-Quran;

"Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami,  nescaya Kami akan pimpin mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69)

Untuk menjalankan perjuangan Keruhanian ini,  bagi mencapai pengenalan kepada diri dan Tuhan,  maka

Kedua-dua mereka ini perlu ditundukkan ke bawaah perintah Raja.  Bukan dibunuh atau dimusnahkan kerana mereka ada tugas yang perlu mereka jalankan,  tetapi jika perasaan dan marah menguasai Aqal,  maka tentulah Ruh akan hancur.

Ruh yang membiarkan keupayaan-keupayaan yang bawahnya menguasai keupayaan-keupayaan yang atas adalah ibarat orang orang yang menyerahkan malaikat kepada kekuasaan Anjing atau menyerahkan seorang Muslim ke tangan orang Kafir yang zalim.  Orang yang menumbuh dan memelihara sifat-sifat iblis atau binatang atau Malaikat akan menghasilkan ciri-ciri atau watak yang sepadan den dengannya iaitu iblis atau binatang atau Malaikat itu.  Dan semua sifat-sifat atau ciri-ciri ini akan dizhohirkan dengan bentuk-bentuk yang kelihatan di Hari Pengadilan.

Tujuan disiplin akhlak(moral) ialah untuk membersihkan Hati dari karat-karat hawa nafsu dan marah,  sehingga ia jadi seperti cermin yang bersih yang akan membalikkan Cahaya Allah Subhanahuwa Taala.

Mungkin ada orang bertanya;

"Jika seorang itu telah dijadikan dengan mempunyai sifat-sifat binatang,  Iblis dan juga Malaikat,  bagaimanakah kita hendak tahu yang sifat-sifat Malaikat itu adalah jauharnya yang hakiki dan yang lain-lain itu hanya sementara dan bukan sengaja?"

Jawabannya ialah jauhar atau zat sesuatu makhluk itu ialah dalam sifat-sifat yang paling tinggi yang ada padanya dan khusus baginya.  Misalnya keldai dan kuda adalah dua jenis binatang pembawa barang-barang,  tetapi kuda itu dianggap lebih tinggi darjatnya dari keldai kerana kuda itu digunakan untuk peperangan.  Jika ia tidak boleh digunakan dalam peperangan,  maka turunlah ke bawah darjatnya kepada darjat binatang pembawa barang-barang. sahaja.

Begitu juga dengan manusia;  keupayaan yang paling tinggi padanya ialah ia boleh berfikir iaitu ia ada Aqal.  Dengan fikiran itu dia boleh memikirkan perkara-perkara Ketuhanan.  Jika keupayaan berfikir ini yang meliputi dirinya,  maka bila ia mati(bercerai nyawa dari badan),  ia akan meninggalkan di belakang semua kecenderungan pada hawa nafsu dan marah,  dan layak duduk bersama dengan Malaikat.  Jika berkenaan dengan sifat-sifat Kebinatangan,  maka manusia itu lebih rendah tarafnya dari binatang,  tetapi Aqal menjadikan manusia itu lebih tinggi tarafnya,  kerana Al-Quran ada amenerangkan bahawa;

"Kami telah tundukkan segala makhluk di bumi ini kepada manusia" (Luqman:20)

Jika sifat-sifat yang rendah itu menguasai manusia,  maka setelah mati,  ia akan memandang terhadap keduniaan dan rindukan kepada keseronokan di dunia sahaja.

Lima deria(pancaindera) manusia itu adalah ibarat lima buah pintu terbuka menghadap ke Alam Nyata(Alam Syahadah) ini.  Lebih ajaib dari itu lagi ialah ia ada Hati.  Hatinya itu ada sebuah pintu yang terbuka menghadap ke Alam Arwah(Ruh-ruh) yang ghaib.  Dalam keadaan tidur,  apabila pintu-pintu deria tertutup,  pintu Hati ini terbuka dan manusia menerima khabaran atau kesan-kesan dari Alam Ghaib dan kadang-kadang membayangkan perkara-perkara yang akan datang.  Maka hatinya adalah ibarat cermin yang membalikkan(bayangan) apa yang tergambar di Luh Mahfuz.  Tetapi meskipun dalam tidur,  fikiran tentang perkara keduniaan akan menggelapkan cermin ini.  Dan dengan itu gambaran yang diterimanya tidaklah terang.  Selepas bercerai nyawa dengan badan(mati),  fikiran-fikiran tersebut hilang sirna dan segala sesuatu terlihatlah dalam keadaan yang sebenar.  Betullah firman Allah dalam Al-Quran;

"Kami telah buangkan hijab dari kamu dan pandangan kamu hari ini sangatlah terang dan nyata". (Surah Qaf:22).

Bersambung dalam tajuk Pembukaan Hati ke Alam Ghaib

Indek Kimiya' As-Sa'adah