Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Jalaluddin Rumi
SEBAB MUSABBAB

Allah membuat aturan,  adat,  sebab dan cara untuk orang yang ingin mencari Dia.   Kebanyakan perkara terjadi menurut aturan.  Tetapi kadang-kadang KuasaNya memecah aturan itu.  Dia mencipta aturan dan adat yang baik.  DijadikanNya Mukjizat yang mencarik adat dan kebiasaan.

Wahai anda yang diperangkap oleh sebab;

Jangan sangka Pembuat sebab itu telah mati.  Pembuat sebab itu menzhohirkan apa yang Ia Kehendaki.  Maha KuasaNya boleh melanggar semua sebab.  Tetapi biasanya dibiarkanNya pelaksanaan KehendakNya menurut sebab agar si pencari boleh menyusuli tujuan kehendak mereka.

Kalau tidak ada sebab,  jalan apa si pencari hendak ikut???   Mestilah ada "sebab" yang nyata di perjalanan yang diturutinya.  "Sebab" itu adalah salutan pada mata;  kerana bukan semua mata dapat memerhati KerjaNya.  Perlulah mata yang dapat menembus di sebalik sebab dan membuang salutan itu seluruhnya.  Dengan itu dapatlah dilihat Pembuat Sebab di alam yang tidak ada ruang;  dan kelihatanlah semua tindakan dan usaha kita adalah "cakap kosong belaka".

Setiap yang baik dan yang buruk datang dari Pembuat Sebab.  "Sebab"  dan "cara" tidak ada apa-apa;   kosong belaka.  Ibarat sangkaan adanya hantu menghalang perjalanan Raja,  agar kejahilan memerintah untuk seketika.
 

Intaha Jalaluddin Rumi

Kebanyakan orang memahami sebab ini sebagai sesuatu yang merujuk kepada usaha dan tadbir diri.
Sedikit orang boleh memahami sebab ini adalah sebagai suatu limpah kurnia dari Allah untuk dirinya;  dan hanya ada beberapa orang sahaja yang benar-benar mengerti bahawa sebab itu adalah MusabbabNya.

Dan seterus-seterusnya yang menunjukkan adanya kesedaran pada wujud diri itu.  Menghijabkan daripada Wujud Yang Hakiki.

Ini bukanlah soal Mengenal Allah apabila hijab itu tersingkap,  tetapi adalah soal MengenalNya dalam hijab itu sendiri..........Kesempurnaan adab itu ialah memerlukan hijab itu dipelihara.........

Untuk santapan "jiwa yang memikir dan membuat kesimpulan".   Jiwa yang bercahaya dan dapat menjadikan sesuatu yang lain bercahaya.

Fakir Suluk.
 
 

10.30 pm 03.05.2001 / 09 Safar 1422

 
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH